Tuesday, November 29, 2011

Pictureless wednesday?

Biasanya orang buat wordless wednesday tp sy buat pictureless wed.. kenapa? sebab malas nak transfer gambar dr memory card hehe.. letih lah harini terlebih rajin menyapu daun2 kering di tengah panas dan mengejar masa supaya daun-daun tu sempat dibuang ke tong sampah kerana harini adalah hari kutipan sampah..musim2 angin kuat ni habis daun kering dari rumah2 jiran sebelah kanan terbang ke rumah kita dan ke rumah2 lain.. ikut arah angin bertiup lah. rata2 laman penuh daun kering. tapi laman selang satu rumah tu nampak clear aje tu yg geram nak buang juga setakat mana yg boleh..pakcik tu tak apa la kerja dia berkebun je tak mcm kita.

ops okla cerita daun kering.. cerita anak pulak.. on the way hantar budak2 pegi skolah harini, si adik tanya kenapa kulit dia kaler brown dan macam mana nak jadi kulit putih mcm mat saleh.. adoii jenuh ckp kat dia kita org asia kulit kita mmg mcm ni, kulit kita lawa aper.. sbb tu dia ramai peminat. tp katanya nak kulit putih juga.. lahh ckp kat dia suruh minum susu last2 diam la sbb tak suka minum susu. susahnya duduk sini dia pulak nak terikut2 jd org sini pulak. si abang sblm ni pernah bertanya, kalau dia lahir sini mama akan bg nama dia james ke? hadoiii.. mm nampak gaya kena letak gambar juga.. hehe

Monday, November 28, 2011

Selamat Hari Lahir, Mak

Semoga mak panjang umur, sihat tubuh badan, murah rezeki dan gembira selalu hendaknya.. Amin..
Walau kami jauh di mata, tapi ingatan tetap ada.. doa untuk mak sentiasa ada. tak pernah lupa. hanya Allah saja yang tahu.

Carrot cake

Kali ni sy cuba buat carrot cake.. yg ni buat pakai cake mix dan tak payah nak kacau pakai mixer.. tu yg laju je nak buat. tp kalau nak cuba, boleh la tengok resepi kat bawah tu.. sama gak tak pakai mixer kan? bezanya sy tak letak icing sbb tak minat. dah la kek manis, icing manis lg isskk.. tp kalau buat kek coklat lain pulak kena lah letak choc topping baru best.. biasanya kalau sy nak letak topping, sy akan buat kek tu kurang manis supaya bila makan tak la muak sbb terlalu manis. dan kalau nak laju abiskan kek coklat, sy akan tabur dessicated coconut jd mcm lamington. try la.. sedappp..
comot sikit sbb letak bedak.. eh tepung la 
sesuai dimakan petang2 sambil minum teh panas dengan kawan baik, cik kymba. cik kymba makan friskies je :p


Ingredients (serves 12)

  • Olive oil, to grease
  • 2 (about 300g) carrots
  • 1 cup (150g) self-raising flour
  • 1/2 cup (75g) plain flour
  • 1 tsp bicarbonate of soda
  • 1/2 tsp ground cinnamon
  • 1/2 cup (80g) brown sugar
  • 3/4 cup (185ml) oil
  • 1/2 cup (125ml) golden syrup
  • 3 eggs
  • 1 tsp vanilla essence
  • Icing

  • 250g spreadable cream cheese
  • 1/2 cup (80g) icing sugar
  • 1/2 tsp vanilla essence

Method

  1. Preheat oven to 170°C. Grease a 20cm (base) round cake pan lightly with oil, and line with non-stick baking paper. Peel and grate the carrots, and set aside. Sift the flours, bicarbonate of soda and cinnamon into a large bowl.
  2. Put the brown sugar, oil, golden syrup, eggs and vanilla in a separate bowl. Use a balloon whisk to mix until combined.
  3. Pour the oil mixture into the dry ingredients. Use a wooden spoon to stir gently until just combined. Stir in the grated carrot.
  4. Pour the mixture into the pan and bake for 1 hour. Set aside for 5 minutes, before turning out onto a wire rack to cool completely.
  5. To make the icing, place the cream cheese, icing sugar and vanilla in a bowl. Use a wooden spoon to mix until well combined.
  6. Spread the icing over the cake.

Notes



Sunday, November 27, 2011

Sambal tumis udang lagii...


























Siaran ulangan.. sebab menu ulangan..tapi sambal tumis ni baru je buat sbb tengok2 dah pernah buat bulan 8 yg lepas tp takkan la tunggu setahun dua baru nak masak kalau dah teringin kan? sebenarnya sy suka masakan pedas2. kalau tak pedas, rasa mcam tak kick lah.. so tiap2 minggu mesti kurang2 sekali kena masak kari atau yg pedas2 mcm sambal tumis ni. kebetulan ada lagi satu petai dalam tin. opss lupalah nak amik gambar. nanti bila sy beli lg petai tu sy akan update gambarnya..
Biasanya sy buat menu udang ni bila ada promo banana prawn yg murah kat supermarket.. rasanya harga dalam $13-$14 satu kg. puas la makan udang ni sbb besar2 tp sy tak brp suka rasa dan bau udang jenis ni yg kuat. agaknya dia tak mandi kot, tu yg bau badan hahaha wat lawak pulak. ada juga survey udang kat kedai seafood tp situ lebih mahal. mm bila agaknya nak masak lobster pulak. dekat2 time krismas ni ada nampak menu lobster pulak mcm sedap je..

satu makluman untuk sesiapa yang berminat.. ada ke yg berminat? hehe GA saya yang keempat akan tiba, insyaallah.. tungguuuu..

Wednesday, November 23, 2011

Impossible pie

Tertarik dengan resepi dan nama pie ni.. namanya impossible pie sebab bila dah masak, pie ni terbahagi kepada 3 layer..
 bahan2 pun mudah aje.. antaranya telur, kelapa parut dan almond. rasanya macam custard lah

 sedap untuk minum petang dengan teh panas2.. org klate pun suka ni.. kata suami sy, rasa mcm kuih tahi itik.. hehehe... tu pun rasanya dah kurangkan sukatan gula dalam resepi ni.. maniss
mudah disediakan.. cuma campur bahan2 dan tak perlu mixer pun

Resepi :
prep + cook time 55 minutes. serves 8

1/2 cup (75g) plain (all-purpose) flour
1 cup (220g) caster (superfine) sugar
3/4 cup (60g) dessicated coconut
4 eggs
1 teaspoon vanilla extract
125g butter, melted
1/2 cup (40g) flaked almonds
2 cups (500ml) milk

Preheat oven to 180C. Grease deep 24cm (9 1/2 inch) pie dish.
Combine sifted flour, sugar, coconut, eggs, vanilla extract, butter and half the nuts in large bowl.
gradually add milk, stirring, until combined. Pour mixture into dish.
Bake pie 35 minutes. Remove pie from oven, sprinkle top with remaining nuts; bake further 10 minutes.
Serve with cream if you like.

tip : When you make this pie you will discover how it got its name. 
when cooked, the pie magically separates into 3 perfect layers. Impossible!

Monday, November 21, 2011

BBQ Chicken & nasi pilaf

Minggu lepas bermulalah kelas berenang untuk pelajar tahun 1 dan pre-primary.. tu yg agak bagusnya kat sini. dah la tiap2 suburb ada sekolah, maknanya satu sekolah tu mmg tak ramai studentlah sampai boleh combine budak tahun 1 dgn pre-primary (6 tahun). dah tu ada kelas berenang lagi selama 10 hari. kat sini pun kena bayar jugak tapi okla dapat belajar berenang dgn kawan2 sekolah, kan?

oleh sebab cikgu2 kebanyakannya perempuan, diorang telah meminta supaya bapa atau atuk pelajar lelaki yg berkelapangan untuk sukarela datang tunggu budak2 lelaki semasa menukar pakaian.. ye la sini rata2 mak2 je hantar anak p skolah/buat urusan anak. bila tak cukup kakitangan, diorang minta parents volunteer.. so memandangkan hubby free time diorg swimming, cikgu suka mintak tolong dialah.

caranya kat sini..budak2 ni tukar baju dalam changing room untuk lelaki, campur budak2 dengan dewasa. hubby sy kata budaya kat sini diorang main buka je takde segan silu.. org tua pun sama. so kalau budak2 lelaki tu tak kisah lah tapi diorang pulak terjerit2 dan malu tengok org dewasa hahahaha.. nak tergelak pulak mendengarnya. dan budak2 ni mmg perlu kena tunggu sebab masih ada yg tak pandai pakai seluar, seluar terbalik la.. . nak pakai stokin dan kasut pun masih terkial2.. ada satu haritu tiba2 lampu terpadam bayang la budak2 ni terjerit2 takut.. dan ada pula yg jenis sensitif kena klorin air kat kolam. mcm2 perangai, kelakar jugak lah. jenuh nak pesan dgn anak jgn la terikut dgn kawan2 main tukar mcm tu je kurang2 pakailah tuala isk isk.. duduk sini bab2 ni la yg susah.. nak kena ajar anak ada benda yg kita boleh ikut dan ada yg tak boleh.. ni dekat2 krismas ni diorang akan buat sesi penerangan tentang krismas dan juga 'servis' krismas diorang.. ada yg cikgu dah tau kita takleh join. tp cikgu ada juga tanya sebab diorang akan berkumpul cerita pasal santa claus dll, katanya masa bulan puasa dia dah bgtau budak2 lain pasal bulan Ramadhan.hmm tak taulah setakat mana dia cerita tu tapi memang dah tulis note kat cikgu dulu yg anak kita kena puasa, dan tulis kenapa kena puasa. skrg diorang nak suruh budak2 lukis pasal krismas lah, nak kita asingkan anak ke tak. ada yg anak boleh join, ada yg tak boleh. yg penting kena cerita kat dia krismas tu perayaan agama dan kita sebagai orang islam tak menyambutnya.setakat tahu budaya orang ok la jangan sampai dia pulak terikut sama :p

ok berbalik pada makanan hehe..
Baru2 ni try buat nasi pilaf dan bbq chicken.. hmm not bad jugak. tp betul ke jadik buat nasi pilaf ni ye sbb tak pernah buat. rasanya pun dah macam nasi butter/nasi ayam.. apa2pun matching la. cuma perlu tambah sup dan sambal cili dah jadik nasik ayam la..tapi nasi ni lembut lah.. mmg sedap

info pasal pilaf http://en.wikipedia.org/wiki/Pilaf
resepi nasi pulak dari matgebu. boleh refer kat sini http://bluetiffin.blogspot.com/2007/12/nasi-pilaf.html

makan dengan ayam bbq


diperap dgn sos bbq nando's. 
yum yumm
satu lagi sos yg mesti ada... sos peri-peri nando's.. 



Saturday, November 19, 2011

Our flower garden

Layan bunga-bungaan pulak di 'taman' yang terletak di halaman rumah..
bunga ros ni sekali kembang sekuntum aje tp berbaloi tunggu.. mungkin dia tak suka duduk di sini.. terlindung dari cahaya matahari. tapi nak alih pun tak berani



masa beli semua ni dalam pasu kecik aje. bila letak atas tanah abis berkembang dan merebak

small garden

meriah


suka sangat kaler ni.. sweet purple

yg ni pun cantik

yg ni pun lawa

yg ni kaler macam baldu

yg ni wangi

yg ni jiran bagi.. sbb puji pokok dia cantik hehe
yg ni pun jiran bagi. cepat sangat membiak sampai penuh  kat sini


close up


perlu disiram setiap hari.. kalau hari panas, kena siram dua kali br hidup subur

Thursday, November 17, 2011

Caversham Wildlife Park

Sila layan gambar lawatan ke Caversham Wildlife Park baru-baru ni...


siap bawa beg isi dengan drawing block konon nak melukis kat sini hehe




baby owl yg comelll

kanggaru pertama yg dijumpai

haiiii

feeding the roo

apasal mata cam taknak buka je tuu

dah kenyang kot

bersantai beramai2


yg ni lak kanggaroo kaler putih

yg ni lak burung emu?

berkenan pula tgk bunga ni



sampai kat hujung kawasan ni rupanya ada lg kanggaru melepak kat sini.. masing2 pakat datang bila tgk kami

creepy pulak tgk bila dia dtg dekat2 dgn jalan mcm tu heee

yg ni lak jenuh follow nak amik gambar. taknak kembang ekor pulak dia

monyok sbb kena paksa posing dgn kanggaru. dia tgk binatang dr jauh je. takutt.. hehehe :p

llama.. bukan baru :)

ayam, rabbit, guinea pig

feed the rabbits

yg ni lak tmpt kambing

semua pakat melepak beramai2

yg ni lak unta wal fadang rumfut

ostrich ni asyik ikut org yg jalan sepanjang pagar

pony

billy

billy nak kawan

jom kita main bola ehh makan rumput laa

comel tak?

best bole masuk kandang kambing hehe

yg ni lak nak ikut balik

tgh tidoo.. nampak bontot je



burung apa ni?

garang

yg ni lak tido, tp taktau le kot kena pagar letrik

yg ni tido 20 jam sehari

best ni peluk pokok

kalau nak pegang, kena pegang dgn belakang tangan. dan jgn pegang muka dia yer..

tgh mimpi apa lah ni


pie halal dari MrsMac. tp tak semua pie dari MrsMac halal yer. kena tengok betul2. rasanya ni dari kilang yg disahkan halal oleh masjid perth. kat supermarket pun ada jual pie ni tapi packaging tak sama dan tak ada logo halal.