Sunday, January 20, 2013

Roti Breadmachine

Roti dah habis.. nak beli kat kedai pun malas. Tengok2 breadmachine pun ada tu mengumpul habuk. So apa lagi, jom kita buat roti!

Roti ni dah tentu la tak lembut mcm roti 'gadisnya' (anak sy dulu tak reti sebut gardenia) atau roti sandwich yg jual dalam pek tu. Crust atau keraknya dah tentu keras sikit, isinya padat. Yang bestnya bahan2 sangat simple.. cuma masukkan semua dalam mesin dan selepas 3 jam dah dpt mkn roti panas2.. Dah tentu sy rasmi dulu mkn 2 keping dgn crunchy peanut butter.. lepas tu kenyanglah sampai tertido! :)
ada rupa ke?

tengok tu sangat padat

mmg mcm ni ke atau sbb yis dah nak expired? haha

sapu peanut butter yg crunchy, bkn yg smooth tu

makan panas2.. adoii lazat tak terkata :)























Resepi Bread Machine Loaf

Ingredients

Serves12
  • 1 cup (250ml) warm water
  • 2 tablespoons caster sugar
  • 1 teaspoon dried yeast
  • 4 tablespoons vegetable oil
  • 3 cups (375g) bread flour
  • 1 teaspoon salt

Preparation method

Prep: 10 minutesCook: 3 hours

Resepi saya rujuk kat SINI

Thursday, January 17, 2013

Kymba lagi... dan ayam percik

Alhamdulillah cuaca harini nyaman sekali. Buka aje pintu rumah, dpt terasa angin sejuk bertiup. Tapi harini mmg agak kuat anginnya dari pagi sampailah ke malam. Bila sejuk2 camni pun sedap tidur juga kan. Kalau kita pun asyik mengantuk, kymba ni apa lagi. Ada je tempat2 kegemaran dia utk tidur. Yang pastinya semua tempat selesa dan empuk2 siap bertemankan bantal lagi hehe..

Menu seterusnya ialah ayam percik. Resepi saya ikut resepi Chef Hanieliza kat SINI. Ni gara2 rindu ayam percik kat pasar malam lah.. Boleh tahan sedap ayam ni mkn dgn nasi panas2.. :)
Mula2 tidur camni. Bila perasan org nak amik gambar..


Tup2 terus alih posing mengada2 mcm ni hahaha

Ayam percik.. masak dulu dengan kuah
Lepas tu bakar ayam dan simbah dgn kuah

Ada rupa tak? Tapi rasanya adaa...

Wednesday, January 16, 2013

Satu hari di musim panas...

Amaran: gambar di bawah mungkin tidak sesuai dilihat oleh kanak2 dan ibu2 mengandung. Sekiranya anda didalam golongan tersebut sila tutup tutup mata dan buka website lain dengan segera. 

Hehehe acah aje, apapun harap2 tak ada yg tersinggung dengan gambar2 di bawah terutama gambar kymba yg seksi tu ya. Itulah kerjanya tiap2 hari bila ahli keluarga berkumpul di ruang tamu :)

Sebelum tu kita tengok menu ringkas yg biasa2 aje..
Daging masam manis (sweet sour beef)

Ulam raja dan selom - mentang2 boleh harvest kat pokok anytime sekarang ;)



Selom. yeayyy
Sambal belacan super pedas dalam bekas yg sgt hot gituu
Model majalah kucing bulan ini

Itu dia.. si kymba gendut yg sgt berani berposing dengan buaya

Lagi aksi berani dr Kymba.. anda berani?

Tengok tu brg shopping pun tak sempat simpan lg, dek melayan model ni

Haa kalau baring camni terserlahlah perut yg mcm karpet tu :)

Tuesday, January 15, 2013

Simply Cottage Tea Rooms & Gallery - Swan Valley

Tak habis lagi cerita di Swan Valley.. Selepas selesai memetik anggur di ladang, kami bergerak menuju ke Tea Rooms ini yang terletak kira2 2 km dari ladang anggur. Mmg teruja nak ke sini sejak membaca cerita dan melihat gambar2 dari blog MamaTiaMia. Masa sampai sini tea room ni belum buka lagi..Waktu operasi ialah 10 pagi tp kami tunggu juga dalam 15 mins alang2 dah sampai dan jd pelanggan pertama hari itu.
Jom tengok gambar..


p/s: Zu, tea rooms ni dah tukar owner, tak sama owner mcm dulu. Pemiliknya sorang nice lady dan anaknya, diorang baru je takeover Oktober lepas
Signboard

Seating kat luar

Signboard dan basikal tepi jalan

Seating di beranda

Nampak cantik kan?

Budak2 tak sabar tunggu nak masuk

Ada sliding utk budak2

Cantik tambah2 kalau ada pokok menjalar ni gerbang ni kan?

Salah satu galerinya

A cuppa cappucino

Sugar pot

Cantik2 belaka

Plain scone dgn jem dan cream

Budak2 bergosip? hehe

Hiasan utk dijual

Cantiknya bekas kek dgn bell shaped dome tu

Tea cosy, tea pot

Budak2 suka mkn scones

Seating for two

Dpt imagine duduk sini sembang2 dgn kawan baik :)

Atau duduk ramai2 dengan keluarga

Apron pun turut dijual

Meja di beranda turut dihias.. sangat selesa nampaknya

Nama kedai

Waktu operasi.. Isnin tutup

Suka tengok bunga2 yang menjalar

Seating di gazebo

Kalau hari yg nyaman, sangat seronok duduk di sini

Suka tengok pagar mini dibuat dari cast iron

Sempat sambar ole2 tea towel

Ni mesti blueberry pie kan?

Boleh simpan sebagai kenangan :)