Wednesday, October 16, 2013

Balik kampung.. singgah CH dulu

Bila dah balik negara sendiri, masa tulah nak pulun makan macam-macam. Tapi tak sempat ambik gambar semuanya sebab semua makanan biasa aje bagi rakyat Msia, berbeza dgn kami yg tak merasa makan macam tu dah setahun hehehe..

Selesai urusan di KL, kami bergerak utk balik kampung pula. Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Singgah satu malam di CH pula.. Kali pertama duduk di Hotel Equatorial ni. Dulu duduk hotel boleh la ambil satu bilik, sekarang anak-anak dah besar kena ambil bilik asing untuk dioranglah kan.
Sebelum bertolak, isi perut dulu

Cantik juga hiasan dalaman nando's kat sini

Pekerjanya pun ramah siap tolong bukakan pintu untuk kita lagi :)

Kami sewa apartment 2 bilik, terletak di tingkat paling atas. Ni ruang dapur

Posing sakan sebab suka hati dapat kongsi satu bilik

Master bedroom

TV di ruang tamu

Sofa yang selesa

Kerusi di balkoni

Pemandangan dari balkoni

Boleh tengok pemandangan di bawah lembah

Hotel Equatorial.. orang lain dah lama ke sini pun. Sayang sekali tiada wifi dekat apartment

Bunga di halaman depan lobi

Tak pasti bunga apa namanya ni

Kabus di waktu pagi

Membawa titisan air

Sejuk dan nyaman

Boleh lihat titisan air dekat tangkai bunga

Sempat posing lagi

Gaya macam ni pulak

Suka hati dapat bercuti sebelum balik jumpa tok ayah :)

Tuesday, October 15, 2013

Padi House @ Galleria, Putrajaya

Jalan-jalan jumpa kawan sambil makan-makan kat Padi House, Putrajaya. Tu pun lepas puas juga sesat di Putrajaya.. hahaha

Hmm sedap-sedap juga makanan kat sini. Yang penting tempatnya selesa dan sesuai untuk jumpa kawan-kawan. Harga pun ok. Kalau duduk dekat-dekat bolehlah datang selalu. :)

Alamat:
Padi House Putrajaya 
Galeria PjH 
Jalan P4W 
Persiaran Perdana 
Presint 4 
62100 Putrajaya
Ada orang order nachos lepas tu taknak makan sbb tak suka rasa cheese ni

salsa dip untuk nachos

Budak-budak ni rasa pelik bila order air kopi lepas tu dapat air gula.. he he he.. 

Cappucino ais kalau tak silap

Air yang tak dijual di Perth - jus tembikai

Mushroom soup with  a slice of garlic bread

Macadamia cheese cake - kongsi makan dengan kawan-kawan

Baked pasta agaknya ni

Nasi ayam with grilled chicken, telur mata kerbau dan popia. Sedap!

Kalau tak silap ni grilled lamb

Suasana dalam restoran

Ramai pekerja luar di sini

Seronok dapat makan2 dengan aunty dan uncle

Lagi suasana dalam restoran

Memang luas dan selesa

Monday, October 14, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha














Salam Aidil Adha kepada muslimin muslimat di mana saja anda berada.. Kami di sini menyambut secara sederhana sahaja, lagipun budak-budak di rumah ni akan mula bersekolah esok setelah cuti sekolah selama 2 minggu.

Seperti biasa di sini ada kawasan yang menyambut Aidil Adha esok (Selasa) 15 Oktober dan ada pula yang menyambutnya pada hari Rabu 16 Oktober 2013. Boleh rujuk di SINI untuk maklumat lanjut.

Sementara itu hari Sabtu ini akan diadakan Eid Celebration Fete anjuran ICWA. Sila rujuk poster di bawah:

Sunday, October 13, 2013

Spring Garden Updates

Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa sunat hari ini dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ramai yang membuat korban tahun ini?

Maaf ya sebab lama tak update blog. Sebenarnya saya balik kampung sekejap kerana ada urusan penting. Sambil-sambil tu sempat lagi JJCM dan bawa anak-anak bercuti. Nanti saya update cerita balik kampung pulak lepas ni.

Bila balik semula ke sini, agak terkejut juga tengok bunga ros yang ditanam banyak yang sudah berkembang, dan besar-besar pulak tu. Sebesar tapak tangan! Sudah lebih dua tahun kami tanam pokok-pokok bunga ros ni dan mungkin sekarang pokoknya dah matang dan mengeluarkan bunga sebesar ini. Rumput di halaman pun sudah panjang dan nampaknya perlulah mencabut rumpai yang tumbuh merata-rata (weeding). Pokok strawberi pun masih tak henti-henti berbuah. Ada beberapa biji buah yang masak ranum dan baru saja lepas saya ambil gambar, dah kena serang dengan lintah bulan (slug)! Heee..

Jom tengok gambar...
Bunga ros pink terang.. susunnya tak berapa cantik

Ni dah lama berkembang, dah tak berapa cantik tapi banyak pula bunganya tahun ni

Banyak lagi yang belum kembang. Yeayy!

Bunga ros mini yang dialih ke tanah. Daun tak ada, tup tup keluar bunga saja

Ros kuning yang rajin berbunga setiap kali

Yang ni kelopaknya sangat cantik dan banyak kudup yang kelihatan

Ros warna pink pucat, mungkin dah lama kembang. Tapi sangat besar!

Ros kuning lagi

Lavender yang makin tinggi dan subur

Ros merah hati kegemaran saya. Sebelum ni ada dua kuntum, kali ni ada 6!

Strawberi yang sedang masak

Geramnya tengok, kan?

Banyak lagi yang belum masak

Ni salah satu pasu yang ada

Tak pasti apa nama bunga ni. Masa tinggal rumah haritu baru keluar daun

Sekarang meriah dengan bunga!

Wangi macam bau bunga melur atau tanjung, tak pasti yang mana satu

Tengok tu, meriah kan?

Waktu malam tentu lebih harum baunya

Pokok pudina, hyrdrangea dan kesum

Blueberry pun dah berbuah!

Musim panas nanti masaklah agaknya

Bunga yang tumbuh liar, benihnya terbang dari rumah pakcik sebelah

Yang ni pulak kat pagar

Lemon masih banyak dan tak henti berbuah

Berry white pun masih meriah

Close up berry white

Cantik, kan?