Tuesday, May 29, 2012

Jalan kaki ke sekolah dan menu daging bakar air asam

Sekali sekala jalan kaki ke sekolah best jugak.. berpeluh2 walaupun cuaca sejuk. jarak dari rumah ke sekolah ialah 1.3 km, sepanjang jalan seronok tgk rumah org. masa balik sorang2 lepas hantar budak2 ni, terserempak sorang uncle dr seremban yg dah menetap kat sini selepas pencen.. ramainya org Msia kat sini hehehe..


baru nak mula.. semangat sikit

tak sampai sekerat jalan dah jalan mcm ni. 

beg tu cuma berisi bekal makanan saja :p

bangga jumpa kereta nasional :)
daging bakar
air asam.. nak abiskan stok bawang dan tomato



Monday, May 28, 2012

Giant persimmon?

Buah persimmon paling besar dilihat setakat ini dengan modelnya.. hehehe



beza saiznya

bila dipotong, dapat sepiring

Sunday, May 27, 2012

My recipe books

Salah satu hobi saya ialah kumpul buku resepi. Buatnya belum tahu.. biar semua resepi ada dulu lepas tu bila nak cuba, dah ada tempat nak cari kan? biasanya saya suka buku 'baking', dessert dan pastry. Dalam masa yg sama sy suka juga tengok mcm2 resepi yg ada esp italian food sbb anak2 suka pasta. kebetulan baru2 ni ada offer dekat coles. beli 3 botol sos leggo dan dpt buku resepi percuma. buku ni kalau beli berasingan harganya $20++ , atau lebih kurang RM60.. mahal tuuu.. mm silap tak beli byk2 kalau tak, buat GA pun best kan? hehe..
satu lagi buku resepi sy beli (my favourite) adalah kompilasi dari AWW (Australian Women Weekly) yg mengandungi resepi Cakes dan satu lagi Cupcakes.. hmm mmg terliurlah tgk gambar2 kek tu. tgh kumpul inspirasi byk2 ni, tp masih belum dpt mood/kekuatan nak buat lagi disebabkan keterbatasan masa.. isk terbatas apanya kan semua org dpt waktu yg sama, 24 jam satu hari.. tp skrg waktu siang adalah pendek. pukul 5.22 dah maghrib (sapa yg ganti puasa masa ni lah best) dan isyak pulak 6.43. ptg2 sempat keluar siram pokok kejap tgk2 dah nak malam.. terpaksa la melepak depan tv layan masterchef dan tv. pukul 8 dah rasa mcm pukul 10, 11 malam.. dah tu sejukkkk.. sesiapa nak dtg sini make sure bawa baju sejuk ya, kalau nak shopping kat sini pun ok sbb kat k-mart dll tgh jual baju sejuk sekarang. murah aje dlm $10-$12 pun boleh dpt :)















2 buku dalam satu folder mcm album tu

5th GiveAway (GA) Winner

GA ke 5 telah ditutup secara rasminya. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 49. Undian telah dibuat dan keputusannya jatuh kepada peserta ke 37. Tahniah kepada pemenang.. kepada yg tidak menang kali ini jgn putus asa Insyaallah ada rezeki sy buat GA lagi.. :)



































Mungkin ada yg tak perasan nama pemenang. Pemenangnya ialah (atau boleh tengok gambar buku di atas betul2):


http://geeazielove4eva.blogspot.com/

email: gee_azie0306@yahoo.com

Siapakah pemenangnya?

Tak lama lagi GA akan ditutup.. penyertaan diterima setakat ini berjumlah 48. Wow, mmg meriah sekali.. apapun terima kasih atas sokongan anda.. kita tunggu siapa pemenangnya nanti :)


Thursday, May 24, 2012

Kymba and Banana Bundt Cake

Just nk bg idea besar mana si kymba ni. dia tak suka didukung lama2 dan kalau dia taknak diganggu atau tgh angin bad mood tu mmg tak boleh kacau lah. bkn sbb badan dia yg besar tu aje tp sbb dia tak pandai bergurau.. biasanya kucing yg pandai bergurau ni akan simpan kuku kalau bergurau, tp yg ni silap2 kita kena cakar sampai berdarah. bkn calang2 calar.. luka boleh jd agak dalam. tp tak salahkan dia juga. menurut tuan asalnya kymba ni dibela di dalam apartment dan tak pernah keluar dari rumah. masa mula2 kami adopt dia, dia sangat takut keluar rumah. kalau dukung bawa keluar dia meronta2 nak masuk balik punyalah fobianya dia sampai burung murai pun dtg dkt dia sambil mengejek2..mungkin dia sense kymba takut agaknya. bila letak atas tanah, lari mcm tak cukup tanah nak masuk ke dalam rumah semula.. sekarang dah setahun dia dgn kami. skrg bkn saja tak takut keluar, asyik nak keluar aje kejenye.. tp lebih suka kita temankan dia. apa yg bagusnya ialah dia tak pernah panjat atas meja makan. kalau kita mkn something, even aiskrim pun kalau dia bau sedap dia akan mintak tp cuma bila kita letak atas lantai baru dia akan mkn. kalu tak, dia tgk aje la :)
oh ya, kymba ni pun agak garang juga sbb dah ramai pakwe dtg mengurat tp dia marah sangat habis dihalaunya.. mmg sayang sekali dia dah dimandulkan tak dpt lah kami menimang 'cucu' huhuhu :p
tokdin dan kymba dgn mood taknak dukung




yg ni pulak buat banana bundt cake sbb nak habiskan stok pisang. mmg padat dgn pisang sampai rasa mcm bingka (bengkang) pun ada.. hehehe..

Wednesday, May 23, 2012

Soto... dan lap-a-thon

Menu soto pulak kali ini.. tak pernah buat bergedil, tp mesti ada cili kicap. perghh.. berasapp.. gambar2 lain adalah acara lap-a-thon tahun ini untuk mengutip derma untuk sekolah. kira mcm sumbangan jogathon tu lah. yg ni student akan buat pusingan dalam masa ditetapkan dan sponsor boleh pilih untuk derma dengan sejumlah wang atau memilih untuk menyumbang mengikut jumlah lap (pusingan). kalau nak sponsor satu lap $1, kalau student buat 20 lap, dapatlah $20.

dapat kasut baru utk lap-a-thon setelah kasut yg ada habis lekang dan koyak

suka tengok awan.. event ni berlangsung dr pukul 1.30 sampai 2.30 ptg camtu

nak lari boleh, berjalan pun boleh

rambut berus dan kawan baiknya



sambil jalan2, cikgu pasang mcm2 lagu. mmg meriah :)