Showing posts with label Tea Room. Show all posts
Showing posts with label Tea Room. Show all posts

Thursday, March 2, 2017

Cottage Tea Rooms - 2017

Musim-musim begini (summer nak masuk ke autumn) sangat seronok rasanya kalau dapat jalan-jalan ke Swan Valley dan singgah sebentar di Cottage Tea Rooms. Di samping menyajikan teh dan kopi, terdapat juga menu scones yang menjadi trademark di sini selain muffinswaffles dan sebagainya. Anda boleh lihat menu di bawah.

Cottage Tea Rooms juga merupakan finalis Gold Plate Award bagi tea room yang menyediakan menu minum petang (English tea) terbaik. Boleh lihat artikel di sini: https://thewest.com.au/news/wa/high-tea-the-height-of-fashion-ng-ya-120526?r=1. Para pelanggan yang berkunjung ke sini juga telah memberikan review sebanyak 4.5 daripada 5 bintang!

Selain makanan, terdapat juga jualan homemade jem dan biskut yang dihasilkan sendiri. Jangan lupa juga untuk melihat barang cenderamata yang cantik-cantik, mana tahu ada yang berkenan untuk dibawa pulang? 

Cottage Tea Rooms terletak di 8560 West Swan Road, Perth WA 6055. Landmark yang anda harus perhatikan ialah adanya sebuah basikal yang diparkir di hadapan tea room ini.

Atau layari facebook Cottage Tea Rooms di SINI.

Untuk lihat post saya sewaktu ke sini dulu dan tengok suasana di dalamnya boleh klik SINI.


Jom tengok gambar.. kredit gambar dari facebook Cottage Tea Rooms.


Cottage Tea Rooms.. nampak basikal tu? :)

Romantiknya minum dekat gazebo ni. Diorang ada buat wedding vows kat sini.

Redup


Jem anggur, fig (buah tin), cili pun ada!

Produk penjagaan kulit

Haa musim anggur macam ni laa.. sebab dah terletak dekat2 ladang anggur :)

Ada juga yang buat event macam perkahwinan kat sini

Garden wedding :)

Jem anggur!

Menu...

Minuman

Soft toys

Hiasan untuk taman agaknya

Adoi geramlah tengok..

Untuk dijual.. ada yang made in England, ada yg made in China

Waffles

Best lepak sini sambil gossip dgn BFF.. biasa grandmas aje suka lepak sini he he

Blueberry scones

Tuesday, December 20, 2016

Nannup Lavender Open Garden: 27 December 2016 - 1 January 2017

Musim lavender telah bermula! Oleh itu Nannup Lavender akan memberi peluang kepada pelawat untuk berkunjung dan menikmati keindahan bunga lavender yang harum dan cantik menawan ;)

Selain cantik dan wangi, lavender juga mempunyai nilai yang tinggi dan digunakan untuk penyediaan makanan/minuman, kecantikan dan juga perubatan. Lavender boleh diminum seperti teh, digunakan membuat scones, produk penjagaan badan seperti mandian, losyen dan juga balm untuk sakit kepala dan sebagainya.

Kalau anda berada di Perth, perjalanan ke Nannup mengambil masa kira-kira 3 jam.

Maklumat lanjut OPEN GARDEN:
Tempoh: 27 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Alamat: Cnr Graphite and Vasse Hwy, Nannup, WA 6275

Facebook: Nannup Lavender atau klik Open Garden

Kredit gambar dari fb Nannup Lavender.

Kalau nak tengok gambar-gambar semasa kami ke sini, boleh klik SINI.

Gambar sekitar Nannup Lavender...


Ni gambar lama rasanya.. pintu masuk ke Secret Garden Tearooms

Produk istimewa iaitu Lou Lou Bear :)

Cantik kan? tapi awas banyak lebah masa ni















Gambar di bawah ialah gambar semasa musim bunga baru-baru ini.. cantik kan? Tapi masa ni lavender belum berbunga kerana lavender ni berbunga di musim panas (summer) iaitu bulan Disember hingga Januari.


Lavender ada banyak jenis.. macam yang ni

Taman sewaktu musim bunga




Selain lavender segar, ada juga produk-produk lavender yang dijual di Secret Garden Tearooms ini iaitu seperti di bawah:

Lou Lou Bear yang diisi dengan bunga lavender

Healing balm

Wheat bag

Lavender spray

Wednesday, May 14, 2014

ArtGeo and Old Post Office Tearooms

Jom jalan-jalan ke kompleks ArtGeo di Busselton. Kompleks ini terletak berdekatan Busselton Jetty sahaja. Anda cuma perlu parkir sama ada berdekatan ArtGeo atau di Busselton Jetty dan berjalan kaki untuk melawat kedua-dua tempat ini.

ArtGeo adalah sebuah kompleks seni sepertimana Kompleks Kraf yang ada di Malaysia. Ada studio-studio khusus untuk artis tempatan, pameran di galeri seni yang asalnya sebuah mahkamah dan juga sebuah kafe kecil yang dulunya adalah sebuah pejabat pos.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.artgeo.com.au/
Laman di dalam kompleks yang sangat cantik dan bersih

Daun berguguran maklumlah musim luruh
Salah satu hasil seni

Cantik


Anda dialu-alukan untuk masuk berjumpa artis (pelukis)

Sempat lagi main di kawasan ni


Hasil seni di galeri
Mahkamah yang ditukarkan menjadi galeri seni
Karya pelukis tempatan yang dipamerkan dan dijual


Keluar dari galeri terus masuk tearooms

Suka tengok kek kat sini

Pemilik tearooms yang sangat peramah






Close up scones with strawberry jam and clotted cream
Tengok lagi
Set scones yang sangat gebu dan lazat
Kad
Suasana dalam tearooms
Ada juga tempat duduk di bahagian luar

Cappucino dalam cawan
Piring pun cantik





Cappucino in a mug
Papan tanda
Bahagian luar galeri dan tearooms


Lokasi tidak jauh dari Busselton Jetty.. within walking distance