Tuesday, January 22, 2013

Golden Boronia (GB) Nougat

Entry khusus berkenaan nougat GB. Baru2 ni ada yang bertanya samaada nougat ni halal atau tak. Sepertimana gambar di bawah, mmg tertera logo halal di pek nougat. Bagi yang ingin membeli nougat, kalau boleh beli sedikit dulu dan test ya, sbb yg plastik maroon ni adalah jenis original crunchy. Saya suka beli yg pek biru sbb lebih lembut (soft). Ada juga yg mixed. Terdapat beberapa saiz pek dari kecil sampailah yg besar, kalau tak silap saya paling besar pek 1kg. Kalau nak beli bawa balik, bolehla beli yg 1kg tu.

Sy pernah juga contact kilang tanya harga dan di mana nak dapatkan nougat. Sy dimaklumkan bahawa harga nougat di kilang tak semestinya murah. Ada 3 kedai yg menjual nougat dgn harga paling murah berbanding kilang. 2 kedai ni berada di Myaree dan 1 lagi kedai di Nedlands. Beza harga nougat di antara kedai2 ni adalah serendah 50 sen sehingga hampir $2.

Kedai2 berikut adalah:
Chan Brothers Oriental Supermarket (bersebelahan dengan Bunnings Myaree)
Unit 7,1, Marshall Road Myaree WA 6154
Tel: (08) 9317 6383

Yee Seng Oriental Supermarket (berdepan dengan Spice Express)
36 Hulme Court Myaree WA 6154
Tel: (08) 9330 9096

Kongs Oriental Supermart (terletak selang beberapa kedai dari Ararat Kebabs)
Broadway Fair Shopping Centre
88 Broadway Nedlands WA 6009
Tel: (08) 9386 1939

Jangan risau kerana selain dari tempat2 di atas, nougat ni senang didapati di kedai2 oriental lain atau di pasaraya seperti Coles dan Woolworth, walaupun agak mahal sedikit. Cubalah cari dan kalau rajin, boleh bandingkan harga sbb harganya sentiasa berubah2 disebabkan oleh persaingan.

Bg yg dtg melancong, nougat ni sesuai sangat dibawa balik sbg ole2 :)
Mula2 sy try beli original crunchy ni. Kalau tak silap yg ni harganya dalam $4.50


Tapi tak tahan la keras pulak, dah la gigi tak berapa kuat he he

Logo halal yg tertera

22 comments:

  1. la ingatkan naget yg kita goreng tu...rupa2 bukan...ha ha ha...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni bukan nugget, tp nougat. sejenis manisan jugak la..:)

      Delete
  2. mmg best layan nougat ni...tambah2 yg berkacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. part kacang tu yg paling sedap kunyah :)

      Delete
  3. Replies
    1. Sejenis manisan, tp bukan coklat. Nougat ni biasanya dibuat dari putih telur dan madu@ corn syrup dan letak mcm2 jenis kacang (badam,hazelnut, pistachio). Kalau yg jenis lembut tu rasanya kenyal2 mcm mkn chewing gum ;)

      Delete
  4. sedap nih, dulu masa g perth mmg banyak borong bawak balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borong kat mana masa tu, ingat tak? Kalau nak bawa balik mmg sesuai beli byk2 boleh bg org kampung rasa :)

      Delete
  5. Pernah makan nougat nih..mmg best sangat2 even keras..mula2 ragu gak dengan kehalalannya..tapi tgk ingredients terus ngap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Ila mkn yg crunchy ni ya? Mmg agak keras sikit. Tak semua produk ada sijil halal, kalau pandai baca ingredientsnya mmg sgt membantu :)

      Delete
  6. nyum..nyumm.. peberet nie.. kalo ada sesapa gie langkawi mesti kirim belikan nougat nie, sy suka yg keras tue, yg jenis lembut tak berapa sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cayalah boleh mkn yg jenis keras tu.. tak berani mkn takut tak pasal2 patah pulak gg :)

      Delete
  7. nyum..nyumm.. peberet nie.. kalo ada sesapa gie langkawi mesti kirim belikan nougat nie, sy suka yg keras tue, yg jenis lembut tak berapa sgt.

    ReplyDelete
  8. Salam, memang sedap. Akk suka makan manisan yg berkacang. Nak2 Nouget ni kaya dgn kacang, waaa...best sgt. Akk suka yg Green Tea Crunchy. Kalau kat Malaysia ni leh dapat nouget ni kat kios biskut Famous Amos. 100g RM13.90...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Haah mkn nougat ada kacang ni mmg best, tak sedar dah mkn byk. Kat Msia mmgla mahal kan. Sbb dah nougat tu mahal, terbang jauh2 pulak :)

      Delete
  9. Suka sgt dgn nougat crunchy. Bole exercise mulut hihi....emm klu ade yg pg perth n langkwi msti kirim... Bole abiskan shari tuk 1pek hihi....dkt famous amos ade tp mahal, klu tringin sgt beli by grams je...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? habiskan pek yg 1kg tu ke? makan nougat ni mmg best, susah nak berhenti hehehe.
      Kalau kat famous amos brp dia jual?

      Delete
  10. laa lambat bc blog kak umi..tidak bleh pesan..

    ReplyDelete
  11. one of my favrot jugak ni. sedap sangat

    ReplyDelete