Sunday, September 7, 2014

Nannup Flowers and Garden Festival - Part 1

Untuk makluman pemenang GA Laman Impiana Review, hadiah telah diposkan pada hari Sabtu lepas (pos ekspress). Harap-harap boleh dapat hari ini atau esok ya. 

Jom sambung cerita jalan-jalan ke Flowers and Garden Festival 2014 di Nannup..

Kami memilih jalan singkat melalui Blackwood River Tourist Drive yang bermula dari Pekan Balingup. Ini adalah kali ketiga kami melalui jalan ini. Kalau tak biasa, agak susah juga sebab jalannya penuh selekoh dan melalui kawasan hutan dan ladang. Di tepi jalan raya kerapkali kelihatan burung kakaktua liar. Jika tak berhati-hati, boleh terlanggar burung yang cantik tu. Kesian sekali bila nampak ada yang sudah mati. Tak sempat ambil gambar sebab beri tumpuan pada jalan.

Bila sampai saja, adik dah pening sebab jauh berkereta dan melalui jalan bengkang bengkok. Kena duduk sekejap, minum air barulah ok sedikit. Tahun ini cuaca agak panas, tidak seperti tahun lepas. Jom tengok antara pemandangan pertama di Nannup!
Adik bergambar dengan tulip yang cantik

Cantik betul warna-warna ini

Banyak yang sudah kembang, mungkin sejak seminggu dua yang lalu

Ada pasar sabtu rupanya

Benih pokok turut dijual

Gerai kraf jahitan

Bunga daffodil

Masih pening lagi.. kesian dia

Tulip merah oren macam api :)

Macam gambar poskad

Tulip ditanam dalam planter box  sekitar pekan

Cantik kan?

Pasar kecil hari sabtu

antara gerai yang ada

Cuma tengok sekali lalu sebab nak ke ekspo di seberang jalan :)

6 comments:

  1. simple betul gerainye ye kak... cantik btul tulip2 tuh.... bunga dafidof tu pun lawo sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je Dana, lagipun diorang biz sekejap aje kira macam garage sale jugaklah. Haa tulip tu memang cantik2... daffodil tu pun besar2 saiz dia :)

      Delete
  2. Sukanya tengok bunga tulip pink dan merah tu.... cantik sangat warnanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah semua warnanya terang2 dan cantik-cantik sangat :)

      Delete
  3. cantiknya bunga tulip..geramnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram bila tengok sendiri Normi.. :)

      Delete