Showing posts with label Roses. Show all posts
Showing posts with label Roses. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Mostly Roses Nursery - Donnybrook, WA

Apa yang saya paling tabik pada budaya kebanyakan orang di Western Australia (WA) - berdasarkan pengalaman ialah mereka sangat peramah dan suka membantu. Contohnya kalau kita ke kedai kasut dan nak beli satu jenis kasut tapi pekedai tak ada stok kasut tersebut, dia akan memberitahu kita kat mana lagi kita boleh dapatkan barang tersebut. Padahal kedai lain tu tak ada kena mengena dengan dia pun. Hebat kan? Kalau kat tempat kita? hmm cari sendiri lah, buat apa nak bagitau takut nanti majukan perniagaan orang lain agaknya.. Buang masa je tanya. Saya ingatkan sikap macam ni ada kat bandar besar je tapi kat bandar kecil pun ada jugak macam ni.. Oklah jom tengok cerita kali ini:

Mostly Roses ni terletak di Donnybrook, tidak jauh dari Balingup. Donnybrook bukan saja terkenal dengan ladang epal, tetapi juga nurseri bunga ros seperti ini. Saya cuba cari laman sosial Mostly Roses tapi tak jumpa pula dan hebatnya nurseri ini dipaparkan di fb Melville's Rose and Garden. Tak tahulah apa kaitan keduanya tapi bagus betul diorang sudi promosikan nurseri orang lain juga kan..

Ok jom kita cuci-cuci mata 'melawat' Mostly Roses Nursery.. :)

Alamat:

South Western Hwy, Newlands, WA,6251. Newlands. Donnybrook-BalingupWA.

Maklumat lain boleh tengok dalam gambar di bawah.

Kredit gambar dari Melville's Rose and Garden.


















Thursday, October 27, 2016

Melville's Rose Garden - Carmel, WA

Musim bunga (spring) ni apa lagi.. masa ni lah nak menikmati keindahan alam, melihat bunga-bunga warna warni yang dah berkembang kan.. Musim ni juga ada yang kurang suka sebab alahan dengan debunga, terutama debunga dari pokok berus botol (bottle brush).

Biasanya kalau tak nak pegi jauh-jauh, kami sekeluarga akan cari kesempatan pegi ke nursery macam Bunnings untuk tengok dan beli bunga cantik-cantik. Paling jauh akan ke Araluen tengok tulip atau ke Roleystone, nak tengok bunga ros. Setiap hari sabtu pula akan beli bunga ros segar untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan penyeri rumah.

Oklah kali ini jom kita 'melawat' Melville's Rose Garden yang terletak di Carmel yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Perth. Kita cuma tahu bunga ros aje kan.. sebenarnya bunga ros ni ada macam2 jenis dan nama. Dekat-dekat sini juga ada satu lagi tempat yang kami pernah kunjungi iaitu Melville Nurseries.. Boleh tengok Melville Nurseries di SINI.

Maklumat lanjut Melville's Rose Garden boleh dilayari di Facebook Melville's Rose Garden atau Laman Web.

Waktu buka: 10 pagi - 4 petang (Rabu sehingga Ahad)

Alamat:
105 Tanner Road Carmel
Perth, Australia

Kredit gambar dari FB Melville's Rose Garden

Camelia rasanya nih

Candlelight

Carabella

David Austin Roald Dahl

David Austin juga

Suasana pagi yang berkabus

Cantiknya taman ni kan

Macam ni lah suasana musim bunga

Wedgwood Rose David Austin

Wise Portia


Wednesday, October 30, 2013

Pulut kuning, ros kuning, ros merah jambu :)

Jom ceriakan hidup dengan warna-warna ini :)
Pulut kuning

Kari ayam

Ros kuning

Basah ditimpa hujan

Walaupun dah lama kembang, masih utuh walaupun warnanya sedikit pudar

Yang baru berkembang dengan warna kuning terang

Warna merah jambu yang sangat menyerlah

Warna merah jambu lembut yang sangat sesuai menghiasi jambangan di hari perkahwinan? Sama serinya :)


Tak jemu memandangnya

Satu lagi pokok yang tidak jemu berbunga

Tetap cantik di mata

Wednesday, June 12, 2013

Bubur Cha Cha dan update bunga ros

Buat bubur cha cha untuk dihirup panas-panas di musim yang dingin ini
Kuahnya pekat.. maniss sekali
Letak keledek

Bunga ros aiskrim sebelum ni dah bertukar warna. Gambar sebelum ini boleh dilihat di SINI

Warna kemerahan pula dikelopaknya.

Semasa belum kembang, begini warnanya

Dah hampir layu

Tapi masih cantik

Yang ni pula masih tak kembang

Sabar menanti :)

Tuesday, June 4, 2013

Garden updates

Jom jenguk pokok-pokok kat tepi dan belakang rumah. Dah lama tak buat lawatan tapak :)

Mini ros terbaru.. pokok aje mini tapi bunganya tak mini langsung

Terpaksa tongkatkan bunga tu sebab berat sangat

Cantik tak?

Yang ni masih belum kembang

Pokok lemon belakang rumah

Pokok kat tengah gambar tu dah hampir botak.. mmg biasa macam ni setiap kali musim luruh

Banyak lemon yang dah masak

Masih banyak juga yang belum masak

Alhamdulillah lemon masak tak putus-putus, buahnya lebat sampai ranting turun ke bawah

Pokok selom.. mula-mula menjalar lepas tu tumbuh jadi macam ni pulak

Pelik jadi lain macam, mungkin dah kawin dengan pokok daun sup? hohoho

Pokok dil.. citer hindustan dil to pagal hai amik sempena pokok ni la hahaha

Pandan laa apa lagi.. berjaya bertahan sehingga kini

Anak pokok sup.. tak payah susah-susah tanam, membiak sendiri dari pokok asal

Bunga ros sebelum ini masih meriah. Boleh tengok entry pasal bunga ni di SINI.

Rasanya dekat sebulan dah berbunga macam ni

Setiap hari mesti tak jemu-jemu membeleknya..