Kali ini saya kongsi video yang diambil semasa berada di Albany Wind Farm. Cuba dengar bunyi bilah kipas dan angin yang kuat itu.
Maaf kalau kualiti video tak berapa bagus dan pengacara pun kurang pengalaman :)
Showing posts with label Albany. Show all posts
Showing posts with label Albany. Show all posts
Sunday, June 22, 2014
Thursday, June 19, 2014
Jalan-jalan Albany: Albany Boatshed Markets. Albany Wind Farm dan perjalanan pulang ke Perth
Hari ketiga iaitu hari terakhir kami di Albany, kami telah berkunjung ke Albany Boatshed Markets yang terletak bersebelahan Albany Marina. Ingatkan besar pasarnya rupanya kecil aje, semuanya terletak di bawah satu bumbung. Kami cuma berjalan sebentar melihat suasana di pasar ini, ingatkan ada makanan laut segar yang menarik rupanya biasa sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web AlbanyBoatshedMarkets.
Selepas itu kami menuju ke Albany Wind Farm yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Albany. Sangat cantik sekali pemandangan di situ..dan betapa kuatnya bunyi kipas yang berpusing. Kalau duduk dekat-dekat rasa gerun juga tapi lama-lama rasa seronok bila dapat tinjau pemandangan dari lookout points yang disediakan, ditambah pula dengan angin yang bertiup memang agak sejuk di situ.
Setelah puas meninjau kawasan sekitar, kami terus bertolak pulang. Singgah makan tengahari di kawasan rehat bersebelahan stesen minyak di Mt Barker. Cantik juga tempatnya. Kawasan rehat di sini sangat berbeza dengan tempat kita. Kalau ada meja dan kerusi panjang tu dah cukup baik. Kebanyakannya cuma ada tong sampah sahaja.
Jom layan gambar...

| Suasana di Boatshed Markets |
| Coklat dan manisan |
| Madu dengan pelbagai perasa |
| Sayuran segar |
| Persembahan nyanyian |
| Jom jenguk kat luar market |
| Boleh melepak atas pasir sambil tengok bot ;) |
| Perjalanan menuju ke Wind Farm |
| Pondok berlindung sekiranya hujan |
| Papan maklumat di tepi laluan |
| Adik dan abang |
| Ada petikan kata-kata mutiara dipamerkan di sini |
| Salah satu kincir angin (wind turbine) |
| Cantik sekali kan.. kalau nampak macam kabus di tebing itulah sea spray mist |
| Sampai juga ke sini.. seronok dapat jalan-jalan |
| Pemandangan dari look out 2 |
| Boleh nampak pondok dan kawasan parkir |
| Look out ke 3, perlu mendaki lagi |
| Kawasan rehat di Mt Barker |
| Singgah makan dan minum.. dah kemas barang pun adik belum habis makan :p |
| Cantik betul pokok ditanam dalam tong kayu |
| Antara kawasan rehat dalam perjalanan.. tiada kemudahan tandas |
| Sepanjang jalan di Albany highway |
| Antara pemandangan biasa ialah ladang yang luas dan ternakan seperti lembu dan biri-biri |
Wednesday, June 18, 2014
Jalan-jalan Albany: Bandar Albany dan Visitor Centre
Alang-alang dah sampai, jom kita jenguk Bandar Albany..
Bandar Albany terletak kira-kira 15-20 minit dari tempat kami menginap di Emu Point. Ada banyak pantai dan tempat penginapan di sini dan kalau nak duduk betul-betul dekat dengan bandar pastikan tengok peta dulu. Tapi kalau ada kenderaan tak ada masalah nak tinggal mana pun ;)
Sedikit info dari laman web Wikipedia:
Albany /ˈælbəni/ is a port city in the Great Southern region of Western Australia, some 418 km SE of Perth, the state capital. As of 2009, Albany's population was estimated at 33,600, making it the sixth-largest city in the state.[2]

| Jalan menuju ke bandar, mendaki bukit |
| Bulatan di tengah bandar.. belok kiri ke York Street |
| York Street.. pemandangan cantik, nampak laut di depan |
| Kedai dan bangunan lama di kiri kanan jalan |
| Senibina macam hotel kat Perth city |
| Hajat nak ke visitor centre tapi terlajak sampai ke sini |
| Albany Waterfront Marina |
| Marina |
| Ada jeti untuk pemancing :) |
| Pemandangan di bandar Albany |
| Visitor Centre |
| Jom tinjau apa yang ada |
| Cenderamata, video informasi serta skrin interaktif multimedia |
| Adik bergaya dengan topi |
| Brosur pelancongan |
| Hasil seni dan buku |
| Produk tempatan |
| Sos cili |
| Jeruk |
| Jangan lupa dapatkan peta Albany percuma dan penerangan dari staf di sini yang sangat peramah |
| Patah balik ke bandar, jalan kaki tengok kawasan sekitar |
| Terjumpa kedai kebab halal di York Street |
| Rupanya kedai ni baru dibuka.. senanglah nak dapatkan makanan halal kat Albany kan? |
| Stesen radio tempatan. Kalau berdiri kat depan bangunan ni boleh dengar siaran radio |
| Singgah pula ambil gambar Dog rock. Albany ni memang banyak kawasan berbatu.. besar-besar pulak tu |
| Adik pun tak lepaskan peluang nak bergambar di sini :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)