Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Wedding video

Jom layan video perkahwinan hasil kerja Beehunt studio. Memang kreatif dan berseni sekali, suka betul saya tengok hasil karya diorang.

Kalau nak tengok video lain boleh layari laman web http://beehuntstudio.com/v2/

P/s: Tumpang berbangga dengan kebolehan orang kita. :)


Sunday, June 30, 2013

Movie time!

Sabtu lepas melayan permintaan anak-anak untuk menonton filem Despicable Me 2 di panggung wayang berhampiran. Semasa mula-mula datang ke sini agak terkejut tengok tiket wayang yang sangat mahal.. Dah tentu semuanya nak bandingkan dengan RM dan apa yang kita nikmati semasa di tanahair sendiri. Fikir-fikir, hmm mimpilah nak tengok wayang kat sini. Tak lama selepas tu sekolah menganjurkan tayangan filem di sini dengan tiket serendah $10 seorang.. sejak tu dah dah pandai pulak tengok wayang kat sini :p

Kalau minat tengok wayang kat sini, seeloknya jadilah ahli dengan bayaran yuran tahunan serendah $10. Sebagai ahli, anda akan mendapat satu tiket percuma (setiap kali perbaharui keahlian tahunan) dan juga mata ganjaran yang boleh ditukarkan untuk mendapat diskaun pembelian pop corn dan sebagainya. Ahli juga dapat membeli tiket dengan harga yang lebih murah berbanding bukan ahli. Ada ketikanya juga panggung wayang akan membuat offer tiket semurah $10 untuk filem-filem terpilih setiap minggu. Menarik kan?

Kalau suka ke panggung wayang bolehlah.. kalau tak kena tunggu dvd keluar baru boleh tengok filem tu. Tu pun dvd agak mahal kalau baru release.
Bawak minion tengok minions :p

Comel lah.. 

Kaunter menjual tiket, pop corn, air.. semuanya beli kat sini

Pop corn masin

Dulu-dulu susah nak telan, sekarang ni bantai aje la

Sejuk-sejuk ni masih setia dengan frozone

Minions :)

Inilah rupa kad ahli

Saturday, January 28, 2012

A very warm saturday

Cuti sekolah dah hampir tamat. Sebelum buka sekolah, bawa budak2 ni tengok movie pulak. kesian lah cuti sekolah asyik terperap kat rumah tambah2 cuaca panas nih. kebetulan ada offer tiket yang murah kat panggung wayang untuk tengok The Adventures of Tin Tin ni.. memang best lah movie ni.. enjoy dari mula sampai habis. ingatkan tak ramai, tapi agak penuh panggung juga.

kat sini tiket boleh dibeli kat kaunter yang sama menjual air dan snack. mula2 tu pening jugak lah cari kaunter tiket hehe..tempat duduk pulak adalah free seating. bila nak masuk panggung tu, diorang beratur lah. tp harini diorang pakat serbu je tak beratur pulak. so tak selalu lah diorang ni ada good civic manners pun kan.. dan jangan terkejut yang pop corn diorang adalah masin! bukan manis mcm pop corn kita. dah la masin, masin 'berdengung' pulak tu.. hahaha.. sama la mcm snek potato diorang pun masin jugak. isk mungkin diorang ni suka makan masin2, dan kita pulak suka manis2..

oh ya untuk citer 3D, kita boleh pilih nak beli tiket dengan atau tanpa 3D glasses dengan harga $1/sepasang. maknanya bila beli 3D glasses tu kita boleh simpan terus lah so bila2 nak tgk movie 3D lagi tak perlulah beli lagi glasses tu. Kat Msia sebelum ni pakai glasses yg panggung sediakan dan lepas habis movie kena pulang balik. hmm kurang hygenic sikit kan, unless diorang cuci glasses tu everytime? skrg taktau lah mcm mana. tp sy lebih suka tengok filem 2D dari 3D sbb pening sikit 3D ni tambah2 kadang2 je dpt rasa effect 3D tu..

habis movie keluar2 punya lah panas. rupanya harini adalah hari paling panas dalam bulan ni.. balik rumah terus masak nasi, goreng sayur, buat sup tulang dan sambal tumis petai. lepas makan, terus pengsan!



yang ni adalah pokok hydrangea yang saya beli baru2 ni.. cuma 2 pokok aje buat masa ni sebab satu pokok harganya dah $15+. lagipun pokok ni agak manja dan tak boleh kena matahari secara terus.

kaler baby blue.. mmg sweet sangat dan pink-purple.. geram tengok kat rumah orang bunganya berjambak2.. tapi diorang pun tanam bawah shades jugak.

ni pokok rosemary. ada 2 pasu. sedap kalau buat roast chicken


ni adalah pokok menjalar dari rumah jiran belakang rumah





menjalar sampai masuk ke belakang shed kat backyard. mmg kat bawah nampak semak sikit tp kalau berbunga semuanya mesti cantik kan? tak sampai hati pulak nak clearkan. :p

Sunday, July 3, 2011

Going to the movies




harini pegi tengok movie untuk kali pertama kat sini. inipun sebab P&C (persatuan ibubapa) yang organize jual tiket movie dgn harga $10/each. kalau tak, ntah bila nak beli tiket sbb tgk dlm website hg tiket mahal le jugak. ni tgh pk2 lg ni teringin nak tgk transformers :)

diorg book satu panggung utk parents dan kids.. kali ni paling puas hati sbb budak dua org tu duduk melekat kat kerusi dari mula sampai habis. kalau tak sebelum ni mmg susah la nak dok diam. mungkin sbb minat citer ni atau dah reti dok diam tak tau lah

kali ni watak utama ialah kawan baik lightning mcqueen, iaitu tow mater.. paling suka movie ni ialah backgroundnya yg sangat cantik.. italy, paris.. fuhh tiba2 teringat kat colmar tropicale lak

ni antara babak suspense. kira best jugak la tak terasa duduk dlm panggung dekat 2 jam.. sblm ni dlm panggung org pasang aircond, kali ni pasang heater pulak. bila keluar2 baru la terasa sejukkk isskk.. kurang2 bersyukur tak duduk kat tmpt ada salji, sejuk mcm ni pun dah tak tahan..