Showing posts with label Donnybrook. Show all posts
Showing posts with label Donnybrook. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Mostly Roses Nursery - Donnybrook, WA

Apa yang saya paling tabik pada budaya kebanyakan orang di Western Australia (WA) - berdasarkan pengalaman ialah mereka sangat peramah dan suka membantu. Contohnya kalau kita ke kedai kasut dan nak beli satu jenis kasut tapi pekedai tak ada stok kasut tersebut, dia akan memberitahu kita kat mana lagi kita boleh dapatkan barang tersebut. Padahal kedai lain tu tak ada kena mengena dengan dia pun. Hebat kan? Kalau kat tempat kita? hmm cari sendiri lah, buat apa nak bagitau takut nanti majukan perniagaan orang lain agaknya.. Buang masa je tanya. Saya ingatkan sikap macam ni ada kat bandar besar je tapi kat bandar kecil pun ada jugak macam ni.. Oklah jom tengok cerita kali ini:

Mostly Roses ni terletak di Donnybrook, tidak jauh dari Balingup. Donnybrook bukan saja terkenal dengan ladang epal, tetapi juga nurseri bunga ros seperti ini. Saya cuba cari laman sosial Mostly Roses tapi tak jumpa pula dan hebatnya nurseri ini dipaparkan di fb Melville's Rose and Garden. Tak tahulah apa kaitan keduanya tapi bagus betul diorang sudi promosikan nurseri orang lain juga kan..

Ok jom kita cuci-cuci mata 'melawat' Mostly Roses Nursery.. :)

Alamat:

South Western Hwy, Newlands, WA,6251. Newlands. Donnybrook-BalingupWA.

Maklumat lain boleh tengok dalam gambar di bawah.

Kredit gambar dari Melville's Rose and Garden.


















Sunday, September 14, 2014

Donnybrook Apple Fun Park

NOTA: Ini adalah entry terakhir tentang Perth kerana kami sekeluarga telah pulang ke tanahair tercinta. Insyaa Allah selepas ini saya akan buat post/entry untuk jualan barang-barang yang menarik tetapi dengan stok terhad ya.. Jika anda berminat, selalulah jenguk-jenguk ke sini :)


Jom sambung cerita.. balik dari Nannup kami singgah di Donnybrook untuk makan tengahari di samping bagi peluang kepada anak-anak untuk bermain di playground. Cantik kan Apple Fun Park ni? Walaupun terletak di pekan kecil, kemudahannya sangat lengkap, bersih dan terjaga. Ibu bapa juga tak perlu risau keselamatan anak-anak bermain di sini kerana kawasannya berpagar.

Antara permainan yang ada.. siap ada kemudahan water fountain bagi yang haus

Slide berbentuk ikan

Buai dan sebagainya

Kawasan yang agak luas, tak perlu berebut-rebut

Makan nasi lauk sardin aje pun dah berselera

Slide berbentuk macam roket je kan

Kemudahan dapur bbq yang sangat bersih

Picnic bench turut disediakan untuk pengunjung

Apple dan pear, dua produk utama pekan kecil ini

Untuk anak-anak yang suka memanjat

Juga rock climbing

Mainan yang agak menarik

Semuanya berkeadaan baik

Jom berpusing-pusing

Adik memanjat tali

Sempat berposing lagi

Ok dah batman, jom balik :)