Thursday, December 22, 2016

MENDAPATKAN KERETA SEWA DI PERTH - RENT A CAR

Post kali ini saya sediakan memandangkan agak ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk menyewa kereta di Perth. Jadi saya kongsikan apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk panduan anda yang berminat.

Jika anda ingin melancong ke Perth, saya cadangkan anda ambil kereta dari Perth International Airport. Maksudnya pick up dan drop off di Airport tersebut. Caranya senang sahaja, gunakan laman web Air Asia dan anda boleh membayar menggunakan kad kredit seperti biasa.

Contohnya seperti di bawah. Anda cuma perlu pilih Perth International Airport, Tarikh serta masa untuk Pick Up dan Tarikh Drop serta Masa untuk Drop Off. Kemudian anda akan diberikan pilihan kereta dari beberapa syarikat yang beroperasi di situ. Pilihan yang ada hanyalah untuk kereta bagi 5 penumpang. Ada pilihan saiz kereta dan kos setiap satu, jarak perjalanan yang dibenarkan dan sebagainya. Buatlah pilihan dan semak terma-terma diberikan. Pemandu di bawah umur 25 tahun akan dikenakan caj tambahan ya. Penting untuk baca dan selepas dah tempah, print tempahan dan simpan di tempat yang senang diambil semasa di airport supaya anda tidak tercari2 dan baru terhegeh2 nak buka beg he he..

Untuk makluman juga, lesen memandu Malaysia diterima di Perth. Tak perlu nak dapatkan translation dan sebagainya.










Patuhi juga undang-undang jalan raya di Perth. Anda tidak boleh meriba anak kecil dan perlu gunakan baby @ toddler car seat. Dan penumpang bawah umur 12 tahun tidak boleh duduk di sebelah pemandu. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat SINI.

Sekiranya anda ingin menyewa kereta di tempat lain pun tiada masalah kerana ada juga pilihan dari syarikat sama beroperasi di Airport dan syarikat lain, antaranya:



Bayswater car rental
Aries Car rental
Perth Rent-a-car
Avis
Budget
Hertz


Untuk sewa kereta dan campervan:
vroomvroomvroom


Atau jika anda ingin menyewa kereta, MPV, utes (utility vehicle iaitu pickup trucks) dan sebagainya, boleh tengok sini:
Ace Rent A Car
Ace rental cars

3 comments:

  1. Puan,kalau ank menyusu bagimn? Boleh diriba tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayi dan kanak-kanak tak boleh beriba, kena duduk atas car seat yang khas. Ada juga syarikat sewa kereta yang menyewakan car seat ni.. GPS pun ada.

      Delete
  2. Assalamualaykum owner blog. Nk share skit. Sy dlu sewa kete dgn seorg akak melayu, smpai kt airport ada driver ambil kami, bw p pickup kete kt kedai. Wasap je akak tu kt +61423188471 utk bt tempahan kete sewa. Semua urusan ckp bhs melayu, baik kt M'sia mahupon Perth. Alhamdulillah mudah.

    ReplyDelete