1. Pertama sekali dapatkan sebutharga dari shipping company/agent.
Apa yang anda perlu tahu ialah banyak mana barang yang anda ingin muatkan, adakah anda perlu satu shipping container sepanjang 20 kaki (boleh muatkan barang untuk satu rumah) atau yang 40 kaki (barang untuk satu rumah dan muat untuk sebuah kereta).
Isikan borang melalui laman web atau emailkan butir-butir tempat pickup dan di mana destinasi barang untuk dihantar, nyatakan jenis barang yang hendak dihantar, iaitu barang rumah (household items) serta tarikh anda mahukan barang anda dihantar balik.
Syarikat akan memberikan sebutharga (kos sudah termasuk penghantaran container kosong, pengisytiharan kastam dsb sehingga sampai ke pelabuhan negara destinasi) dan jika anda bersetuju, anda akan diminta membayar sejumlah deposit. Baki bayaran akan dijelaskan apabila barang anda akan diangkut. Saya meminta masa selama beberapa hari untuk mengisi barang. Arrangement ini boleh dibuat dengan agen tersebut.
Pastikan anda menyemak dulu dengan majlis bandaran (council) jika anda dibenarkan untuk park container di laman depan anda supaya tiada masalah / aduan atau menyebabkan laluan/lalulintas terhalang.
Kontena akan dihantar pada hari dijanjikan dan anda akan diberikan satu unit padlock untuk digunakan apabila sudah selesai memunggah barang. Padlock ini mempunyai kod dan pastikan hanya untuk digunakan bila untuk dikunci pada saat AKHIR. Anda akan diminta untuk maklumkan kod ini kepada agen apabila telah mengunci pintu container.
Kira jumlah kotak dan senaraikan barang-barang yang dimuatkan di dalam kotak tersebut (shipping list), Senarai ini akan diminta oleh shipping agent untuk tujuan kastam dan sebagainya. Saya juga menyimpan senarai barang yang lebih lengkap untuk semakan dan menanda kotak dengan nombor supaya mudah untuk mengenalpasti kotak mana yang saya ingin buka kelak.
Contoh:
Shipping list: Box 1, 2, 3, 4 - Kitchenware, table ware
Senarai lengkap saya: Box 1: Periuk, belanga, senduk, cutlery, apron
Syarikat/agen yang saya gunakan ialah: www.movingyourworld.com.au
Anda akan diberikan nombor tracking untuk menjejak perjalanan container anda sehinggalah sampai ke pelabuhan. Masa yang diambil adalah kira-kira 21 hari.
2. Penghantaran barang dari Pelabuhan ke rumah
Dapatkan sebutharga dan pilih jika anda mahu kontena dihantar terus ke rumah, atau mahu dipunggah ke dalam lori terlebih dahulu. Juga nyatakan jika anda mahu khidmat mengangkut barang anda ke dalam rumah. Jika tidak, anda perlu mengangkutnya sendiri masuk ke rumah.
Anda juga akan diminta untuk mengemukakan dokumen termasuk salinan IC, pasport dan shipping list sekali lagi.
Memandangkan saya memilih supaya barang dihantar dengan lori dan juga meminta caj tambahan pekerja mengangkat barang, kos yang dikira adalah:
- kos shipping line charges,
- kos mengangkut kontena keluar dari yard dan menghantar balik kontena kosong,
- kos penghantaran dan mengangkat barang masuk ke rumah, dan
- service charges.
Syarikat yang saya gunakan ialah: http://www.sakuraforwarding.com/en/
Treler datang hantar container ke rumah |
Pastikan diparkir dengan elok dan tidak mengganggu lalulintas |
Masih ingat packing nak balik ke Msia dari Uk.. mak aihh.. belambak barang..! haha..! selamat berpacking! :))
ReplyDeleteHaah penat betul packing barang banyak2 dah tu nak kena unpack pulak... kan? :)
Deletegood sharing
ReplyDeleteTq Normi :)
Deleteboleh cuba servis viabox pula lpas ni. viabox lg murah dan servis pn cantik.
ReplyDeletewww.viabox.com
Ini iklan yer
Deleteviabox ni boleh gunakan untuk hantar kereta drp aussie ke malaysia ke dear?berapa rate biasanya ye?
DeleteMacam mana plak proses kalau nak order brg brg furniture msia hantar ke aussie.
ReplyDeleteKena contact shipping agent dari malaysia yang boleh ship barang ke sana.
DeleteDid you know that you can generate cash by locking special areas of your blog or site?
ReplyDeleteAll you need to do is open an account on AdWorkMedia and embed their Content Locking tool.
Saya ada beli barang dari US. Barang tu akan dipos di port klang. Seller tu cakap barang tu perlu diambil di port tu sendiri. So macam mana cara saya boleh dapatkan barang tu di port klang tu nanti?
ReplyDelete