Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Noona the cat

Berehat sekejap dari citer pasal trip ke Perth tu.. jom layan gambar 'budak' manja ni pulak. :)
Noona lah siapa lagi
Ni lah 'anak' bomgsu kat rumah ni sekarang

Pandai aje posing nih

Pose istimewa dari Noona


Aksi manja la tu

Elelele

Oklah Noona ucapkan selamat berhari minggu :)

Tuesday, October 14, 2014

Meet Noona :)

Perkenalkan 'anak manja' kesayangan terbaru, Noona namanya. Baru nak masuk seminggu tinggal dengan kami tapi manja macam dah lama kenal. Dalam masa yang sama rindu pada Kymba tak pernah kurang, tapi adanya Noona ni sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati :)

Bila dah biasa pegang Kymba yang gendut tu dengan berat 7.5kg, rasa ringan betul si Noona ni. hehehe,, Jom tengok gambar...

Noona melepak :)

Hari pertama Noona dengan kami

Tidur peluk bantal :)

Sunday, January 19, 2014

Grape Picking in Swan Valley - 2014

Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu di musim panas.. Jom memetik anggur organik di Swan Valley!

P/S:
Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi boleh rujuk post saya terdahulu di SINI dan di SINI. Jika ingin datang ke sini, perlu buat temujanji dengan pemilik ladang dulu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Email saya untuk dapatkan no telefon beliau.
Gugusan anggur

Bangsal pemilik ladang

Geramnya.. ada gugusan yang mencecah berat satu kilogram dan lebih!

Anggur ini dari jenis red seedless

Gugusan anggur dibawah pokok

Ada yang dah kecut kena panas

Huu geram tengok

Saiznya kecil-kecil tapi manis dan rangup

Sepanjang deretan pokok anggur berjuntai seperti ini

Kalau boleh nak ambil semua gambar

Yang ni lebih dari satu kilo beratnya

Yang sudah masak sepenuhnya berwarna kehitaman

Warna merah kurang manis dari yang hitam

Cantik kan? Kawasan ni memanglah panas waktu ini tapi anggur hidup subur

Tengoklah batang pokok anggur tu dah besar maknanya dah bertahun2 usianya

Rasa macam nak petik lagi

Dan lagi...

Sampai penuh sebakul!

Sudahlah, kena tinggal untuk orang lain petik pula

Sebelah sana pun ada deretan pokok anggur

Cuaca panas walaupun belum pukul 11 pagi

Kami cuma memetik di baris ini sahaja

Sebakul anggur seberat 9 kilogram!

Ini pula anggur jenis putih

White grapes

Masih belum masak dan rasanya masam

Seminggu dua masaklah ni

Cuba juga cari yang masak, rasanya manis manis masam

Simpan untuk lain kali pula

Buah tin (fig) yang manis dan boleh dimakan dengan kulit

Bangsal menunggu.. budak-budak suka duduk di sini

Kucing comel

Namanya Harvey

Manja dan peramah.. eh ada ke kucing yg peramah? :p

Sangat cerewet dan suka membersihkan diri.. hehehe

Tuesday, November 5, 2013

Afternoon walks

Menjadi rutin setiap petang untuk kami ke rumah jiran (atuk dan nenek) untuk beri makan kucing diorang memandangkan atuk dan nenek sedang bercuti sekarang. Sambil tu ambil kesempatan jalan-jalan pusing di sekitar kejiranan.

Sebelum tu sempat ambil gambar bunga ros yang baru berkembang di rumah.. Jom tengok gambar lagi
Bila dah lama kembang, warnanya jadi macam ni

Yang ni baru kembang

Tak berapa wangi macam yang putih

Yang ni wangi sangat

Jom jalan-jalan.. tengok kawasan rumah orang.

Budak-budak ni naik scooter

Macam ni lah suasananya, tenang sekali

Jarang sekali nampak penghuni rumah

Kereta pun jarang sekali

Pokok kemunting cina ni terletak depan salun rambut

Cantik kan?

Pokok jacaranda dah mula berbunga

Tak lama lagi ada festival jacaranda, acara tahunan di Applecross pada 23 November ini

Berhenti tunggu lintas sama-sama

Daun tak ada, tiba-tiba ada bunga aje

Close up bunga jacaranda warna ungu

Cantik kan, bentuknya macam loceng

Ini pula pokok mulberi

Dah mula berbuah tu

Bila masak ranum jadi warna hitam



Kucing jiran datang tengok kami berjalan di depan rumah tuannya

Comel kan?