Sunday, May 5, 2013

Bunga-bungaan dan ulaman

Jom layan gambar bunga ros, ulam raja dan pokok salad kat rumah saya ni :)
Suka warna ni, pink mcm air bandung :)

Lama tunggu bunga ni nak berkembang


Kalau buka tingkap, boleh bau wangi

Suka cium bau bunga ni




Sedang berkembang



Kekwa ni dah alih ke tanah

Masih cantik lagi walau dah beberapa minggu kembang

Pokok ulam raja pun dah berbunga

Dah naik tinggi, tak lama lagi mesti banyak anak pokok nih

Close up bunga ulam raja

Salad lettuce yang dah jadi pokok sekarang. Tumbuh sendiri, benih dari pokok sebelum ini

Ros lagi

Warna kuning terang



Thursday, May 2, 2013

Ole-ole dari Balingup

Terima kasih kepada anda yang telah sudi menyertai GA teka barang saya. Sayang sekali tiada siapa yang dapat meneka barang dengan betul. Jawapannya adalah bantal kecil 3 sekawan berbentuk love di bawah ini.

Jom sambung penutup cerita ke Balingup.. Iskk lama betul ceritanya ya. 2 minggu baru boleh habis nak cover.. Rasanya tak banyak pun saya beli, sekadar yang menarik di hati dan dengan harga yang berbaloi bagi saya.
Crochet untuk alas meja kecil

Sabun aroma ros dan lavender

Poskad kenang-kenangan

Balingup

Aneka poskad

Maklumat di poskad

Tote bag yang saya beli dari gerai di Small Farm Field Day

Saya beli 2 beg, yang ni pun saya berkenan juga

Rama-rama

Cupcake

Tea towel dari gerai produk bulu biri-biri

Beg meletak benang semasa mengait. Walaupun tak reti mengait, tapi saya suka :)

Lavender kering untuk hiasan rumah

Minuman apple cider

Poskad dari The Old Cheese Factory Craft Centre. Selain itu, ada juga fridge magnet gambar yang sama

Loceng mini

Burung

Paling saya suka yang ini

Hiasan bantal kecil bentuk love yang boleh digantung

Dan akhir sekali scarecrow on a stick

Sangat comel :)

Wednesday, May 1, 2013

Melawat ladang epal Spring Valley Orchard di Donnybrook

GA TEKA BARANG TAMAT MALAM INI! CEPAT SEBELUM TERLAMBAT. KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Tamatlah sudah percutian 3 hari 2 malam yang penuh dengan kenangan di sebuah pekan kecil. Kami pun bertolak balik ke rumah, tapi masih ada satu agenda lagi iaitu melawat ladang epal yang terletak dalam perjalanan.

Ladang epal ini diusahakan oleh sepasang suami isteri dan yang menariknya mereka mengamalkan kaedah pertanian secara organik iaitu tanpa penggunaan bahan kimia. Setiap pelawat dewasa dikenakan caj sebanyak $10 termasuk harga 1kg buah pertama. Kami turut melihat sendiri bagaimana cara epal dipetik, cara menyisih epal dari segi saiz dan juga melawat sekitar ladang dan paling seronok sekali bila dapat memetik sendiri buah di pokok.

Selain epal, ada pokok plum, avocado, sayuran dan pelbagai lagi yang ditanam di sini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.organic-orchard.com.au/
Mesin mencuci, menyisih dan menggredkan epal

Epal melalui mesin conveyor yang dibuat dari kayu


Seseorang akan berdiri di sini dan mengasingkan buah yang rosak

Buah akan jatuh ke dalam tong yang disediakan mengikut saiz dari yang kecil sampailah yang besar

Bilik sejuk menyimpan buah-buahan

Tanaman sayur secara organik

Deretan pokok epal

Epal jenis pink lady yang berasal dari sini

Pemilik memberi penerangan sambil memberi peluang untuk memetik epal

Kebanyakannya masih belum masak

Kalau ada segugus macam ni, tak boleh petik salah satu sahaja nanti yang lain akan jatuh


Ini epal dari jenis sundowner

Epal sundowner ni masih belum masak

Meriam angin untuk menakutkan burung

Geram tengok epal


Anjing pemilik, namanya lucky. Nasib baik tuannya suruh duduk di sini kerana dia datang nak berkawan :D

Sempat lagi tengok 2 ekor kuda yang ada di ladang ini
Epal lagi
Kami cuma petik 3kg untuk di bawa balik :)