Salah satu acara tahunan yang diadakan di Claremont Showgrounds, WA. Tapak showground ni serupa macam tapak pesta kat Sg Nibong tu..Tahun ni bersempena mesyuarat CHOGM di Perth, kanak2 bawah 12 tahun boleh masuk percuma dengan syarat ditemani oleh orang dewasa.
Yang bestnya nak datang kat sini boleh naik public transport (transperth train) yang berhenti betul2 di pintu masuk showground. Serupa cam stadium bukit jalil la. Dah lama tak jalan2 kat funfair ni letih jugak la nak cover satu kawasan yang luas ni. Jadi kami plan pegi tempat2 tertentu. Malaysia pun ada satu pavillion kat sini. So sambil pegi jumpa orang2 kg, sambil membeli le kan.. tp dah tentu la barang2 kat sini agak mahal, termasuklah rides.. sorang kena bayar antara $6 ke $9.
tiket untuk dewasa berharga $22 untuk seorang. kalau beli kat pintu masuk kena bayar $25.
naik train di fremantle. family smart rider hanya $9.30.
budak2 suka sangat dapat naik train
mula2 agak saspen juga sebab bila train berhenti, pintu tak terbuka. rupanya kalau nak turun, kena tekan butang dulu baru pintu terbuka. dan pintu akan tertutup secara automatik bila train nak bergerak. tak sama macam tmpt kita, semua pintu terbuka dan tertutup sendiri.
nak sangat naik dodgem car. yiyi frust sbb tak boleh drive, tak cukup ketinggian. so terus kensel taknak naik.
anak teruna ni naik sorang2 je la.. mula2 asyik bawa dalam pusingan lepas tu baru la reti nak control.
ada juga animal nursery dan pat-a-bunny, pat-a-pig pun ada isk isk.. ada sekor kerbau yg sangat besar kat sini takut nak pegi dekat2 dan amik gambar.. gerun..
budak kecik tu nak naik python loop (roller coaster) tp tak cukup ketinggian. kesian lg
yg ni kat mana2 funfair ada kot
inilah pavillion Malaysia. siap ada pelamin kat depan. brg2 kat sini tak byk tp bole la nak top up rempah faiza, beli kerepek ubi, biskut dan beli kuihmuih. teringin nak beli dodol dan murtabak tp rasanya terlalu mahal lah.. lain kali kot.. hehe.. ingatkan ada gerai semua negeri tp nampak gaya ada beberapa negeri sj iaitu dr terengganu dan sabah.
hasil borong kat Malaysian Pavillion. rempah bukhari tu harga RM5 kat Msia tp kat sini harga $5, 3 kali ganda tp apa nak buat kan dah naik kapalterbang jauh sgt jd mahal agaknya? apapun harap2 cepat2 la buka kedai Msia kat sini bw masuk produk2 kita. dah beberapa kali join show ni tp dgr kata kedai blm ada lg betul ke?
Alamat showground:
1 Graylands Rd
Claremont Western Australia 6010, Australia
Get directions
(08) 6263 3100
http://www.perthroyalshow.com.au/
salam Umi..bestvnya g perth royal show tu!..trubat gak nk makan rempah2 dr Malaysia ya...mahai gak harga makanan dr Malaysia bila dh sampai perth...!!
ReplyDeleteSalam Kak Atie.. boleh tahan la jugak kalau tak pk dr segi kos tu maklumla budak2 pun dah cuti sekolah kesian juga kalau tak bawa ke situ.
ReplyDeleteisk tu la mmg mahal makanan msia bila sampai sini :p