Wednesday, September 30, 2015

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI MASJID ROCKINGHAM

Al-Hakeem Muslim Funeral Services (Singapore) akan mengadakan kursus pengurusan jenazah secara PERCUMA, yang mana peserta akan belajar tatacara dan adab menguruskan jenazah secara lengkap dari memandikan, mengkafankan dan mengebumikan.
Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Tarikh: 3 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa: 2 ptg
Tempat: Masjid Ar-Rukun, 4 Attwood Way, Rockingham
Kursus ini akan dikendalikan dwibahasa iaitu Melayu dan Inggeris oleh Ustaz Ameer dari Singapura. Nota dalam Bahasa Melayu akan diberikan. Makanan dan minuman adalah secara 'pot luck' oleh itu peserta disarankan membawa sepinggan dua juadah untuk dikongsi bersama.
Oleh kerana nota perlu dicetak, tempahan perlu dilakukan. Kepada yang berminat sila hantar pesanan ringkas SMS kepada Sista N, di nombor 0433 833 432 dengan mesej "Jenazah Course". Hubungi Sista N untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment