Tuesday, August 9, 2016

PROGRAM TAJAAN MAKANAN 'MEALS4SCHOOL' UNTUK PELAJAR DR KELUARGA KURANG KEMAMPUAN

Jom kongsi sedikit rezeki dengan pelajar-pelajar Tahun 6 SK Alor Setar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR bulan depan.

Program ini dianjurkan oleh GOODDEEDS MALAYSIA untuk memberikan makanan tengahari sebagai alas perut kepada 30 pelajar tersebut yang mengikuti kelas persediaan UPSR. Tak dapat bayang macam mana nak belajar dengan perut yang kosong kan? Kalau dapat sumbang sedikit pun sangat membantu atau sekurang-kurangnya tolong sebarkan/share maklumat ini kepada kawan-kawan.


Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Gooddeeds Malaysia atau hubungi Cik Fariza di nombor berikut: 019 3252075.

p/s:
Selain meals4school, Gooddeeds Malaysia juga menganjurkan KlassofHope, iaitu kelas bimbingan percuma untuk anak-anak miskin yang ketinggalan dalam pelajaran.

Poster tajaan

Nasi dengan satu jenis lauk dan sayur dah cukup membahagiakan

Alhamdulillah ni hasil sedekah orang ramai setakat ini

Antara pelajar yang mengikuti kelas persediaan UPSR

Tengoklah.. pakai kasut yang dah rosak. Kesian sangat :(

2 comments: