Selepas itu kami menuju ke Albany Wind Farm yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Albany. Sangat cantik sekali pemandangan di situ..dan betapa kuatnya bunyi kipas yang berpusing. Kalau duduk dekat-dekat rasa gerun juga tapi lama-lama rasa seronok bila dapat tinjau pemandangan dari lookout points yang disediakan, ditambah pula dengan angin yang bertiup memang agak sejuk di situ.
Setelah puas meninjau kawasan sekitar, kami terus bertolak pulang. Singgah makan tengahari di kawasan rehat bersebelahan stesen minyak di Mt Barker. Cantik juga tempatnya. Kawasan rehat di sini sangat berbeza dengan tempat kita. Kalau ada meja dan kerusi panjang tu dah cukup baik. Kebanyakannya cuma ada tong sampah sahaja.
Jom layan gambar...
Suasana di Boatshed Markets |
Coklat dan manisan |
Madu dengan pelbagai perasa |
Sayuran segar |
Persembahan nyanyian |
Jom jenguk kat luar market |
Boleh melepak atas pasir sambil tengok bot ;) |
Perjalanan menuju ke Wind Farm |
Pondok berlindung sekiranya hujan |
Papan maklumat di tepi laluan |
Adik dan abang |
Ada petikan kata-kata mutiara dipamerkan di sini |
Salah satu kincir angin (wind turbine) |
Cantik sekali kan.. kalau nampak macam kabus di tebing itulah sea spray mist |
Sampai juga ke sini.. seronok dapat jalan-jalan |
Pemandangan dari look out 2 |
Boleh nampak pondok dan kawasan parkir |
Look out ke 3, perlu mendaki lagi |
Kawasan rehat di Mt Barker |
Singgah makan dan minum.. dah kemas barang pun adik belum habis makan :p |
Cantik betul pokok ditanam dalam tong kayu |
Antara kawasan rehat dalam perjalanan.. tiada kemudahan tandas |
Sepanjang jalan di Albany highway |
Antara pemandangan biasa ialah ladang yang luas dan ternakan seperti lembu dan biri-biri |
Salam Ummiyumi..agak agak lah ada ke rezeki nekcik untuk jejak kaki ke sana ye...wallahualam
ReplyDeleteWsalam Nekcik,
DeleteTak tahu nak cakaplah Nekcik, tu semua kuasaNya.. kalau ada rezeki dan ditakdirkan sampai Insyaa Allah sampai juga nekcik ke sini..bukan sesuatu yang mustahil. :)
cantik..... sayup mata memandang tang kincir angin tuh kak
ReplyDeleteCantik sangat.. k umi ada buat video tapi tak pasti cemana nak upload kalau dpt dengar sendiri bunyi kipasnya.. fuhh
DeleteUmmi,if nak ke cape leeuwin,kena lalu albany highway tak?
ReplyDeleteKalau nak ke Cape Leeuwin aje boleh lalu kwinana freeway, melalui bunbury dan busselton.. tak lalu albany highway ;)
Deleterasa macam sekali lagi berada kat Albany. Kak umi try tak toilet kat wind farm tu? best kan toilet dia hehehe jakun sikit.....
ReplyDeleteBila nak jalan2 Albany lagi? haa betul la toilet dia mmg unik :)
DeleteUmi....nak tanya sikit....balik Perth dari Albany to one shot ke....5hours?...Ok tak jalan dia.....ada berhenti tak kat tempat ni Kojonup?.....Saya plan nak pergi early december dengan motorhome....windfarm ni senang tak pergi dengan motorhome?...tkasih
ReplyDeleteHaah Perth ke Albany 5 jam.. jalan ok je cuma kena hati2 kalau travel mlm agak gelap. dah tu tak de r&r.. tak ingat berhenti kat kojonup atau tak. tp familiar gak la kojonup tu.. Komuniti melayu islam ada ramai di Katanning.
DeleteNak ke windfarm tu kena mendaki sikit. kalau motorhome tu boleh mendaki, boleh aje :)