Wednesday, May 15, 2013

Chrysanthemum, Ros dan kad hari ibu :)

Harap jangan ada yang mata berpinar-pinar pulak tengok bunga-bunga lagi hehe..

Biasanya 2 minggu sekali saya suka beli bunga ros sebagai penyeri di rumah. Disebabkan suami saya bekerja hari sabtu baru-baru ini, saya minta dia belikan saya bunga ros warna pink. Bila dia dah sampai rumah, tengok-tengok ada ekstra sejambak bunga kekwa sebagai hadiah hari ibu.. wahh lagilah berseri-seri rumah ini.. :) Hari Ahad pulak dapat kad istimewa dari anak tersayang.. :)












Terharu dengan ucapan diberi

Bila press, akan bunyi lagu "She's some kind of wonderful..yeah yeah yeah yeah"

Isk ni dia lukis gambar saya ke? haha kelakar la pulak

Tuesday, May 14, 2013

Ros mini dan kekwa (chrysanthemum)

Minggu ni agak kesuntukan masa disebabkan jadual yang agak padat, tahap kekalutan yang tinggi kerana anak tengah exam minggu ni (mamanya yg kalut lebih) dan waktu siang yang sangat pendek!

Waktu petang sangat singkat sebab pukul 5.30 petang dah masuk waktu maghrib. Nak menyapu daun-daun kering yang banyak ditiup angin pun terpaksa buat cepat-cepat.. kadang-kadang tak sempat. Kalau sidai kain lambat sikit memang tak sempat kering sebab suhu dah makin sejuk sekarang.. Apapun dalam kesibukan, sempat lagi ambil gambar bunga yang sedang berkembang.

Jom tengok...
Pokok ros mini pertama yang kami beli sangat meriah berbunga

Ini dari pokok yang lain. Warnanya sedikit jingga

Ada kira-kira 20 kuntum bunga semuanya :)

Kekwa oren yang dialih ke tanah pun tak kurang meriahnya

Semua kekwa ni dibeli sebagai hadiah hari ibu tahun lepas.. :)
Kekwa kuning
Yang ini warna soft pink sangat maniss sekali

Kata penjual pokok bunga, kekwa suka hidup di kawasan yang teduh :)



Monday, May 13, 2013

Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 pemenang bertuah

Jom tengok GA menarik dari Shaqzs ni.

MAKLUMAN PENTING: GA Ini dianjurkan oleh Shaqzspixca, dan bukannya saya ya.. sila klik banner di bawah untuk terma dan syarat-syarat dari tuan punya GA. 


Klik poster atau link untuk maklumat lanjut...(jangan lupa masukkan gambar blog saya juga hehe.. )


Thursday, May 9, 2013

PRE-ORDER HERITAGE BUNDT PAN - OUT OF STOCK

OUT OF STOCK





Nordic Ware Heritage Bundt Pan
Made in USA
Size: 10" diameter, 3 1/2" height
Material : cast-aluminum

  • Before each use, wash pan with hot, soapy water.
  • Oven safe to 450°F (230°C)..
  • Use only wood, silicone, plastic or other nonmetallic utensils to avoid scratching the surface.
  • For best results, brush pan with an unsalted solid vegetable shortening and dust with flour. You can also use vegetable oil or a nonstick baking spray. If using a spray, check to make sure that it does not contain lecithin, which can cause a gummy residue. Turn pan upside down and tap to remove excess flour. These steps will help ensure easy release and excellent pattern definition.
  • After baking, cool on a wire rack for 15 minutes. Tap pan firmly a few times, then invert, lift pan away and let the cake continue to cool on rack.
  • To prevent overflow, do not fill more than 3/4 full.

Care

  • Hand-wash. Dry thoroughly.
  • Do not use abrasive cleaners such as metal scouring pads, as they can damage the surface.
  • A soft sponge or kitchen brush will remove baked-on food particles. You may need to scrub lightly

*Harga: RM270 

*Nota
1. Harga tidak termasuk pos. Anda boleh pick up sendiri di KL atau request untuk pos (tambahan untuk caj pos akan dikenakan mengikut kawasan) 

2. Barang dijangka sampai penghujung SEPTEMBER


Jika berminat:
- Emailkan ke: pandorra_75@yahoo.com
- Saya akan sertakan maklumat pembayaran ke akaun Maybank atau CIMB. Sila emailkan bukti bayaran selepas transaksi dibuat beserta alamat (jika pos)


Resepi kek boleh dirujuk di SINI.

Wednesday, May 8, 2013

Memancing ikan Tailor di North Mole, Fremantle

Selesai dengan aktiviti crabbing di musim panas, kami teruskan aktiviti memancing pula. Ikan yang diidamkan kali ini ialah ikan tailor dan kami menuju ke tempat tumpuan kaki pancing di North Mole, Fremantle.

Kedudukan North Mole ini agak tersorok kerana perlu melalui kawasan simpanan kargo di pelabuhan Fremantle. Di hujung kawasan ini terdapat rumah api. Selain dari tailor, ikan yang biasa diperolehi di sini ialah herring dan salmon. Kadangkala boleh dapat ikan jerung juga hehehe.. jom tengok gambar..
Gaya mesti ada

Angin sangat kuat, perlu pakai pakaian sesuai

Letak kereta di sini dan perlu memanjat batu-batuan di sini. Pertama kali tengok sampah banyak di Perth ni

Tinggi juga batu ni

Tapi tak menghalang budak-budak ni untuk memanjat naik dan berjalan-jalan di atas batu

Rumah api dari kejauhan

Gaya pemancing?

Antara hidupan yang ada.. ketam batu

Burung

Salah seorang pemancing tegar.. :)

Ada sesiapa nampak 'saya'?

Kapal

Hasilnya.. dapat 2 ekor ikan tailor dah cukuplah. Saiznya setiap seekor melebihi 40cm

Tuesday, May 7, 2013

Mi bandung, Mi Udang dan Puding Susu Strawberi

Panjang pulak tajuk kali ini. Jom tengok gambar mi bandung yang dibuat baru-baru ini. Kali pertama buat mi bandung untuk makan sendiri, kali kedua untuk jamu kawan dan tetamu yang datang dari jauh. Ada lebihan mi saya buat mi udang dengan menggunakan stok udang.
Mi bandung stok daging. Sedapnya.. saya memang suka mi bandung

 Tengok ni pun terliur lagi walau bahan hiasan tak lengkap. Sepatutnya letak hirisan tauhu goreng, telur rebus dan kentang rebus lebih mengancam.


Kemudian saya buat mi udang pulak. Mi kuning kali ini dibuat sendiri :)
Puding susu strawberi sebagai pencuci mulut :D


Memandangkan ada yang minta resepi tu, terpaksalah saya tulis jugak.. padahal segan (malu) campur betul2 segan (malas) juga haha.. ye la, ramai yg pandai buat mi bandung ni, mcm2 versi ada. Tapi saya bg versi saya super senang untuk org tak berapa rajin/kesuntukan masa + nak makan sedap (bg tekak saya la).. Jeng jeng jeng...

Resepi Mi Bandung (untuk 4 orang makan ok kot)
Bahan-bahan

1 bungkus mi kuning
*3-4 paket perencah mi bandung adabi
*nota: kalau rajin, boleh buat sendiri paste mi bandung. cara: rebus cili kering, blend dengan sedikit bawang merah dan belacan. tumis dengan sedikit minyak dan masak sehingga cili betul2 masak)

bawang putih - kupas dan hiris
2 biji telur
sos tomato
sos cili
sayuran ikut citarasa: kobis, sawi (asingkan batang dan daun), tomato
gula
garam
hiasan: bawang goreng, hirisan cili merah
Hiasan optional: telur rebus, potongan tauhu goreng, hirisan kentang rebus

stok daging: (rebus semua bahan ni bersama2)
1/2 kg daging dihiris nipis
sup bunjut
air

Cara:
1. Panaskan sesudu dua minyak masak di dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan batang sawi
3. Masukkan paste atau perencah mi bandung
4. Masukkan stok daging. Kalau suka banyak kuah, masukkan stok lebih
5. Bila kuah mendidih, masukkan sesudu sos tomato dan 2 sudu sos cili, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan kobis dan tomato. Bila sayur dah mula layu dan kuah sudah mendidih, masukkan telur satu persatu. Biarkan seketika sehingga telur masak
7. Masukkan mi kuning dan biarkan seketika, jangan terlalu lama takut mi kembang. Tutup api dan mi sedia dihidangkan bersama bahan hiasan ;)

Monday, May 6, 2013

Vanilla bundt cake

Semangat nak cuba pan baru: Heritage Bundt Pan dari Nordic Ware

Alhamdulillah.. berbaloi membelinya. Kek dapat dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan sangat sempurna bentuknya

Kek vanilla dan butter biasa yang ditabur dengan gula icing

Terpesona dengan bentuknya

Kek pun masak dengan cantik dan gebu.. 

Sumber Resepi: http://www.food.com/recipe/heritage-bundt-cake-293975


2 3/4 cups all-purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
3/4 teaspoon salt
1 cup unsalted butter (equals 16 tbs or 2 sticks)
1 1/2 cups granulated sugar
4 eggs, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
1 cup milk
confectioners' sugar (for dusting)

Directions:

1 Have all ingredients at room temperature. Position a rack in the lower third of the oven and preheat to 325F (165C).

2 Grease and flour the bundt pan, tap out excess flour. (saya cuma sapu butter)

3 Over a sheet of waxed paper, sift together the flour, baking powder and salt; set aside.

4 In the bowl of an electric mixer fixed with the flat beater, beat the butter on medium speed until creamy and smooth, about 30 seconds.

5 Add the granulated sugar and continue beating until light and fluffy, about 5 minutes, stopping the mixer occasionally to scrape down the sides of the bowl.

6 Add the eggs a little at time, beating well after each addition. Beat in the vanilla just until incorporated, about 1 minute.

7 Reduce speed to low and add the flour mixture in 3 additions, alternating with the milk and beginning and ending with the flour. Beat each addition just until incorporated, stopping the mixer occasionally to scape down the sides of the bowl.

8 Spoon the batter into the prepared pan, spreading the batter so the sides are higher than the center. Bake until the cake begins to pull away from the sides of the pan and a toothpick inserted into the center comes out clean, 55 to 60 minutes. Transfer the pan to a wire rack and let cool for 15 minutes.

9 Gently tap the pan on a work surface to loosen the cake. Set the rack over a sheet of waxed paper, invert the pan onto the rack and lift off the pan. Let the cake cool completely, at least 2 hours, before serving.

10 Dust with confectioner's sugar just before serving.