Wednesday, May 8, 2013

Memancing ikan Tailor di North Mole, Fremantle

Selesai dengan aktiviti crabbing di musim panas, kami teruskan aktiviti memancing pula. Ikan yang diidamkan kali ini ialah ikan tailor dan kami menuju ke tempat tumpuan kaki pancing di North Mole, Fremantle.

Kedudukan North Mole ini agak tersorok kerana perlu melalui kawasan simpanan kargo di pelabuhan Fremantle. Di hujung kawasan ini terdapat rumah api. Selain dari tailor, ikan yang biasa diperolehi di sini ialah herring dan salmon. Kadangkala boleh dapat ikan jerung juga hehehe.. jom tengok gambar..
Gaya mesti ada

Angin sangat kuat, perlu pakai pakaian sesuai

Letak kereta di sini dan perlu memanjat batu-batuan di sini. Pertama kali tengok sampah banyak di Perth ni

Tinggi juga batu ni

Tapi tak menghalang budak-budak ni untuk memanjat naik dan berjalan-jalan di atas batu

Rumah api dari kejauhan

Gaya pemancing?

Antara hidupan yang ada.. ketam batu

Burung

Salah seorang pemancing tegar.. :)

Ada sesiapa nampak 'saya'?

Kapal

Hasilnya.. dapat 2 ekor ikan tailor dah cukuplah. Saiznya setiap seekor melebihi 40cm

10 comments:

  1. Replies
    1. Mmg seronok, tambah2 bila dapat ikan :)

      Delete
  2. Ikan ni buat masak apa k. Umi? Mcm ikan temenung rupa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan ni kami goreng aje Wati.. Budak2 ni suka mkn ikan goreng. Haah mcm ikan temenung tp besar :)

      Delete
  3. rindu memancing!!bosan2 mancing,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zul, bosan2 duduk sini boleh pegi mancing. Kat KL mmg xde chance nk mancing la hehehe

      Delete
  4. acamne rasa ikan tailor tu kak? kalu mancing2 dpt ketam ke udang msti best kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi ikan tailor putih mcm ikan bawal tp lebih sedap. Sebelum ni mancing ikan pernah dpt ketam besar. Udang xpernah dpt.. Mungkin diorang pukat kat tgh laut. Udang sini pun besar2 juga Dana :)

      Delete
  5. Balik kak Umi buat ikan bakar ke?sonok kat sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 ekor goreng sbb diorang suka mkn yg goreng2.. tu la last dpt tailor. sbb pegi lepas tu tali pancing asyik putus, sampai rod pun patah, rupanya musim ikan pink snapper yg panjang dkt 2 kaki dah start. besar gilerss.. tp susah nak dpt :p

      Delete