Tuesday, June 25, 2013

White Chocolate and Coffee Walnut Crumble cake

Panjang betul nama kek ni. Yang buat saya berkenan selain nampak cantik - ada pula ada bahan-bahan yang saya suka macam coklat, kopi dan walnut! Mesti cuba nih.. paling menarik sekali tak perlu susah-susah keluarkan mixer. Maklumlah dapur kecik aje, takleh nak letak mixer gedabak atas kaunter dapur. Lainlah kalau pakai mixer mahal macam Kitchen Aid atau Kenwood, Tefal ke.. yang tu kenalah cari ruang jugak kan.. huhuhu :p
Resepi dari cadbury, kenalah pakai coklat cadbury :)

Hasilnya..

Penuh dengan kacang walnut tu.. saya sukaa

Tunggu sejuk sekejap terus potong

Sedap buat minum petang dengan secawan teh panas

Bunga daisy ni cantik sangat warnanya, warna pic lembut

Oren terang

Tea for one :)

Resepinya saya ambil dari SINI.

what you need

250g butter, softened
220g CADBURY White Baking Chocolate
1 cup caster sugar
1 cup milk
2 teaspoons espresso coffee powder
2 eggs, lightly beaten
1 cup flour
1 cup SR flour

½ cup chopped walnuts
2 tablespoons brown sugar
½ teaspoon cinnamon

make it

COMBINE the butter, chocolate, sugar, milk and coffee in a saucepan and gently heat, stirring occasionally, until melted and smooth. Cool slightly. Beat in the eggs, then fold through the sifted flours until combined. Spoon the mixture into a greased and base lined 22cm spring form pan.

COMBINE the walnuts, brown sugar and cinnamon and sprinkle over the cake.

BAKE in a moderately slow oven 160°C for 1 hour and 15-20 minutes or until cooked when tested. (Shield if necessary with foil after 1 hour if browning too quickly.) Stand 10 minutes then turn out onto a wire rack. Cool. Store in airtight container until required.

Monday, June 24, 2013

Daging Masak Itam Nasi Kandar

Bila dah lama-lama tu mulalah rindukan makanan yang ada di Malaysia. Antara makanan yang dirindui ialah nasi kandar. Kalau dapat sepinggan nasi dengan daging masak itam, atau lauk sotong yang ada telur, dengan telur masin, bendi rebus dan kuah campur pun dah cukup.. adusss rasa meleleh air liur teringatkan kesedapan kari-kari yang bergaul dengan nasi tu.

Oleh itu kami telah mencari resepi daging masak itam yang sinonim dengan kedai nasi kandar ni.. dan ingin cuba adakah ia sama dengan yang asal. Memang tak menghampakan. Rasanya sangat sedap, rasanya lebih sedap dari kedai.. hehe mungkin sebab lama tak makan? Kredit sepenuhnya kepada grand masterchef, walaupun berasal dari Klate, dapat menghasilkan masakan mamak Pene yang sangat awesome sekali. Excellente!
Penuh rempah ratus.. aromanya memenuhi satu rumah

Sedia dimakan.. sedappp


Resepi daging ini diambil dari blog kat SINI. Saya copy paste resepi untuk rujukan kemudian hari.

Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Bahan-bahan :
1.Daging Lembu               1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
2.Bawang besar                 2 biji dipotong hiris memanjang.
3.Rempah kari Daging     1/2 pkt rempah daging 250gm.
4.Serbuk Jintan Putih      1 sudu kecil (tsp)
5.Serbuk Jintan manis     1 sudu kecil (tsp)
6.Serbuk Kas-kas                1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
9.*Cili Giling (sedia)          2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
10.Santan pekat                  250 gm jika kehendaki.
11. Gula pasir                        1 sudu besar (tbsp)
Bahan untuk kisar / Tumis:
  1. Bawang labu bersaiz besar 2 biji dikisar dan asingkan
  2. Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
  3. Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
  4. Daun pandan di potong 3″  sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
  5. Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
  6. Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
  7. Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging  segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit. Simpan air daging ini untuk jadikan kuah.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala kalau ada) , daun pandan, daun kari,  dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
7. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukkan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.
Hidangan untuk : 10 orang
Kos :RM20.00
*NOTA:
Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil  dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan  1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.



Sunday, June 23, 2013

Stainless Steel & Gold Plated Serving Tray dari Italy

Satu lagi barang yang dibeli dari Sunday Market, iaitu tray dari Italy. Tray Stainless Steel 18/10 ini saya beli dari tuannya sendiri yang berasal dari Italy dan dibawa ke sini semasa mereka berhijrah dari sana. Ada sejarahnya tu kan?

Saya tertarik dengan corak bunga dan juga pemegang warna emas. Tak pasti apa material pemegang tersebut. Apapun suka dengan warna emas yang terdapat di daun dan bunganya.

Saya cuba cari lagi maklumat tentang tray ini dan ada penjual yang menjualnya dengan harga minima $40 sehingga ke $100!
Sampai aje kat rumah anak saya terus basuh tray ni

Corak bunga dan daun-daun

Pemegang warna emas

Cop pembuat

Terpakai, tapi masih elok lagi

11th GiveAway (GA) Winner

GA ke 11 telah ditutup dengan jayanya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengambil bahagian. Jangan putus asa untuk terus mencuba, nantikan GA yang akan datang.. Insyaa Allah dengan hadiah yang lebih menarik.

 Tahniah kepada pemenang GA ke 11!!



Thursday, June 20, 2013

Buku cerita kanak-kanak Enid Blyton

Sewaktu ke Sunday market hujung minggu yang lalu, anak saya telah meminta untuk membelikannya buku cerita. Bila dah ke gerai menjual buku-buku ni, saya pun tak lepaskan peluang mencari buku-buku terpakai oleh penulis kegemaran saya. Tapi kali ini dibahagian kanak-kanak, saya terpandang buku cerita kanak-kanak oleh Enid Blyton. Terus berkenan dan membelinya.

Bila berjalan ke gerai lain pula kemudian terjumpa satu lagi buku kanak-kanak Enid Blyton dalam kotak. Seolah-olah macam jumpa harta karun rasanya, tambahan pula ilustrasi dan buku tersebut rasa amat familiar, sama seperti buku yang pernah saya suka dan belek-belek sebelum saya mula bersekolah. Lama tuuu.. :p
Bedtime stories and Sunnyside stories karangan Enid Blyton.

Rupanya merupakan hadiah datuk dan nenek kepada cucunya, pada tahun 1976!

Tajuk-tajuk cerita dalam buku ini

Ilustrasi kanak-kanak zaman 70an :)

Suka cerita fairy :)

Bahasanya mudah, ilustrasi pun cantik

Membuatkan saya tertawan. Ada lagi peminat Enid Blyton di sini? :)

Wednesday, June 19, 2013

Mini Apple Pies

Kali ini gunakan pie maker untuk membuat mini apple pie. Cuma sediakan inti atau fillingnya saja dan beli puff pastry.

Begitu senang dan mudah untuk hasilkan apple pie yang sedap ini. Rasanya lebih sedap jika dimakan dgn aiskrim vanilla :)
Sediakan base pastry dan masukkan inti

Tak susah buat inti ni, bahannya cuma epal, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis dimasak sehingga epal lembut

Sudah siap!

Kali ni masak lebih sekata

Jom jenguk inti di dalam :)

Tuesday, June 18, 2013

Half Price Waffle Tuesdays @ Gelare

Hari selasa merupakan hari setengah harga untuk waffle di Gelare..eekk betul ke ayat tu hehe..
Haa apa lagi jom serbu!
Cappucino kurang gula untuk 'tawar' manis waffle dan aiskrim :)

Tunggu pesanan di hantar. Kedai ni belakang rumah je :)

All natural ice cream

Waffle dengan cookie dan wild strawberries icecream dengan whipped cream dan sirap waffle.. yumm

Sorang sibuk amik gambar, sorang lagi jeling dah

Dah siap amik gambar, boleh ke kongsi makan? Tengok pakcik belakang tu pun mkn aiskrim :)

Dah tentu tak cukup. Kena order lagi satu untuk abang :)

Gelare ni pulak di lokasi berbeza.. iaitu di Waterford Shopping Centre, Karawara

Masa ni cuba iced coffee

Awal lagi tak ramai orang

Topped with wild strawberry and swiss choc ice cream, whipped cream and waffle syrup.. yummo