Tuesday, June 25, 2013

White Chocolate and Coffee Walnut Crumble cake

Panjang betul nama kek ni. Yang buat saya berkenan selain nampak cantik - ada pula ada bahan-bahan yang saya suka macam coklat, kopi dan walnut! Mesti cuba nih.. paling menarik sekali tak perlu susah-susah keluarkan mixer. Maklumlah dapur kecik aje, takleh nak letak mixer gedabak atas kaunter dapur. Lainlah kalau pakai mixer mahal macam Kitchen Aid atau Kenwood, Tefal ke.. yang tu kenalah cari ruang jugak kan.. huhuhu :p
Resepi dari cadbury, kenalah pakai coklat cadbury :)

Hasilnya..

Penuh dengan kacang walnut tu.. saya sukaa

Tunggu sejuk sekejap terus potong

Sedap buat minum petang dengan secawan teh panas

Bunga daisy ni cantik sangat warnanya, warna pic lembut

Oren terang

Tea for one :)

Resepinya saya ambil dari SINI.

what you need

250g butter, softened
220g CADBURY White Baking Chocolate
1 cup caster sugar
1 cup milk
2 teaspoons espresso coffee powder
2 eggs, lightly beaten
1 cup flour
1 cup SR flour

½ cup chopped walnuts
2 tablespoons brown sugar
½ teaspoon cinnamon

make it

COMBINE the butter, chocolate, sugar, milk and coffee in a saucepan and gently heat, stirring occasionally, until melted and smooth. Cool slightly. Beat in the eggs, then fold through the sifted flours until combined. Spoon the mixture into a greased and base lined 22cm spring form pan.

COMBINE the walnuts, brown sugar and cinnamon and sprinkle over the cake.

BAKE in a moderately slow oven 160°C for 1 hour and 15-20 minutes or until cooked when tested. (Shield if necessary with foil after 1 hour if browning too quickly.) Stand 10 minutes then turn out onto a wire rack. Cool. Store in airtight container until required.

10 comments:

  1. telan air liur... pos skit kt kl kak heheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak pos la Dana, dah habis hehehehe :D

      Delete
  2. As salam. Amboi...chef umi...terpesona aihhh chek tengok " presentation depa" kek kopi coklat n teh panaihhh...buboh bunga daisy !!!
    Mengancam aihh.

    Ini....chek order Satu utk raya bulih??? Kalau tokdin pi sana kirim mai sebijik!!


    Pasai nasik ulam....alahai kesian pulak chek dengaq...ada depa juai "rencah2 tu" tapi x tahan lama..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Chek Mona
      haha kalau boh kek seketui saja tak cantik, kena letak bunga elok2 haaa baru semangat nak makan sikit betui dak?

      Nak order kek untuk raya ka? raya tahun ni takdan la. order untuk raya 3-4 tahun lagi boleh la kot hihi.. tokdin takdan mai la dia dok jaga cucu la ni :p

      Isk saja ja habaq nasi ulam tu manatau ada org sanggup naik flight mai hantaq kuikuikui

      Delete
  3. Replies
    1. Dah tolong makankan.. ada rasa kenyang tak? hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Ada masa trylah buat, mmg sedap :)

      Delete
  5. Kek dalam secret garden weiii!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe jom kita makan kek sambil minum teh, Nekcik :)

      Delete