Thursday, October 6, 2011

Halal Frozen Pizza

Makanan halal kat Perth ni senang didapati sebenarnya.. cuma kena rajin tanya dan cari.. kerana kalau rajin cari dan baca bahan2 kat supermarket pun akan terjumpa produk2 halal yang kita tak jangka.

DSCN4376
contohnya macam pizza mozzarela ni.. kdg2 tak perlulah susah payah nak uli doh pizza kalau ada pizza segera ni. time ada offer, harga cuma $3 lebih saja. budak2 sah sah suka sgt pizza ni

DSCN4383
pizza ristorante dari germany. produk dr. oetker

DSCN4375
yg ni lak pizza cendawan (funghi) kalau ada offer mmg borong 2-3 pek utk hari2 malas/tak ada idea memasak

DSCN4382
tapi perlulah ingat kerana walaupun dari brand yang sama, kita masih perlu baca dan cari juga logo halal kat produk tu kerana ada juga yang tak ada logo halal dan paling mustahak takut ada yang keluarkan produk berasaskan khinzir.. contohnya sejenis produk pastry yg ada logo halal turut keluarkan produk berasaskan beef yg halal tp ada pulak satu lg produk berasaskan pork (dah tentu tak ada logo halal kat pork ni).. aik mcm mana tu? terus rasa geli tekak.. adakah diproses di kilang yg sama? yg pastinya mmg tak beli dah la produk tu.

DSCN4308
check logo halal kat kotak. kena hati2 juga ya utk jenama ni sebab ada 2-3 lagi perasa yang baru keluar dan tak ada logo halal dan kilangnya pula di australia ni. yg ni produk germany dan mendapat pengesahan halal di sana.

7 comments:

  1. salam Umi..klu g soping kat sana kena hati2..pastu kena baca label betul2 la ye?.kat mesia nie..angkut jer masuk lam bakul..:D

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Atie..
    mmg kena hati2 sbb ni negara org, bkn negara islam pulak tu lagilah byk bahan tak halal. contoh gelatin, emulsifier, ayam/daging kalau tak sembelih pun tak halal, kan..

    yg bagusnya kat sini tak boleh tipu pakai logo halal. badan islam kat sini pun wujud dan boleh bagi pengesahan sijil halal utk produk dan restoran halal. kita kat msia mmg mewah sbb brg halal byk sgt sampai jarang sgt perlu nak cari logo halal ni.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kat sini ketat. Mmg kira bangga jugak lah sbb masyarakat Islam di sini mmg strict dalam benda halal dan haram ni. Kalau pengusaha yg menjual benda yg halal dan tidak halal, mereka ni mesti ada 2 kitchens dan jugak 'penasihat' yg memastikan hasil pengeluaran dia betul2 mengikut keperluan halal atau haram ni.

    Tapi yg menyedihkan bila negara Islam spt Msia yg mana tanda halal nya kadang2 disalah gunakan. They have no excuses for doing such thing and for what?

    ReplyDelete
  4. kalau mcm tu ada kitchen asing tak perlu risau lah kan.

    itu lah, pelik la salahguna tanda halal kat msia ni. mungkin nak tarik org islam ke situ? tp kdg2 benda yg jelas tak ada halal pun org islam pegi jugak pun lg pelik hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mudahkan umi lagi senang dr kat mesia nikan..

    ReplyDelete
  6. mesti seronok kan kalau tinggal di tempat orang, lepas tu terjumpa makanan halal yang segera lagi...senang sikit urusan di dapur tu...nak buat sendiri banyak pulak bahan2 nak kene beli.nak kene uli lagi...yang ni tunggu masuk oven je kan?

    ReplyDelete
  7. haah Chik Mi, Alhamdulillah mmg mudah di sini. :)

    nuwairani: mmg seronok sangat sbb kalau tak masak dan nak mkn luar pun mahal sgt. yg ni masuk oven je dah siap ;)

    ReplyDelete