Sunday, September 14, 2014

Donnybrook Apple Fun Park

NOTA: Ini adalah entry terakhir tentang Perth kerana kami sekeluarga telah pulang ke tanahair tercinta. Insyaa Allah selepas ini saya akan buat post/entry untuk jualan barang-barang yang menarik tetapi dengan stok terhad ya.. Jika anda berminat, selalulah jenguk-jenguk ke sini :)


Jom sambung cerita.. balik dari Nannup kami singgah di Donnybrook untuk makan tengahari di samping bagi peluang kepada anak-anak untuk bermain di playground. Cantik kan Apple Fun Park ni? Walaupun terletak di pekan kecil, kemudahannya sangat lengkap, bersih dan terjaga. Ibu bapa juga tak perlu risau keselamatan anak-anak bermain di sini kerana kawasannya berpagar.

Antara permainan yang ada.. siap ada kemudahan water fountain bagi yang haus

Slide berbentuk ikan

Buai dan sebagainya

Kawasan yang agak luas, tak perlu berebut-rebut

Makan nasi lauk sardin aje pun dah berselera

Slide berbentuk macam roket je kan

Kemudahan dapur bbq yang sangat bersih

Picnic bench turut disediakan untuk pengunjung

Apple dan pear, dua produk utama pekan kecil ini

Untuk anak-anak yang suka memanjat

Juga rock climbing

Mainan yang agak menarik

Semuanya berkeadaan baik

Jom berpusing-pusing

Adik memanjat tali

Sempat berposing lagi

Ok dah batman, jom balik :)

12 comments:

  1. yaka...alaa... tak sempat nak ke perth sekali lagi pi rumah kak umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tu ada lagi kalau nak pergi boleh la tapi orang lain duduk.. nak buat cemana dok sewa aje kat sana hehehe

      Delete
  2. Adik ni macam2 la.Haritu jumpa jd kapten jack sparrow.hehehe.skang jadi batman pulak.Hihihi!

    Bila la ada peluang jumpa kak umi lagi.haritu kat perth kemain happy waktu jumpa kak umi tp takde rezeki nak bertandang ke rumah.

    In sha allah kak umi,umur panjang kita berjumpa lagi.Mananya pic si abang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik tu ikut angin jugak.. tengok watak apa yg dia berkenan masa tu. nasib baik sekarang tak jadi pink panther. k umi sampai dah muak dengar muzik pink panther hari2 hehehe..

      Insyaa Allah ada rezeki boleh jumpa lagi.. tahun depan Fi balik Brisbane kan? Abang ada tu dalam gambar, tersorok sikit. Abang ni mood kurang sikit nak posing.. kalau amik gambar pun tak senyum jadi nampak monyok atau masam je tu yg kurang letak gambar dia :p

      Delete
  3. dah balik ye?cepat je masa berlalu...x sabar nk tgk brg yang nak dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik Kak.. tu la cepat betul.. Nanti umi letak gambar.. lagipun tgh tunggu brg sampai dgn kapal laut ni :)

      Delete
  4. Patut ler hari sabtu lepas saya gi Megabes, uncle tu kata Umi dah nak balik sini..uncle tanya mana tahu semua pasal dia baca blog sapa...saya jawab Umi le..amik gambar ngan ferrari kuning dia tu..hehehehe..pastu ramai lak amik turn gambar ngan ferrari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang famous la lamborghini kuning tu.. Uncle sekeluarga memang peramah. Anak uncle, Wen Teo pun sporting sangat siap bawa jalan2 naik kereta dia..

      Cemana jalan2 sana, best tak? skrg musim bunga mmg cantik sangat kat sana :)

      Delete
    2. ummi, best sgt tp ikut kami nya schedule yg padat giler..terkejar kejar dr Augusta-Margaret River-Busselton..pastu pi tgk tulip lak...sempat pi Big W soping correle sekali je sbb keta takde esoknya...kot umi nak lelong corele nak gak..hehehe...town Perth tu biasa je tp yg belah Augusta mmg best..souvenir lak lagi murah kat Paddy Market Sydney..tak sempat 6 hari pi WA ni.

      Delete
    3. Kalau nak jalan jauh ni tak cukup seminggu.. kalau seminggu tu seeloknye pusing2 perth, fremantle aje.. tp mmg la bkn senang nak cuti sampai 2 minggu, sbb kos juga tu :)

      Corelle umi ada bw balik, tp tak banyak. Insyaa Allah bila sempat baru umi update utk jual ;)

      Delete