Tuesday, September 2, 2014

South western towns, WA

Pertengahan Ogos lepas kami telah ke Flowers and Garden Festival di Nannup. Dalam perjalanan saya ada ambil gambar pekan yang dilalui dan pemandangan yang kami lihat. Mungkin bagi sebahagian dari kita tengok pemandangan macam ni biasa sahaja, tapi sangat menarik bagi saya. Suka tengok kehijauan, kebersihan dan ketenangan di pekan-pekan kecil sebegini.

Jom tengok gambar...
Barisan pokok epal yang kelihatan musim ini tiada daun, cuma ranting dan dahan sahaja

Kolam

Perjalanan ke Nannup mengambil masa 3 jam. Ini antara pekan yang terdapat di daerah ini

Kami memilih untuk melalui pekan Balingup

Jika anda tengok yang putih-putih di rumput tu, itulah biri-biri

Cantik betul bunga kuning ni

Tengok suasana di jalan raya pun tenang sahaja

Tanaman bunga agaknya.. ada beberapa warna

Waktu ni dah hampir masuk musim bunga

Bunga kuning sepanjang jalan

Dah sampai Balingup setelah menempuh perjalanan lebih 2 jam

Pekan ini juga merupakan tumpuan pelancong

Suasana pekan Balingup yang tidak sibuk

Dari Balingup, kami memilih Blackwood River Tourist Drive untuk ke Nannup

Permulaan jalan Blackwood River Tourist Drive

Jalan raya melalui kawasan ladang dan hutan

Pokok tak berdaun kerana daun gugur waktu musim luruh (autumn)

Ladang ternakan lembu

Antara pokok yang kelihatan

Bangsal dan penempatan di ladang

6 comments:

  1. pokok2 epal tu mmg togel betul2 ye kak... tp lps tu elok je dia tumbuh daun n berbuah kan...
    cantik pemandangan jln pun tgk relax je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa memang togel je. Bila musim bertukar nanti akan tumbuh daun, berbunga dan berbuah. Macam tulah kitarannya mengikut musim.

      Betul tu cantik sangat pemandangannya, memang tak menjemukan dan tak terasa sangat jarak perjalanan yang jauh :)

      Delete
  2. Sukanya tengok suasana permandangan kat sana kan..... tenang je rasanya. Mengembalikan nostalgia sewaktu bercuti kat sana dulu-dulu. Suka juga jalan-jalan tengok perkampungan dan ladang-ladang dia orang. Tapi taklah jauh sangat perginya. Paling jauh pun ke Kohunu Park je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang dan sejuk mata memandang. Kalau ada rezeki pergilah jalan2 jauh sikit. Seronok tengok pekan orang ni, orang2nya pun sgt ramah sekali :)

      Delete