Monday, June 17, 2013

The Food @ Spicy Mama's Bentley

Jom tengok lagi makanan apa yang ada kat Spicy Mama's di Bentley. Kalau saya rindu makan kuey teow goreng, inilah tempat yang saya tuju. Boleh request nak pedas atau kurang pedas :)

Menu nasi pula kami order pada hari Sabtu, selepas sesi membeli buah dan sayur di Farmers' Markets at Manning. Pada hari-hari biasa tak ada lauk sebegini. Mungkin hari Sabtu sahaja, saya kurang pasti. Tiba bulan Ramadhan pula, ada jualan kuih muih dan bermacam-macam lagi. Hmm menarik kan?


Kuey teow goreng yang sedap

Ternampak kepak ayam goreng pula hihi

Nasi, kari ayam dan sayur campur

Nasi, daging masak kicap dan sayur campur


Nasi lagi.. hmm tetiba lapar pulak
Milo dino.. hee geram nak slurp aje. :D

Sunday, June 16, 2013

Homestay Geliga Sakti - Kemaman, Terengganu

Nak tolong iklankan homestay yang diusahakan oleh kakak sepupu saya di Kemaman, in case ada yang nak buat rombongan cik kiah, kenduri kendara, melawat saudara mara atau ada urusan di Kemaman bolehlah tanya kalau nak menginap di sini.

Homestay ini mempunyai 3 bilik yang boleh memuatkan  6 orang dengan selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no telefon di bawah. Maklumat lanjut boleh dilihat di facebook.




























Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi no telefon berikut untuk pertanyaan dan tempahan:  013 9120570 

Email: homestaygeligasakti@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Homestay-Geliga-Sakti/395551457230768

Thursday, June 13, 2013

Tea time with macarons

Jom minum petang..
Makan 'biskut' Peranchis, macarons

Teh secawan!

Makan 2 biji macarons: pistachio dan strawberi

Teh disedia dalam teko merah comel

Cuba perasa vanilla dan salted caramel pula

Oh sedapnyaa

Gambar sebelum licin tinggal kotak ;)

Wednesday, June 12, 2013

Warna-warni musim luruh

Walaupun dah masuk musim sejuk, masih ada tinggalan musim luruh seperti daun yang berubah warna dan berguguran seperti gambar-gambar di bawah.
Daun pokok maple dah berubah warna kemerahan

Daun dari pokok di sebelahnya bertukar warna dari hijau ke kekuningan

Bila zoom, baru perasan ada burung bertenggek sedang makan buah

Pokok maple ni terletak di rumah jiran

Menjadi tempat persinggahan burung cockatoos

Banyak kali black cockatoos singgah beramai-ramai ke sini

Ada masa nanti saya nak kutip daun maple untuk disimpan. Mungkin buat scrapbook? ;)

Warna yang kontras

Di bahagian pucuk, sudah tiada daun

Model catwalk ini tak berubah warna sepanjang musim :p

Langit membiru di bumi kanggaroo

Saya suka gambar ini :)

Bubur Cha Cha dan update bunga ros

Buat bubur cha cha untuk dihirup panas-panas di musim yang dingin ini
Kuahnya pekat.. maniss sekali
Letak keledek

Bunga ros aiskrim sebelum ni dah bertukar warna. Gambar sebelum ini boleh dilihat di SINI

Warna kemerahan pula dikelopaknya.

Semasa belum kembang, begini warnanya

Dah hampir layu

Tapi masih cantik

Yang ni pula masih tak kembang

Sabar menanti :)

Monday, June 10, 2013

Beef and Cheese Pie

Dah lama beli pie maker ni, tapi kali ni baru ada masa nak mencubanya. Resepi pertama yang kami cuba ialah beef and cheese pie.
Pie maker yang sangat handy
Lebih baik sebenarnya guna shortcut pastry sebagai base

Tapi saya pun ambil shortcut dan gunakan puff pastry sepenuhnya

Hasilnya adalah pie yang sangat sedap dan rangup

Di dalamnya cheese telah mencair

Sesuai dimakan bila-bila masa

dan juga sebagai bekalan ke sekolah/tempat kerja

Inilah dia pie maker yang telah berjasa

Sudah siap!


































































































































































































































Resepi: (menghasilkan kira-kira 24 biji pie)
1 kg daging cincang
1 labu bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
satu tub tomato paste (140g)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
garam secukupnya
puff pastry segera secukupnya
Shredded tasty cheese secukupnya
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Egg wash: 1 biji telur dan 1 sudu besar susu dipukul dengan garfu

Cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis bawang yang dicincang sehingga wangi.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging masak (bertukar warna menjadi kecoklatan) Masukkan pes tomato, sos, cili, garam dan gula dan masak sehingga inti agak-agak kering dan tidak berair. Sejukkan sebelum digunakan.

Panaskan pie maker, terap pastry untuk bahagian bawah (base) dan atas (top).
Letakkan base pastry dan letakkan inti daging cincang.
Taburkan cheese dan tutup dengan top pastry.
Sapukan bahagian atas dengan egg wash dan rapatkan penutup pie maker. Masak selama 5-8 minit.