Thursday, July 7, 2011

Nasi ayam

Kat sini tengah winter sekarang ni. kalau dengar winter mesti ingat salji kan? tapi winter kat sini tak ada salji pun, cuma hujan yang kerap berbanding musim2 lain. ini menurut org yg dah lama duduk kat sini la. tp nak kata dia tipu pun tak lah sbb mmg kerap gak hujan. kalau tak hujan, mendung. angin kuat bertiup sampai bergegar tingkap. dan winter mesti la sinonim dgn sejuk kan.. suhu sekarang adalah antara 5 - 16 darjah celcius. kalau kat ofis ada org set aircond dengan suhu 18 dah mula rasa sejuk sgtt.. kalau mcm ni dah tak tahan, tak ada salji pun dah sgt bagus, tak tau mcm mn nak kata kalau suhu bawah 0.


ni nasi ayam paling sempoi.. nak buat fancy2, bahan tak cukup (terutama rumput2 hiasan tu) takpe lenkali tanam salad pulak. ni sebab tak plan nak buat nasi ayam. tiba2 tengah depan komputer, perut minta nasik ayam pulak. so dengan pantasnya guna apa yg ada. kobis pun sedapp buat ulam dengan sambal tu kan kan.. yg penting perut kenyang.. Alhamdulillah.. sup pun ader tp dia malu sikit nak masuk sini hehe


walaupun musim sejuk, tak bermakna kerja asyik makan dan berbungkus dalam selimut aje. kerja2 lain kena la dibuat. tapi ada satu makhluk ni memang kerja dia mkn dan tidur aje dan sekarang dah pandai demand, nak tidur pun macam ni.. iskkk

No comments:

Post a Comment