Thursday, December 29, 2011

Frangipani

Cuaca sehari dua ni adalah sangat panas.. suhu maksimum mencecah sehingga 39.9 darjah semalam.. kalau buka tingkap pun angin yang bertiup bawa bahang panas ke dalam rumah.. pokok2 perlu disiram sekurang2nya dua kali sehari.. ada pokok yang layu dan hampir mati.. pokok yang sangat meriah berbunga sebelum ni. mungkin tak tahan dengan cuaca.. dalam masa yang sama, ada pula pokok yang berbuah/berbunga dan hidup dengan subur.. antaranya pokok daun kari, kesum (masih segar asalkan disiram mengikut waktu), pokok cili dan pokok ni... bayangkan semasa winter dan awal spring, hanya tinggal batang pokok aje, skrg bukan setakat daun dah tumbuh, malah dah berbunga!






































dalam masa yang sama, pada tanggal 28 Disember juga kami telah kehilangan seorang insan tersayang.. iaitu ibu mertua.. yang telah kembali ke rahmatullah pada petang rabu..mmg sangat pahit terasa tambahan kepada suami kerana kehilangan ibunya dikala kami berada di rantauan.. masih terbayang2 wajah mek, suara mek dan layanan mek yang sangat baik...semoga roh mek dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan dikalangan orang beriman.. kami akan sangat2 merindui mek, tak dapat bayangkan betapa usangnya rasa bila balik kampung nanti tak dapat lagi melihat mek menanti di muka pintu, menunggu anak, menantu dan cucu pulang.. :(..Al fatihah..


4 comments: