Tuesday, December 6, 2011

Pasar malam...

Alhamdulillah hari ini hujan turun dengan lebatnya setelah panas selama beberapa hari. Sekurang2nya dapat menyejukkan udara dan membasahkan tanah dan tanaman.. isk mcm la byk sangat tanaman tu hehe..
sehari dua ni juga budak2 telah mendapat kad ucapan dari mentor diorang dan juga kawan sekelas. mentor ni adalah mentor untuk English.. disebabkan masa mula2 sampai dulu budak2 ni dah tentu la cuma boleh speaking english gitu2 aje, so sekolah dah recommendkan sorang mentor yg datang seminggu sekali dan spend masa dengan budak2 ni bersembang dan main games etc supaya diorang konfiden dan boleh bercakap dgn baik. mentor ni terdiri dari volunteer yg biasanya golongan orang tua mcm nenek2.. last time dia ada bg mainan cucu dia utk budak2 ni.. dan semalam siap bg kad dan juga gifts untuk budak2 ni.. nampak gaya dia mmg suka sangat dgn diorg ni..
berbalik pada tajuk post. ni cerita pasal pasar malam yg berlaku bulan lepas rasanya.. skrg br nak update hehe.. kat sini tiap2 tahun mesti ada pasar malam walaupun sekali dua. haritu di buat oleh universiti, yg ni pulak dianjurkan oleh sekolah islam.. yg ni tak byk sgt gerai tp org tetap ramai..


apa yg kami beli? dalam byk2, kami tertarik dengan yg ini. siap beratur dan tunggu lama lagi untuk membelinya..nama makanan ni ialah gozleme.. iaitu sejenis makanan turki. lebih kurang macam murtabak lah tapi inti spinach dan feta cheese.. memang sedap.

tambah kalau makan panas2.. fuhh. sy dan hubby beli ni sorang satu. mmg kenyang lah. budak2 cuma beli fries aje.. sebenarnya haritu dah masak tp dah dtg pasar malam ni tak bole resist temptation bila nampak makanan sedap camnih.. mm kat kl nak cari kat mana yer? kat sini makanan mcm ni senang sgt nak cari.. kebab, gozleme, pide (pita) :p


2 comments:

  1. Pasar malam tu kat sekolah mana? Ramainya orang.

    i rasa kalau anak-anak i sekolah sini, mmg diorang tak nak balik malaysialah nampaknya.

    ReplyDelete
  2. Alin, pasar malam ni kat Al Hidayah Islamic School, Bentley.

    budak2 kalau sekolah sini mmg suka sangat, dah tentu takmau balik :)

    ReplyDelete