Sunday, February 12, 2012

Simple dan sedap

Dah lama tak makan ikan sedap2 tetiba jumpa ikan bawal ni hah apa lagi.. goreng pun sodapp.. pastu tabur bawang goreng banyak2.. makan pulak dengan sayur kangkung dan sambal belacan.. buat sup tulang pulak.. lepas tu ada baki sambal tumis yg buat nasi lemak hari sebelumnya, tambah petai jd lah sambal tumis petai hmm penuh jugak hidangan kat meja :)

kangkung goreng.. yumm yumm.. beli kangkung kat kedai dulu lah sementara tunggu kangkung kat kebun membesar.. :D

12 comments:

  1. Masyaallah......sodapnya umi..buat akak terliur aje...lauk2 macam ni lagi menyelerakan, kalau umi jemput akak makan dah tentu akak 3 kali tambah...hehehe, kymba mane???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ke? sama lah selera kita. kalau akak ada dekat2 sini boleh la umi jemput mkn kat rumah, baru best ada geng tambah nasi hehe.. kymba ada tu, tido bawah katil. musim panas dia tido tempat sejuk. musim sejuk nanti kena cari dia bawah comforter pulak :)

      Delete
  2. Fuyooo....sodap tul nampaknya....Kat sini ikan mahal weh...ikan kembung dah sampai RM13 sekilo...ikan bawal yg kecik tu RM4 seekor, kalau yg besar RM10...hari hari makan ayam jer....my fren pernah kata dulu, nak makan kari kepala ikan, kena cari mamak yang buat kari kepala ikan bilis...hehhehe...murah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh laa mahal jugak ke? orait la tu baru RM13 sekilo. ikan bawal kat atas tu sekor RM24+.. hahaha kari kepala ikan bilis? ikan bilis pun mahal wehh :D

      Delete
  3. salam umiyumi...wah,baca n3 umi ni ngan pelbagai juadah sampai penuh meja mmg menyelerakn.Mesti nambah2 nasikkk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak atie.. bila budak2 tak makan sambal tumis, kena la buat sup kat diorang. biasa la kan, nak kena sedia makanan ikut selera masing2 kalau tak ada pulak yg taknak mkn hehehe.. yg untungnya kita la sbb boleh mkn mcm2.. siap tambah2 lagi haha.. ingatkan duduk sini boleh kurus sbb tak lalu mkn, tp nampaknya berat makin bertambah lah pulak :p

      Delete
  4. banyaknye lauk pauk....

    kekadang ucu rebus kosong aje kangkung pastu buat sambal belacan cair2....perrghhhh meleleh air liur n peluh ... bertambah nasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 mcm tu lah, lauk penuh semeja, tapi cuma semangkuk2 je. kdg2 satu jenis pun dah cukup.

      wahh sedap tu ulam kangkung.. rindulah lama tak makan ulam best2.. :)

      Delete
  5. Gabungan mantap ni... Bawang goreng tu nampak garing betul, kenapa sy masak xjadi mcm tu ek...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu gabungan mantap. bawal dan bawang goreng. mesti sampai menjilat pinggan hehe.. bwg goreng tak garing? tak jadi ke? biasanya ms goreng tu umi goreng dgn api yang panas dan dalam minyak yg banyak juga, tp takla byk sgt. agak2 nak garing tu matikan api nanti dia akan garing dgn elok. lepas tu tabur atas ikan. kalau nak simpan bawang yg crunchy, angkat letak atas paper towel sekejap dan simpan dalam bekas bertutup.

      Delete