Monday, April 16, 2012

PART 1 Tokdin di Perth: Swan valley dan ladang anggur

Siri pertama pengembaraan tokdin di bumi Oz.. Tanggal hari Ahad 25 Mac 2012, Tokdin telah selamat sampai ke Perth menerusi penerbangan MH125. flight dari penang jam 7 pagi, transit di KL dan kemudian menaiki pesawat ke sini. risau jugak takut2 tokdin sesat di KLIA. Alhamdulillah semuanya dimudahkan. ada teman yg ditemui dalam perjalanan, satu keluarga cina dari Alor Setar yang sudi mengajak tokdin untuk ikut bersama2 diorang. tokdin turut mendapat layanan baik dari kakitangan penerbangan. terima kasih MAS :) seronok tak terkata dan mcm tak percaya bila tokdin dapat sampai ke sini. boleh berjumpa cucu2 yg sudah setahun tak bertemu kecuali cuma dpt mendengar suara dan melihat gambarnya saja. dapat tengok cucu ke sekolah, dan bermanja, bermain dgn cucu.. ;)

waktu hujung minggu pertama tokdin di sini (setelah seminggu sampai), kami telah membawa tokdin berjalan2 ke Swan Valley, ladang anggur dan Caversham Wildlife Park. Trip ke Caversham akan dimasukkan dalam PART 2. Sila layan gambar2 di bawah.. first sekali gambar anggur. masa sampai ni anggur dah nak hampir penghujung musimnya. dah tak banyak dan ada yg dah sampai kecut sbb tak dipetik. anggur ni boleh didapati dengan byk dan murah waktu musim panas saja. musim lain pun ada tapi tak semanis musim ni.. mmg manis sgt2. ladang yg kami pergi ni milik org kemboja kalau tak silap. minta izin dr dia utk posing2, tp bila tanya nak petik dia kata anggur tu baru sembur racun. so kalau nak petik jugak tanggung sendiri la hahaha..

gambar kedua adalah tokdin dgn cucu2 sebelum bertolak ke Swan Valley. seluar pun dah singkat habis ni menunjukkan cepatnya diorg besar kat sini. biasalah budak2 kan cepat membesar.

gambar ketiga dan keempat gambar di Swan Valley Visitor Centre. tempat mendapatkan maklumat dan membeli souvenir dll.. staf diorang sangat peramah. jgn lupa berhenti di sini utk tambah koleksi souvenir terutama fridge magnet, keychain dan poskad okeh.. gambar seterusnya adalah di ladang anggur dan juga gerai buah di tepi jalan. ladang anggur tu terletak di belakang gerai ni aje. tengoklah buah tembikainya besar2.. sekali tgk mcm gerai buah kat Msia aje kan?























8 comments:

  1. salam Umi...bestnya anakcucu bila tok din dtg ke perth ya.Dpt la brmanja seketika ngan nenek trsyg.
    K.atie tgk anggur2 tu semua..gerammmmm.Mcm nk petik jer semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie.. mmg seronok sgt sbb lama tak jumpa.
      mmg geram betul tgk anggur tu yg susah payah nak amik gambar byk2 biar dpt share kat sini. kalau boleh share petik sekali lg bagus, kan? :D

      Delete
  2. Laaa ingatkan tok din tu tokwan hehehhe i'm sori,wah bestnya besaq2 buah anggur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Mi, tokdin tu bukan nama sebenar. budak2 ni minat tengok watak tokdin dalam 'kampung boy'. sebelum ni panggil tok tapi depa p panggil tokdin pulak. lekat sampai skrg. buah2 kat sini mmg besar2 dan fresh2.. :)

      Delete
  3. salam...ladang anggur ni admission die mcm mane? terigin nk masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Masa pegi swan valley time summer haritu diorang mmg jual anggur tepi jalan. biasanya kebun diorang tu cuma dibelakang gerai aje. minta izin tuannya aje utk masuk bergambar. kalau nak petik, dia akan bgtaulah boleh atau tak. kalau diorang br spray racun mmg dia tak bg petik :)
      kebun lain ada yg buka utk lawatan. biasanya mat2 saleh pegi jalan2 utk wine testing :D

      Delete
  4. Salam, saya nk ke perth hujung bulan....mcm mana nk ke ladang anggur yg awak pegi nieh? leh bg direction? or apa tempat yg berdekatan kalau nk search kt GPS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Roy,
      kalau travel ke swan valley, mmg ada byk ladang anggur. ladang anggur dalam gambar ni terletak kat belakang gerai buah saja. kami cuma minta kebenaran tuannya yg meniaga kat gerai tu utk pegi tengok. kalau jumpa gerai buah orang asia, itulah dia.

      Ladang anggur lain yg dibuka utk pelawat ni biasanya dia ada offer lawatan sekali dgn wine tasting. mmg ada byk ladang anggur kat swan valley. Make sure singgah di tourist information centre di Guildford dan tanya. Diorang kat situ sgt peramah dan suka membantu.

      Seperkara lagi, musim ni pokok anggur baru berbuah dan belum masak. biasanya summer (Dis-Februari) barulah musim buah anggur masak :)

      Delete