Monday, July 15, 2013

Fremantle Markets - Part I

Hujung minggu sebelum bermulanya bulan Ramadhan, kami telah berjalan-jalan ke Fremantle Markets. Dah lama kami tak ke sini, lagi pun belum ada cerita bergambar tempat tumpuan pelancong ini dalam posts sebelum ini.

Lokasi Fremantle Markets terletak di Corner South Terrace & Henderson Street, Fremantle WA 6959 atau boleh layari laman web Fremantle Markets untuk mendapatkan maklumat aktiviti dan direktori kedai di sini.


Jom tengok gambar-gambar..
Sesiapa yang pandai main piano bolehlah main di sini

Gerai paella, nasi stail sepanyol

Berkenan dengan hasil kraftangan ini

Cantik

Gerai halal menjual turkish gozleme

Antara menunya

Terdapat meja kayu di tengah-tengah untuk pelanggan yg nak makan, secara berdirilah :p

Hiasan tanglung bergantungan


Jom sertai aktiviti percuma untuk kanak-kanak

Pottery

Herba yang ditanam di dalam palette yang digantungkan di dinding. Sangat kreatif


Persembahan jalanan

Contoh kraf untuk rujukan kanak-kanak

Gerai cupcakes

Geram tengok semuanya

Gerai roti

Strawberi dan ceri

Gerai buah-buahan didominasi oleh orang Asia

Strawberi bersaiz besar

Manggis 5 biji $5!

Gerai makanan ringan

Gerai telur dan sayuran organik

Suka tengok kentang dalam barrel

Susunan yang kemas dan sedap masa memandang

Sayuran dalam bakul

Buah-buahan lagi...

Sunday, July 14, 2013

Aktiviti musim cuti sekolah: Dinosaur Adventures @ Garden City Shopping Centre, Booragoon

Cuti sekolah telah bermula pada 6 hingga 23 Julai 2013. Sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 24 Julai. Pada hari Isnin dan Selasa, guru-guru akan mula bekerja sebagai persiapan persekolahan penggal yang baru. Menarik kan? Cikgu tak perlu datang hari Sabtu atau Ahad untuk bekerja, dan pelajar pula boleh mulakan persekolahan pada pertengahan minggu. Tiada masalah di situ ;)

Sementara tu, ada keluarga yang ambil kesempatan untuk bercuti. Kami tidak ke mana-mana kali ini, sekadar membawa anak-anak mengikuti aktiviti berdekatan sahaja. Antaranya ialah Dinosaur Adventures ini. Kecil sahaja ruang aktiviti ini, masuk adalah percuma dan sumbangan gold coin (syiling $1 atau $2) adalah sangat dialu-alukan. Aktiviti ini berlangsung dari 6-21 Julai 2013 mulai jam 11 pagi - 3 petang. Maklumat lanjut boleh layari Dinosaur Adventures.

















145 MILLION YEARS AGO WE'D HAVE TOLD YOU TO RUN!! These holidays, however, we invite you to get a little closer.  

These July school holidays Dinosaur Adventures is coming exclusively to Garden City! Take a step back in time and get to know the most awesome creatures to ever walk the planet.

From 6 - 21 July, we will have free fossil digging, giant displays and animatronic dinosaurs in our prehistoric playground. Come along to the Homewares Mall (near JB Hi-Fi) and take a closer look from 12pm - 3pm daily*.  

Fossil Digging:
Every child that enters Dinosaur Adventures will be invited to become a palaeontologist and discover their very own dinosaur fossil. Suited up in a white coat and goggles, children will be given a fossil egg and special equipment to help them chip away at their fossil. Every egg has a fossilised surpise for our little diggers to keep and take home!

*Bookings for sessions can be made between 11am - 12pm daily by calling 9316 7903. Please note that all sessions are fully booked until the 21st July.

What:Dinosaur Adventures
When:6 - 21 July, 12pm - 3pm (Walk in sessions only) 11am - 12pm - (Booked sessions only. Please note that all sessions are fully booked.)
Where:Homewares Mall, near JB Hi-Fi
Cost:Free entry, however a gold coin donation to Edmund Rice Camps WA is welcome.
Bergambar di pintu masuk

Memecahkan batu untuk mencari fosil

Tiba-tiba timbul minat nak jadi saintis

Aktiviti percuma untuk kanak-kanak

Ibu bapa pun turut menggalakkan minat anak-anak

Bergambar dengan dinosaur

Fosil yang 'ditemui' dalam batu ;)

Bergambar dengan dinosaur baru menetas

Beri makan?

Dinosaur ini bergerak-gerak sebenarnya (animatronics)

Poster pameran

Nak pegang T-Rex?

Roarrrrr

Sorang protes taknak bergambar :p

Stegosaurus

Fosil lagi

Maklumat dinosaur

Kecil sahaja ruang pamerannya

Tapi cukup menarik untuk kanak-kanak dan ibu bapa :)

Thursday, July 11, 2013

Indian Curry Hut - Waterford Shopping Centre, Karawara

Kedai kari terbaru di Perth yang kami kunjungi minggu lepas iaitu sebelum bermulanya bulan puasa.. Jika inginkan kari ala hotel, bolehlah ke sini kerana chefnya berpengalaman kerja di hotel. Kedai ni pun baru saja dibuka beberapa bulan yang lalu. Mungkin masih tak ramai yang tahu. Kami teringin mencuba setelah kebetulan lalu di depan kedainya dan ternampak sijil halal yang dipamerkan di pintu. Macam tulah jadinya dengan hantu kari kan, pantang tengok kedai kari halal hehehe..

Maklumat lanjut dan lokasi adalah seperti di bawah:
Shop 66 Waterford Plaza, 230 Manning Rd, Karawara WA 6152.
Email : tulasir@iinet.net.au
Call: 08 9313 2988
Website: http://indiancurryhut.com.au/

Buku menu.. terdapat menu untuk dine in dan take away dengan sedikit perbezaan harga

Ruang dalaman yang menarik

Kaunter bayaran

Menu kami untuk dinner malam itu

Beef rendang

Lamb masala

Briyani rice

Peminat kari

Roti pratha

Sekitar 8 malam tapi dah sunyi.  Tak ramai keluar waktu ini kerana kebanyakan kedai tutup pukul 9 malam kecuali IGA

Pintu kedai dan logo halal di sebelah kanan


Menu sarapan juga ada

Logo halal dari WAHA

Lunch special

Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa di Perth

Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di sini. Tidak jauh bezanya berpuasa di tempat sendiri dan tempat orang melainkan cuaca yang sejuk, tempoh berpuasa yang singkat dan tidak semeriah di tempat sendiri dengan bazaar Ramadhannya. Mula-mula memang terasa kerinduan suasana di tempat sendiri tapi lama-lama sudah jadi biasa. Bila teringatkan jalanraya yang sesak tatkala nak balik kerja untuk ambil anak dari rumah babysitter sebelum ke bazaar Ramadhan, tak terasa pula rindu saat (kesesakan) itu hehehe..

Apa yang menariknya, masih ada tempat-tempat yang menjual kuih-muih dan makanan untuk berbuka puasa. Biasanya saya cuma ke satu tempat sahaja iaitu ke Spicy Mama di Bentley. Sekurang-kurangnya ada satu atau dua jenis kuih kegemaran kami sekeluarga di situ. Sekali sekala apa salahnya beli ikut citarasa masing-masing.

Jom tengok kuih-muih yang dibeli hari pertama berbuka. Memang sederhana sahaja tapi rasa sangat bersyukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah..
Abang minta kuih ketayap (dadar), adik peminat kuih lapis.. mama dengan bingka

Dapat bubur lambuk dan limau percuma. Alhamdulillah.. bila tuang dalam mangkuk jadi camnilah :)
Kurma.. beli sedikit dulu