Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa di Perth

Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di sini. Tidak jauh bezanya berpuasa di tempat sendiri dan tempat orang melainkan cuaca yang sejuk, tempoh berpuasa yang singkat dan tidak semeriah di tempat sendiri dengan bazaar Ramadhannya. Mula-mula memang terasa kerinduan suasana di tempat sendiri tapi lama-lama sudah jadi biasa. Bila teringatkan jalanraya yang sesak tatkala nak balik kerja untuk ambil anak dari rumah babysitter sebelum ke bazaar Ramadhan, tak terasa pula rindu saat (kesesakan) itu hehehe..

Apa yang menariknya, masih ada tempat-tempat yang menjual kuih-muih dan makanan untuk berbuka puasa. Biasanya saya cuma ke satu tempat sahaja iaitu ke Spicy Mama di Bentley. Sekurang-kurangnya ada satu atau dua jenis kuih kegemaran kami sekeluarga di situ. Sekali sekala apa salahnya beli ikut citarasa masing-masing.

Jom tengok kuih-muih yang dibeli hari pertama berbuka. Memang sederhana sahaja tapi rasa sangat bersyukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah..
Abang minta kuih ketayap (dadar), adik peminat kuih lapis.. mama dengan bingka

Dapat bubur lambuk dan limau percuma. Alhamdulillah.. bila tuang dalam mangkuk jadi camnilah :)
Kurma.. beli sedikit dulu

12 comments:

  1. alhamdulillah..sederhana itu bagus..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Normi, tak beri peluang untuk membazir makanan :)

      Delete
  2. dpt jugak lps gian pg param yek kak... special tu ada kuih2 gitu kt nun jauh sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dana, ada juga serba sedikit kuih muih di sini. Ok jugaklah kan, kalau banyak2 pun tak tahu nak pilih hehehe

      Delete
  3. selamat berpuasa umi... sedap pulak nampak kuih ketayap tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa che na and family.. boleh tahan sedap kuih ketayap kat sini. Kat sana mesti lebih meriah, banyak pilihan :)

      Delete
  4. Assalamu'alaikum.. kali pertama jejak kat sini.. selamat berpuasa kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt.. terima kasih atas ucapan dan kesudian singgah ni blog ini wan echa.

      Selamat berpuasa :)

      Delete
  5. salam ramadhan... wow ada jgk kuih2 tradisional... mmg best kuih2 lama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak dan selamat berpuasa.. umi mmg peminat kuih2 tradisi, termasuklah kuih raya hehe.. nasib baik ada juga dijual di sini.

      Lepas ni nak tunggu serimuka pulak. Nak buat pun serba salah setakat dua org nak makan seketul dua sj :D

      Delete
  6. Salam ramadhan Umi...waa mcm kat mesia jugak ye...ada bazaar ramadhan ye.....nekcik pun bli jugak kuih seketul dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada Nekcik juga..
      Kat sini cuma boleh beli kat kedai aje. Tak ada gerai banyak2 macam bazaar Ramadhan kat sana. Oh Nekcik suka kuih juga ya. Samalah kita.. :)

      Delete