Thursday, July 11, 2013

Indian Curry Hut - Waterford Shopping Centre, Karawara

Kedai kari terbaru di Perth yang kami kunjungi minggu lepas iaitu sebelum bermulanya bulan puasa.. Jika inginkan kari ala hotel, bolehlah ke sini kerana chefnya berpengalaman kerja di hotel. Kedai ni pun baru saja dibuka beberapa bulan yang lalu. Mungkin masih tak ramai yang tahu. Kami teringin mencuba setelah kebetulan lalu di depan kedainya dan ternampak sijil halal yang dipamerkan di pintu. Macam tulah jadinya dengan hantu kari kan, pantang tengok kedai kari halal hehehe..

Maklumat lanjut dan lokasi adalah seperti di bawah:
Shop 66 Waterford Plaza, 230 Manning Rd, Karawara WA 6152.
Email : tulasir@iinet.net.au
Call: 08 9313 2988
Website: http://indiancurryhut.com.au/

Buku menu.. terdapat menu untuk dine in dan take away dengan sedikit perbezaan harga

Ruang dalaman yang menarik

Kaunter bayaran

Menu kami untuk dinner malam itu

Beef rendang

Lamb masala

Briyani rice

Peminat kari

Roti pratha

Sekitar 8 malam tapi dah sunyi.  Tak ramai keluar waktu ini kerana kebanyakan kedai tutup pukul 9 malam kecuali IGA

Pintu kedai dan logo halal di sebelah kanan


Menu sarapan juga ada

Logo halal dari WAHA

Lunch special

6 comments:

  1. Slmt berpuasa Umi & family

    ada peminat kari juga....boleh gang dg abg2 kat rumah..hi.. hari2 kari mamanya yg dah bosan.
    menarik makanan dihidangkan dlm periuk kecil gitu.
    tempat Umi berpuasa musim sejuk..best puasa pendek.terbalik dr tempat kami pjg puasa musim panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat Mamasya sekeluarga.. Syakirah puasa jugak ke?
      Haha betul lah kita yg bosan asyik makan kari tiap2 hari.

      Itulah umi pun berkenan dengan periuk kecil tu, tengok harganya kat kedai telan air juga hihi..
      Kat sana buka puasa pukul berapa? Kat sini cepat aje buka puasa, tp tak tahan sejukk

      Delete
  2. Salam umi...hi.hi..nrkcik pun penggemar kari...lagi lagi kari kepala ikan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik,
      Wah Nekcik penggemar kari kepala ikan rupanya. Tetiba pulak umi teringat NZ curry house. Umi suka kuah kari aje, mkn dgn roti canai atau roti nan, dan ayam tandoori perghh... mmg terangkat!

      Delete
  3. saya rindu butter ciken dekat tassie, hehe, selamat berpuasa kak ummi dan kelaurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je kan masa berlalu, baru tahun lepas Zul berpuasa di Tassie. Cemana, rindu tak puasa kat Oz ni?

      Selamat berpuasa juga kepada Zul dan family di sana.. mesti seronok rasa suasana di tempat sendiri kan :)

      Delete