Sunday, July 14, 2013

Aktiviti musim cuti sekolah: Dinosaur Adventures @ Garden City Shopping Centre, Booragoon

Cuti sekolah telah bermula pada 6 hingga 23 Julai 2013. Sekolah akan dibuka pada hari Rabu, 24 Julai. Pada hari Isnin dan Selasa, guru-guru akan mula bekerja sebagai persiapan persekolahan penggal yang baru. Menarik kan? Cikgu tak perlu datang hari Sabtu atau Ahad untuk bekerja, dan pelajar pula boleh mulakan persekolahan pada pertengahan minggu. Tiada masalah di situ ;)

Sementara tu, ada keluarga yang ambil kesempatan untuk bercuti. Kami tidak ke mana-mana kali ini, sekadar membawa anak-anak mengikuti aktiviti berdekatan sahaja. Antaranya ialah Dinosaur Adventures ini. Kecil sahaja ruang aktiviti ini, masuk adalah percuma dan sumbangan gold coin (syiling $1 atau $2) adalah sangat dialu-alukan. Aktiviti ini berlangsung dari 6-21 Julai 2013 mulai jam 11 pagi - 3 petang. Maklumat lanjut boleh layari Dinosaur Adventures.

















145 MILLION YEARS AGO WE'D HAVE TOLD YOU TO RUN!! These holidays, however, we invite you to get a little closer.  

These July school holidays Dinosaur Adventures is coming exclusively to Garden City! Take a step back in time and get to know the most awesome creatures to ever walk the planet.

From 6 - 21 July, we will have free fossil digging, giant displays and animatronic dinosaurs in our prehistoric playground. Come along to the Homewares Mall (near JB Hi-Fi) and take a closer look from 12pm - 3pm daily*.  

Fossil Digging:
Every child that enters Dinosaur Adventures will be invited to become a palaeontologist and discover their very own dinosaur fossil. Suited up in a white coat and goggles, children will be given a fossil egg and special equipment to help them chip away at their fossil. Every egg has a fossilised surpise for our little diggers to keep and take home!

*Bookings for sessions can be made between 11am - 12pm daily by calling 9316 7903. Please note that all sessions are fully booked until the 21st July.

What:Dinosaur Adventures
When:6 - 21 July, 12pm - 3pm (Walk in sessions only) 11am - 12pm - (Booked sessions only. Please note that all sessions are fully booked.)
Where:Homewares Mall, near JB Hi-Fi
Cost:Free entry, however a gold coin donation to Edmund Rice Camps WA is welcome.
Bergambar di pintu masuk

Memecahkan batu untuk mencari fosil

Tiba-tiba timbul minat nak jadi saintis

Aktiviti percuma untuk kanak-kanak

Ibu bapa pun turut menggalakkan minat anak-anak

Bergambar dengan dinosaur

Fosil yang 'ditemui' dalam batu ;)

Bergambar dengan dinosaur baru menetas

Beri makan?

Dinosaur ini bergerak-gerak sebenarnya (animatronics)

Poster pameran

Nak pegang T-Rex?

Roarrrrr

Sorang protes taknak bergambar :p

Stegosaurus

Fosil lagi

Maklumat dinosaur

Kecil sahaja ruang pamerannya

Tapi cukup menarik untuk kanak-kanak dan ibu bapa :)

2 comments:

  1. bestnya dapat kenal dinasour... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maria, tambahan pulak ada aktiviti percuma untuk kanak-kanak :)

      Delete