Monday, August 8, 2011

Menjala di Oz

DSCN4094 by umiyumi
siaran tertunda.. ni adalah kudapan untuk hari pertama berbuka puasa.. roti jala dengan kari ayam. tak sia2 menjala sehingga penuh sepinggan bumbun.. dan sejam lepas buka puasa, cuma tinggal pinggan aje. sampai tgh malam kenyang. Alhamdulillah.. suka tengok anak2 happy dpt makanan kegemaran :)


DSCN4092 by umiyumi
senang je nak buat mcm ni dengan tool atau acuan yang betul. nak tahu guna apa? sila klik SINI.


Botol mayo dibawa khas dari Malaysia sebab tak sure kat sini ada ke tak. ye la, kat sana pun susah payah mencari (cuma ada kat kedai brg2 dr Jepun). kat sini lagi la. tapi paling best hari ni dpt acuan kuih siput. mmg la dia tak tulis acuan kuih siput, ianya adalah acuan untuk pasta gnocchi. tapi dah rupa dan fungsinya adalah sama, so rembat lah seketul. kalau rajin, bole buat kuih siput utk raya ni.. hehehe

No comments:

Post a Comment