Tuesday, September 13, 2011

Meatball and fries

DSCN4314 by umiyumi
Kadang-kadang tak ada idea nak masak apa.. so buat menu ni la disamping cuba mengubat rindu pada meatball ikea ;)



Meatball di atas adalah menggunakan halal frozen readymade meatball yg kebetulan terjumpa di supermarket. Sebelum tu dah plan nak buat sendiri dan dah jumpa 2 resepi di bawah ni..



Resepi pertama di ambil dari blog Kak Wana ( http://www.potretkasih.com/tag/resepi-bebola-daging-mudah/) yg telah mengambilnya dari myresepi. Kalau Kak Wana buat resepi ni dah tentulah sedap :)



600 g daging cincang
3 sb tepung jagung
1/2 sb lada putih serbuk
1 sb ketumbar serbuk
1 sk jintan manis serbuk
1 sk jintan putih serbuk
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.
4. Boleh di makan begitu saja, di goreng atau di gunakan sebagai masakan seperti spegeti, bakso dll.



satu lagi resepi yg menarik adalah dari blog http://irmadilondon.blogspot.com/2009/07/meatball-ikea.html Tertarik kerana nama meatball ikea tu


400 gram daging cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

Cara-Cara

1- Gaulkan semua bahan dalam satu bekas dengan penuh kasih sayang.

2- Bentukkan bahan menjadi bebola api. Eh, silap. Bebola kecil.

3- Siap kesemuanya, anda mempunyai pilihan samada mahu digoreng atau dibakar.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..Umi
    sedap tu nanti pos kat ucu ye
    Ucu dah dapat hadiah GA tu alahai suka sangat thanks very much.
    N3 hari ni ucu kisahkan hadiah dari UMI ...
    http://ucubakery.blogspot.com/2011/09/hadiah-raya-ga-bitesize-umiyumi.html

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Ucu.. nanti umi pos meatball pulak. tapi bila dah sampai tak tahu lah cemana rupanya hehehe..
    hadiah dah sampai yer. sama2 Ucu, umi tumpang gembira dapat gembirakan hati Ucu. Insyaallah murah rezeki bole buat GA lagi ;)

    ReplyDelete