Wednesday, September 7, 2011

Puddings and Pies for Bonus 3rd GA Winners!

Pertama sekali mohon maaf kepada pemenang2 GA kerana umi tak sempat nak pos hadiah lagi. Insyaallah harini baru nak pos. Maklumlah, sejak raya minggu lepas, tak henti2 masak. Masak untuk raya, untuk jamuan hari bapa, jamuan besday anak, buah tangan untuk bawa ke rumah terbuka dan juga buat jamuan untuk kawan-kawan yang baru berakhir semalam. kira marathon lah ni.. sambil tu kena sedia untuk meeting lagi harini. memang letih terkelepek org utara kata.. letak je kepala atas bantal mmg tak sedar mana dah. rehat tgk tv kejap pun sedar2 dah terlelap sambil duduk. hehe nampak gaya not bad raya kat sini ni, masak kalah raya kat kg! apapun berbaloi sebab dapat share dengan kawan2, budak2 sekolah. buat kek 2 biji, licinn.. siap ada kesan calitan jari kat pinggan kek.


Tapi jangan risau yer, walau delay sikit, ada berita gembira iaitu umi nak umumkan sorang lagi pemenang bonus GA iaitu Kak Atie dari azatiesayang. Ini adalah kerana umi rasa entry kak atie pun bagus juga so apa salahnya ada dua orang dapat hadiah bonus kerana hasil kerja yang sangat kreatif dan buat umi terharu. See.. kalau rajin usaha, ada ganjarannya.. Hadiahnya adalah seperti di bawah.. harap Nida dan Kak Atie suka nanti..


DSCN4636 by umiyumi
The Australian Women's Weekly Puddings and Pies.. triple tested for your success every time.


DSCN4640 by umiyumi
Treacle tart..Umi memang suka puddings and pies, so umi rasa seronok kalau dapat share buku ni..





DSCN4638 by umiyumi

Yang ni ialah Chocolate Tart. Teringin sangat nak buat tapi tak sempat lagi. So kalau Nida atau Kak Atie dah buat nanti, buatlah special entry ya ;)



DSCN4637 by umiyumi
Quince and Rhubarb Pie. ni pun menarik juga. teringin nak buat pie menggunakan rhubarb tapi masa tak mengizinkan. kat Malaysia ada jual rhubarb tak? mungkin susah nak cari kot.

2 comments:

  1. salam Umi..Alhamdllh,trpilih sebagai pemenang hadiah bonus GA dr Umi.trharunya k.atie tau!!best tue dapat buku masakan pie.Pada Umi..terima kasih.Kiranya hadiah sempena Ulang Tahun perkahwinan K.atie yg jatuh pada esok hari(9/9)!!

    ReplyDelete
  2. As-salam Umi..

    wah.. tengok gambar pun dah terliur..hehe. Thanks Umi :)

    ReplyDelete