Saturday, December 3, 2011

Posto.. posto...

Walaupun kedai oriental di sini banyak menjual barang2 keperluan seperti rempah dan sebagainya, ada juga barang2 yg kami 'import' dari kampung.. ye la.. ada juga yg tak ada sini dan kalau ada pun, jenis dan rasanya tak sama..perkara penting perlu diketahui ialah barang apa yang tak boleh dipos ke sini, iaitu yang berasaskan tenusu or susu or dairy.. sama je tu. dan yang penting perlu LABEL dan senaraikan setiap BAHAN dalam makanan. sesetengah produk mempunyai label dan kandungan dalam BM so kena translate lah.. dan bila sampai sini, Australia Post akan buka dan kuarantinkan makanan tersebut. kalau pass, sampailah kepada kita dengan selamatnya. kalau ada makanan yg tak lepas, dia akan bagi borang kat kita maklumkan sekian2 makanan tak lepas, adakah kita nak hantar balik kepada pengirim dan kos penghantaran ditanggung oleh kita, atau memilih tak menjawab borang tu maknanya dalam satu tempoh barang itu akan dimusnahkan.
Alhamdulillah setakat ni parcel dr kampung semua lepas, walaupun mengandungi ikan kering. risau juga bila dah bungkus elok2 pun bau ikan kering tu still ada.. hehe

 rempah ni khas diimport dari klate nu...  rempah kerutuk dan kuzi. dah tentu tak ada di sini. kalau ada tolong bgtau kat mana ya. :)

































yg ni pun tak jumpa kat sini. kicap char kuey teow.. utk mengubat kerinduan pada mali's CKT
yg ni pun bole buat sendiri tp nak mak bee jugak :) sape nak join mencicah kat sini dtg le hehe. setakat ni dah try cicah dgn epal hijau. fuhh sedappp

sup bunjut adabi ada jual kat sini tp jenama mak siti ni direkomenkan oleh adik sy yg bernama siti jugak.. bila masak dengan sup, rasanya lain dr pakai sup adabi. lebih sedap, kata peminat sup :) oh satu lagi bila sy nak buat bihun putih @ bihun singapore, tak jumpa pulak serbuk sup atau perencah sup dalam bentuk serbuk. oleh tu terpaksa la mengimportnya juga.. kiub ayam, kiub tomyam ada dijual di sini. tp kiub lembu cuma ada produk dr turki aje.

5 comments:

  1. Thanks for the info! Memang betul bila cari benda yang ada kat kl tapi tak ada kat sini nak masak. Last-last masak lauk yang sama jer tiap-tiap hari. End up bukan i yang masak, tapi di other half! hahaha

    ReplyDelete
  2. Sama2 Alin.. nak masak dan makan punya hal, sanggup cari jauh2 pun tak apa. tapi brg2 kat perth ni agak senang dapat kalau tahu tempatnya. tadi umi br balik dari spice bazaar kat high road. situ one malaysia mart ada letak a few products. sempat beli kuih koci dan kuih lopis frozen lg. just nak try :)

    ReplyDelete
  3. Yepppp rempah soto mak siti memmang terbaikkk.. kalau kat pontian, johor stok selalu habis...

    ReplyDelete
  4. ye ke Lieya.. stok abis sbb dah pos ke sini la tu hehehe :)

    ReplyDelete
  5. Kak Umi, tertarik dengan kicap tu la..kat mana nak beli? Nnt boleh suruh family poskan juga. Mmg betul tau kak umi, rempah sup mak siti mmg sedap sangat-sangat. Hari tu masa balik malaysia time raya, pi giant, tesco and carrefour semuany tak ada stock, terjumpa kat JJ, angkut sampai 8 paket besar tu

    ReplyDelete