Tuesday, June 12, 2012

Apam balik versi gebus

Malam ini diramalkan ribut taufan- cyclone category 2. sejak petang tadi dah start ribut dan kemuncaknya adalah antara pukul 10 hingga ke tgh malam ini. Semoga semuanya dilindungi dan selamat hendaknya.. Amin.. ribut yang berlaku ahad lepas menyebabkan beratus ribu rumah terputus bekalan elektrik. manakala ribut malam ni dijangkakan hampir kuat mcm ribut ahad lepas. pagar runtuh pun tak baiki lagi, harap2 jgn lah runtuh lg. kalau kymba jalan ke rumah jiran tu tak kisah sangat. tapi 'kisah'lah kalau tiba2 anjing sebelah datang ke sini nak berkawan sbb haritu pun dia dah datang siap guling2 lagi suruh garu perut :p

Tak berapa lama sblm ni ada nampak kat blog seseorang, (tapi tak ingatlah..) ada buat apam balik ni. siapa ya, tolong bgtau kalau tahu :). Itu yg jd tiba2 teringin nak mkn apam balik. kalau kat sana boleh la senang2 beli kat pasar malam kan? nak order kacang lebih ke, krim jagung lebih ke kan.. tp kat sini kalau nk mkn of coz la kena buat sendiri. bknnya susah pun, boleh mkn kenyang2 dan letaklah kacang byk2 (crushed peanut pun ada jual kat supermarket. kat sana ada tak?), letak krim jagung stgh tin sampai melimpah ruah. ye la duduk sini tak semestinya hari2 mkn pie kan? menu tradisi takkan dilupa. eh apam balik ni asalnya mcm pancake juga, pancake versi kita, kan? :)




15 comments:

  1. Salam Umiyumi.ribut taufan melanda kat sana...kemuncak mlm tu yg takutkan.....harap2 semuanya slmt...take care ya Umiyumi...
    apam balik...mmg nampak gebus Umi buat ni. gitulah kita perantau kan, mana ada pasar mlm...mmg kena godek sendirikan nak mkn.akkpun ada buat bbrapa hari lepas tp belum update dlm entry.baru perasan yg Umiyumi tanya ttg sunday market...kat Cairo ni mmg tak ada. lagipun rakyatnya ramai yg susah...tak dalah brg2 yg bagus yg boleh dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      kat sini yg menariknya ada juga pasar malam, tapi setahun ada 2-3 kali sajalah. so bila ada pasar malam saja semua pakat2 serbu. tp pasar mlm tak lah besar mana, dah tu byk international food. beriani dr pelbagai negara, best juga boleh try mcm2.
      oh cairo mcm tu ya. apa hasil utama negara kat situ? minyak ke?

      Delete
  2. Salam Kak Umi, sedapnya tengok akak punya apam balik. Bar je bulan lepas sembang dgn mak kat telepon psl apam balik homemade, belum cuba nk buat lg. Bila tgk akak msk, sedapnya nmpk & terasa nk buat juga..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazia,
      try lah buat, mmg senang sgt. :) Mazia duduk kat suburb mana ya?

      Delete
    2. Salam akak, nnti insyaAllah nk kena cuba juga =)

      Saya duduk di area berhampiran Chicken Treat Halal =)

      Delete
    3. Salam Mazia..
      wah camtu hari2 boleh mkn Chicken Treat lah ya? :) k umi pulak duduk dekat2 area Charcoal Chicken :)

      Delete
  3. As salam Kak Umi,takutnya dgr ada taufan...moga Kak Umi sekeluarga dilindungi Allah.

    Terliur la kak tgk apam gebu tu..teringin lak nak buat..kak Umi pakai kuali yg leper ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hannani,
      Alhamdulillah semuanya selamat. tapi bak kata news kat tv td, belum totally out of the woods lagi. angin masih kuat kat luar. tp smlm mmg takut tgk pokok2 bergoyang ditiup angin.

      apam ni k umi buat pakai non stick pan ikea. masa tgh masak, api sederhana dan tutup pan sekejap supaya bhg atas masak. kejap je siap :)

      Delete
  4. As salam umi...
    moga umi sekeluarga dilindungi Allah SWT...

    memang gebu apam balik tu...paling suka kalau taruk jagung banyak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ucu..
      Amin.. Alhamdulillah dpt mengharungi mlm smlm dgn selamatnya. tak putus2 berdoa. mmg standby dgn torchlight dan sebagainya takut tak ada letrik.

      samalah kita, umi suka letak jagung banyak2 juga. rasa manis dan berkrim :)

      Delete
  5. Kak umi mcm mana taufan semalam. Semua ok ke? nak resepi apam balik mengancam tuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam takut tauu tgk angin kuat.. last2 semua lari masuk tido awal. dah la sejukkk. kalau su dtg sini time ni sure malas nak mandi ehehe..
      resepi apam balik ni rasanya amik dari sini kot. trylah:
      http://www.tiffinbiru.com/2010/07/apam-balik.html

      Delete
  6. sedapy nyer umi.....ni favourite saya nih...nak try buat jugak lah nanti .....

    p/s: wah kymba ada teman baru ker? si doggie? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. sama lah kita. lg satu kalau pasar mlm tak ada apam balik mmg tak sah kan?

      kymba tak tahu lah berkawan ke tak dgn doggie tu, tp doggie tu kalau terlepas mmg suka dtg ke sini. lepas ni nak keluar rumah kena bawak stick la. kalau dia datang, baling stick tu suruh dia fetch lepas tu cepat2 lari masuk rumah :D

      Delete