Tuesday, June 5, 2012

Tetamu dari Malaysia

Hari Ahad yang lepas kami telah menerima tetamu dari Malaysia. Keluarga Ija seramai 7 orang dan juga Feeza bersama suami dan anaknya yg comel itu. Ija telah menempah kek coklat ini untuk sambutan hari lahir putera dan puterinya.. seronok sangat dapat bersembang dengan orang kampung sampai terlupa nak bergambar. Feeza datang sebelah malamnya. dah cuba bergambar tp kualiti gambar tak memuaskanlah pulak sbb kamera cokia dan lighting tak bagus. isk3..rasa rugilah pula tak bergambar byk2 kan..  tapi kurang2 rasa puas hati juga sebab dapat jumpa dan berborak. sempat bg lemon lagi dan seronok tengok bila tetamu dapat bergambar dengan pokok dan buah lemon hehe..

Kat bawah ni adalah gambar kek coklat ni sebelum dia cair..cuaca ahad panaslah pulak! dan juga untuk minum petang kami jamu tetamu makan bihun goreng sempoi dan apam dot dot..terlupa pula ambil gambar apam tp sy buat kaler biru dan kuning lebih kurang dalam gambarlah.. terima kasih pada Ija dan Feeza sekeluarga kerana sudi bertandang ke rumah. rasa meriah dan terubat rindu dekat sanak saudara di kampung.. anak2 pun dah start tanya ni, bila lagi nak terima tetamu dari Malaysia?  :)


8 comments:

  1. waahh... drooling tengok kek & apam tu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih mulan, jom le dtg sini boleh mkn kek dan apam :)

    ReplyDelete
  3. Salam Umiyumi.seronokkan bila ada kunjungan kenalan dari Msia...mmg terubat sikit kerinduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama.. betul tu. terasa mcm saudara mara sendiri yg dtg bertandang :)

      Delete
  4. wah seronok nyer....kek & apam dot2 pun terliur tgk nih...
    tentu seronok dpt tetamu kan...almaklumlah bila dah merantau ni semua tetamu bagaikan saudara...
    at least terubat juga rindu pada sanak saudara di kg halaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg betul seronok bila tetamu dtg, rasa mcm saudara dr kampung dtg. :)

      Delete
  5. Salam. Saya berminat untuk melawat perth. Boleh kah puan kongsikan pada saya homestay atau bilik2 yg harganya murah atau berpatutan bagi saya dan kawan2 untuk menginap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Boleh cuba check dengan Malaysia Hall.. Isi borang permohonan dan hantar kpd pihak Msia Hall. Kat sebelah kanan blog ada link homestay dan motel.

      Atau boleh cuba servis Airbnb. Kena masukkan tarikh penginapan, bilangan orang dan jenis penginapan nanti akan dpt senarai penginapan.

      Delete