Saturday, June 16, 2012

Help me I'm lost

Pagi ni masa tgh bfast, ternampak sekor rabbit tgh melompat di celah pokok di kawasan reserve betul2 dpn rumah. aik. arnab siapa pulak? ada org terlepas ke atau arnab liar? tak mungkin arnab liar lah sbb tak pernah nampak pulak sblm ni.

Kemudian ptg ni ada org ketuk pintu rumah tanya ada hilang arnab ke sbb dia tahu rumah kami ada budak2 dan biasanya budak2 suka bela arnab ni kan. dia kata dia tak boleh tolong jaga sbb dia ada anjing besar kang anjing dia buat 'ulam' pulak. so kami pun volunteer tolong jaga rabbit comel tu. Apa lagi tanpa berlengah lagi kami pun terus berlari keluar dan menangkap si rabbit yg main celah2 pokok dan bawa balik rumah.. nasib baik ada kangkung utk feed dia tp arnab ni mkn sikit aje kecian dia mungkin dah kenyang makan rumput aje dan sejuk kena hujan. skrg dah selamat dalam rumah ni. kena jaga si kymba yg jeles tu ajee.. of coz la dia nak dia je jadik boss dan baby dlm rumah ni.. hisshh.. apa pun dah selamat iklan dlm website, hopefully tuan dia ternampaklah. atau mungkin org dekat2 rumah ni. ujan2 ni tak rajin lah nak ketuk2 pintu rumah org ni tanya ada hilang rabbit keee? :D

10 comments:

  1. Comeinya rabbit tu....nape Umi tak bagi carrot? kot2 kangkong tu bukan selera rabbit oz heheheh...pelihara aje lah rabbit tu kalau takde orang claim, tambah anak angkat lagi kat rumah Umi tu hikhikhik.... Kymba mesti jealous habis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harini baru nak pegi beli carrot. stok kat rumah dah habis pulak, smlm bg dia mkn lettuce, punyalah byk dia makan. itu lah kesian juga kalau tak ada org claim, tp nak bela dia musim sejuk ni kena letak dlm rumah. jenuh bersilat dgn kymba :)

      Delete
  2. Replies
    1. hah? k umi ke yg comel? hahahaha :)

      Delete
  3. Salam Ummi.comei rabbit...anak akk ada minta nak pelihara rabbit tp akk tahu yg rabbit jenis binatang yg mmg kuat mkn daun..terus ckp tak nak...susah nak kena selalu beri mkn.
    re; akk kat UK dah lama dulu,husben study sana. car boot sales sana besar jugak, byk brg dijual tp kdg2 cari car boot sale kat kws luar town sbb brg2 lagi cantik dan murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      tak susah bela rabbit ni. cuma beli makanan dia aje. yg susah sikit bab kencing berak nilah. nak beli kandang pun takut tuan dia dtg tuntut.
      wah bestnya mama dpt experience duduk di UK dulu kan. umi sblm ni plan nak ke sana juga tp terpaksa tukar ke sini. apapun hubby umi kata nasib baik duduk sini saja sbb tak tahan sejuk :)

      Delete
  4. alahai comelnye dia...dapat lagi sorang teman ye kak umi..rabbit ni senang nak jaga..btw,nak tanya kak umi...Kymba kak umi bawa dari Malaysia ke?atau mmg beli/adopt dari perth?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tetiba je dpt anak angkat sekor lagi. dah iklan tp tak ada siapa mengaku anak. ntah2 kes buang anak jugak ni :D

      kymba tu mmg kucing sini. tuan dia sblm ni tak dpt/sanggup jaga ke tak tahulah. siap dtg htr ke rumah sekali dgn tilam bantal dan makanan utk sebulan. agaknya cerewet sgt kot. kerjanya nak mkn sedap2 je :D

      Delete
    2. insyaallah..harap tuan dia jumpa la rabbit ni balik...
      haha..kiranya kymba ni made in ostolia la kan..kuikui

      Delete
    3. harap2 tuan dia tuntut cepatlah. kalau tidak kena beli rabbit hutch ni. dah tak boleh letak dia dlm kotak. asyik nak melompat keluar, gigit2 kotak dan terbalikkan bekas makanan. :p

      kymba ni mmg made in ostolia tp taktau lah siapa mak bapak dia, bila besday dia. kesian betul. umur dah 5 thn rasanya. garang gilos. lambat bg mkn/buka pintu sikit mesti dia nak gigit kaki kita :)

      Delete