Thursday, June 28, 2012

Homemade mi kuning dan aneka masakan mi ;)

Baru-baru ni teringin nak makan mi udang lagi. sejuk2 mcm ni sedap tau makan dan hirup kuah panas2 ..tapi bila nak beli mi kuning, asyik tak ada stok saja. hmm fikir2 kalau buat sendiri pun bagus jugak kan. lepas tu pegi cari mesin pasta pulak. habis stok juga. hee geramnya.. tp akhirnya bila sabar menunggu stok mesin pasta pun sampai so apa lagi terus rembat satu. tak susah sebenarnya nak buat mi kuning ni. saya cuma bg resepi kat grand master chef dan dia pun pulun buat dgn budak2 ni. diorang ni bab2 pusing mesin pasta mmg suka sgtlah sbb kat sekolah pun belajar memasak juga. haa untung sangat. saya guna resepi ni untuk buat mi kuning: http://www.myresipi.com/top/detail/2900

Bila mi dah siap, apa lagi buat sup sayur lah, cuma letak stok ayam dan garam secukup rasa. diorang semua suka mi sup, saya buat special sikit.. iaitu mi udang. guna sup yg sama cuma tambah perencah mi bandung dan udang yg dah direbus sekejap dgn bawang putih. masak cincai2 tapi kenyang juga Alhamdulillah..
ada rupa tak?



mesin pasta beli kat K-mart
mi sup tambah udang

mi udang Perghhhh  Perth :D

10 comments:

  1. Salam umi,

    Jadi lah mee tu.....aduh bolehlah buat aneka masakan mee lepas ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini..
      haah betul tu.. skrg kalau tgh2 mlm buta nak mkn mi pun boleh dah ;)

      Delete
  2. Memang bagus buat mee sendiri umi so we know exactly what are the ingredients, kalau beli mee kat kedai tu kita tak tahu berapa amount of boric acid added which is definitely not healthy to consume. Umi pernah tengok mee kuning bila kita masak tiba2 colour tukar warna merah? That shows boric acidnya terlalu banyak, in the long run bila dah banyak sangat kita makan macam2 penyakit timbul...eheheh...akak ni bercerita macam nak buat report pulak, maaf ye umi...hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. umi kalau beli mi pun mmg perasan kalau basuh atau masak, dia ada tukar kaler jd merah. patutlah senang sgt dpt penyakit kan, byk sgt bahan kimia. kalau buat sendiri ni mmg dijamin halal dan bersih. bahan2 pun kita tahu dan tak was2 dah. benda2 mcm ni kita mmg perlu tahu tambah2 kita lah yg menyediakan makanan utk family :)

      Delete
  3. menariknya mee udang kak ummi :) ha, boleh la najwa bg tau encik suami minta buat mee sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat tu, minta tolong hero dua org tu tolong uli dan main tepung sekali. hehehe
      dan kalau teringin mi udang k umi masak pun boleh, bila2 nak mkn bgtau je k umi masakkan dan dtg mkn kat rumah :)

      Delete
  4. Salam Ummi.dah ada mee kuning boleh projek masak mee pula.
    dan bila dah boleh buat sendiri mee taklah lagi merindui mee goreng Msiakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      betul tu. dah terubat rindu dkt mee goreng Msia. tp sekali sekala terasa jugak lama tak mkn mi goreng mamak. tak mengapa lepas ni plan nak buat mi goreng mamak pulak :D

      Delete
  5. Gina pun ada beli mesin pasta tu kat Kmart, ingat nak mula projek mee kuning nie masa ramadhan nanti la

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh good idea tu kan, elok sgt bulan puasa ni boleh start plan menulah kan. mcm2 nak buat nanti. bab2 mi ni dah tak risau dah. tp yg pastinya first day puasa nak buat roti jala :)

      Delete