Thursday, August 30, 2012

Jalan2 tengok tulip di Araluen Botanic Park, Roleystone WA

Sesiapa yang berada di Perth sekarang jangan lepaskan peluang untuk ke Araluen untuk melihat bunga tulip yang sedang rancak berkembang sekarang ya! Jaraknya dari bandar lebih kurang 40-50km dan mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan. Kawasan ini adalah kawasan berbukit. Pemandangan sepanjang jalan mmg cantik sekali, dapat tengok rumah2 di lereng bukit dan kebun buah2an.

Sebenarnya kami baru saja jalan2 ke sana hari Sabtu yang lepas untuk ber'picnic' bersama kawan2 di sini dan juga seorang teman yg dtg beraya dari Malaysia. Agak frust juga tak dapat nak muatkan semua gambar yang ada, kalau tak mmg penuh post ni dengan tulip bermacam warna. Ye lah, susah payah sampai sini tak sah lah kalau tak ambik gambar banyak2 kan?.. Bila sy kira2 ada lebih dr 100 shot semuanya.

Tak dapat nak ceritakan betapa indahnya bunga2 dan tumbuh2an di taman ini, membuatkan kita sedar betapa hebatnya ciptaan Tuhan..kalau anda tak dapat melihat tulip sendiri, biarlah saya 'bawa'kan tulip ni melalui lens kamera saya. :)
baru nak amik gambar ada awek lalu pulak :p

skrg ada train ride dalam taman ni. cuma perlu sedia token sbg penghargaan


ada org kata kuch kuch hota hai?



kalau malas berjalan sampai ke atas, naik train aje.. mcm kat zoo negara tu

pemandu ni adalah salah seorang volunteer


selain dr tulip, ada bunga lain lagi

sejuk2 minum kopi panas. perghhh

bermcm jenis bunga


red and white

mcm ni pun ada.. rambu ramba

aunty cha rajin buat kek utk besday boy

sesiapa nak order kek di  perth ni boleh contact sy ya.. tp bkn sy buat. sy buat utk mkn sendiri boleh la

mcm gambar poskad tak?

up close and personal <3


Nantikan GA terbaru saya iaitu GA Balik Kampung (GABaK) yg lebih happening. hehehe
Tungguuuu...

18 comments:

  1. Replies
    1. mestilah sedap, kan dah dpt rasa haritu kat rumah k umi? :)

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Sis,
      cantik kan? tak dpt digambar dgn kata2 :)

      Delete
  3. Cantiknye tulip,tenang sgt tengok.tulip ni sampai bila dia berbunga ye kak umi?
    Btw,cantik & kemas kek kak umi buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulip ni berbunga bulan Ogos/September. masa Hannani dtg nanti tak pasti masih ada ke tak, kalau ada pun mungkin dah tak byk kot. sayang sekali dia berbunga tak lama.

      isk kek tu bkn k umi yg buat. kalau k umi mana ler kemas camtu he he..

      Delete
  4. Macam kat Keukenhof, holland plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. camni untung juga tak payah travel jauh2 ke holland, kan :)

      Delete
  5. Akak pernah ke Araluen masa di sana dulu Umi, terkenang2 pulak akak bila Umi tayang2kan gambar2 tulip tu.....masih ade ke lagi kedai jual souvinier tu? Selain dari bunga2 Tulip, bunga2 seperti Camellia dan Azalea pun kembang2 mekar, cantik sungguh....Dan teringat pulak akak bila nak turun balik singgah sebentar menikmati tea dan scones kat satu restaurant, seronoknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan kat situ kak? Rasanya nak pergi lagi nanti. Minggu dah plan nak pegi tapi masih ada jemputan open house. wahh hebatlah raya kat sini, mcm kat Msia pulak.
      Betul geram tgk bunga camellia tu dah la besar, cantik2 pulak tu. Haah ada nampak tea shop tp nak singgah tak jadi sbb spend masa kat araluen sampai 3 jam dah tak larat. kedai souvenir tu baru2 ni dia renovate, masih ada lagi. :)

      Delete
  6. Salam umi,

    hmmm tgh berangan ni...bestnyer klu dapat jalan2 kt taman bunga tu, romantik2 ngn org terchenta, nyanyi lagu 4-5 baris ----- teruslah jadi filem bollywood....kigkihkih.

    wah bakal ada GA balik kg.....tak sabar nak tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,
      hahaha dpt byg Dini dok berangan tu.. jalan2 dgn org tercinta cam kat taman fullamak mmg betul romantik lah. posing baring2 kat pokok tulip hahaha..

      GA paling best ni kalau tak join mmg rugi sgt.. hadiahnya adalah salah satu barangan idaman surirumah yg perlu ada di dapur ;)

      Delete
  7. Salam Umi.... Cantiknya bunga-bunga tulip tu... Suka sangat saya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak..
      mmg cantik kan? tu la ingat minggu dpn nak pegi lagi sbb tak puas tengok. lagipun ada lg yg tak kembang. nanti umi letak gambar lg :)

      Delete
  8. Salam Umi

    Masih belum terlambatkan ucap SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
    Cantik sungguh tulip segar tu ... akak kat sini hari2 kerja pun asyik tengok tulip juga "TULIP PLASTIK" je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Syima,
      Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin juga buat akak dan keluarga. kuih raya ada lg ke? kalau ada pos la sini sikit he he..

      bunga tulip yg segar mmg cantik sgt tp tak tahan lama. akak tengok tulip plastik tu sampai bila pun tak layu2.. kira untung juga dr segi tu hehe

      Delete
  9. Cantik2nya gambar2 dalam entri ni.. :)

    ReplyDelete