Perhimpunan sekolah biasanya dibuat pada hari Jumaat. Disebabkan jumlah pelajar tidak ramai, semuanya dapat berkumpul didalam satu dewan yg saiznya lebih kurang dewan serbaguna atau balairaya sahaja.
Setiap kali perhimpunan, ada kelas2 tertentu yg akan membuat persembahan. Kali ini adalah giliran kelas anak saya iaitu pelajar tahun 4 dan 5 dari Room 2.
Play kali ini adalah berdasarkan cerita keagamaan dari kepercayaan orang Kristian. Ceritanya adalah tentang seorang pemuda bernama Daniel. Sebenarnya ini ialah kisah Nabi Daniel.. Disebabkan guru kelas tahu sensitiviti agama, maka anak saya tidak terlibat di dalam play tersebut dan hanya menjadi compere atau pengacara majlis.
Terasa sangat bangga melihat dia dapat melaksanakan tugas dengan baik dan mendapat pujian dari cikgu kelasnya. Kata cikgu, he was amazed that a student like him - whose english is a second language, can do his job very well.. lebih kurang camtula dia ckp..
Selain dr pementasan ini, ada sesi penyampaian sijil penghargaan untuk pelajar cemerlang. Contohnya pelajar yang baik, berbudi bahasa, rajin membantu kawan2, kreatif dalam seni, menunjukkan perkembangan dalam penulisan dsb.. Pendek kata setiap pencapaian yang dihargai oleh guru akan berpeluang mendapat sijil penghargaan.
Selepas perhimpunan ini, ibu bapa dari kelas yang terlibat dengan persembahan akan dijemput ke sesi minum teh bersama guru kelas. Memang sangat santai, dapat bersembang dengan guru kelas tentang pencapaian anak2, disamping itu guru besar pun turut sama hadir dalam suasana yg sangat informal.. Pada pendapat saya, semua ini memberi pengalaman yang sangat berbeza dan berharga buat kita dalam melibatkan diri dengan perkembangan anak2 di sekolah. Kalaulah sekolah di Malaysia dapat buat macam ni alangkah baiknya tapi apa nak buat kan, bilangan pelajar kat sekolah di Malaysia terlalu ramai. Macam manalah guru-guru nak tumpukan perhatian kepada pelajar yang terlalu ramai. Jom layan gambar budak2 ni.. Agak kelakar juga tengok gelagat masing2 bila berlakon. :D
|
Pakaian tahun 600 SM? |
|
Jangan tanyalah yg ni watak apa |
|
My firstborn :) |
|
Memorizing his text |
|
award certificate recipients |
|
cikgu kelas |
|
tengah mengacara majlis |
|
King yg buncit :p |
|
kelakarlah budak2 ni |
|
My son and his classmates |
|
yg berbaju hitam tu his best friend. ehem ehem |
|
Good job, well done my son! |
Bestnya. Tak pernah pergi luar negara. Kita baru-baru ni jehh follow blog ni. Kenapa akak tinggal kat luar negara? Bestnya. Jealous sangat.
ReplyDeleteHai Salina..
Deleteterima kasih sudi follow blog k umi nih. bkn sengaja tinggal kat sini, tp nak cari pengalaman dan rezeki di bumi org. sampai masa akan balik juga.
Ada rezeki jomla dtg jalan2 ke sini :)
Salam umi,
ReplyDeletelamanya tak mai sini, baru pulang dari kampung ni...kt kampung takdak wifi...hihihi.
Mmg bagus kan sistem pendidikan sana...tak terlalu/terlampau tekankn akademik semata-mata, lebih kpd pembangunan potensi pelajar tu sendiri. Bila lah agaknya Malaysia nak adopt style macam tu kan umi?
By the way, semua gambar cantik & clear..kesan kamera baru ek? hihihi
DeleteSalam Dini,
Deleteitulah tengok blog masing2 sunyi senyap aje semua pakat balik kampung ni jeles tau.. hehe.. umi kalau balik kg pun mmg tak ingat dah blog ke mana apa ke mana, tambah2 kalau balik klate mmg very laidback. seronok tengok suasana kampung.
itulah last year tpm ada dtg sini nak tengok cara pembelajaran disini, tak tahulah mcm mn Msia nak adopt. byk yg perlu diubah, paling susah sekali ialah dr segi mentaliti agaknya.
gambar cantik sikit ya.. baguslah, mmg betul pakai kamera baru. ni pun masih belum habis explore lg..:D
sistem pembelajaran di setiap negara adalah berlainan.. mmg agak bagus sistem di luar negara.. tp mcm yg ummi cakapkan.. nak ubah sistem pendidikan di negara kita byk pro dan kontranya.. mentaliti dan cara penerimaan rakyat malaysia masih meragukan heheh.. contohnya bila kita ubah sket pun dah kecoh and satu lagi bila ada campur tgn politik lg meletup2 jadinya.. tp insyaallah moga2 dpt di baiki sistem pendidikan kita sket demi sedikit kan :)
Deletebetul tu. ada pro dan kontranya. dari segi pro nya, dah tentu pelajar2 kita jauh lebih advanced dari student2 di sini. :D
Delete