Wednesday, August 8, 2012

Nasi kerabu dan kuih muih

Dua minggu pertama saja rajin beli kuih muih untuk berbuka. Biasalah kan bila dah lama tak tengok serimuka, kuih lapis.. rasa meleleh lak air liur haha.. ye la perut kosong tgk makanan ni cepat je tergoda. nasib baik tak byk pilihan..beli yg ada ni pun kdg2 tak habis sampai bole buat sahur pulak.

Sepanjang puasa kali ini kami sekeluarga makan nasi sehari sekali saja, iaitu lepas berbuka. Awal2 puasa mkn kuih, tapi lepas mkn kuih jadi kenyang sampai nak mkn nasi dah tak jalan. Last2 terus decide baik mkn nasi aje dan kuih mmg tak beli/buat dah kecuali hari minggu.

Waktu sahur kami anak beranak tak selera nak makan. Masing2 mengantuk cepat2 nak makan dan tidur semula. So apa yg kami mkn? Cuma beberapa keping biskut krim kraker cicah dengan air milo panas. Anak kedua cuma minum air saja. Alhamdulillah semuanya masih bertenaga sehingga ke petang walaupun terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Oh ya, sekolah kat sini bermula jam 8.40 pagi sehingga 2.50 petang. Mungkin tak terasa letih sangat sbb cuaca sejuk dan berbuka puasa pun awal kat sini :D

Berbalik kepada gambar di bawah.. masa pergi beli kuih kat Spicy Mama, tengok2 diorang ada jual nasi kerabu. Wahh dah lama tak makan nasi kerabu. so apa lagi... ;)
set nasi kerabu, nasi kaler kuning ni versi klate kan (taknak air lada dgn tumis) $6

kuih kole kacang 4 ketul $3

kuih ketayap @ dadar $3

seri muka $3

ayam percik klate $3

10 comments:

  1. Umi, kenapa x nak air lada & tumis??? itulah yg sedapnyer.....dlm nasi kerabu tu ada budu tak? eheeee

    ReplyDelete
  2. air lada tu taknak sbb pk2 kat rumah ada sambal belacan. tumis mmg tak pernah letak, lgpun ada budu. xmkn budu he he.. :D

    ReplyDelete
  3. Salam Umi.terliur pula tengok nasi kerabu itu....senang juga kat tempat Umi boleh beli makanan Msia. kat tempat akk ada jual makanan Msia kat tempat student....nak pergi jauh dan jem...kenalah masak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama,
      area umi duduk mmg tak jauh dr kawasan yg ramai org melayu. Kebanyakannya dr Msia atau Singapore. student pun mmg ramai area tu. sbb tu diorang boleh buka kedai kat kawasan ni. untung kan? kalau malas masak boleh beli aje he he

      Delete
  4. Salam Umi..lah meriah macam kat baram(bazaar ramadhan) Mesia jer!!! kalau terpaksa ada jugak pilihan kan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik,
      tepat sekali. itu yg kdg2 tak terasa pun duduk oversea ni. sbb bila pegi beli makanan ni dgn org melayu dah tentu ckp melayu lah kan he he sama mcm pegi bazaar ramadhan kat Mesia ;)

      Delete
  5. wahhh..siap ada nasi kerabu lagi kat perth! :)
    Maybe nak singgah makan lah nanti kat Spicy Mama ni nanti..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya nasi kerabu ada time bulan posa aje. tp jgn risau spicy mama dibuka setiap hari kecuali ahad. makanannya boleh tahan sedap dan murah dari tempat lain. :)

      Delete
  6. salam Umi lama tak ke sini tak berapa nak sempat:) wahhh cantik layout baru blog umi ni;) umi seronok kan pergi antique shop kat guildford town tu kan,dah tak ada copper punya barang ye?dulu banyak jugak umi,ikut stock agaknya.Umi ada tearoom yang lagi cantik kat swan valley,tapi dia further up dari guildford town,dulu saya kan duduk farmstay then the last day on the way back to airport saya singgah tearoom ni kat tepi ladang anggur,kat dalam kedai tu ada jual banyak barang2 english yang cantik macam tablecloth and brick bracks yang lain,dah tu kita boleh order hot chocolate mashmallows and cakes,kita duduk kat gazeebo luar and thw lady will hantar,best betul.nanti kalau saya rajin carik gambar tu saya post ye:)suka tengok post umi on sunday market tu;) selamat makan nasi kerabu;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      terima kasih sudi singgah sini. layout umi still sama cuma mungkin gambar kualiti lain sikit kot. umi br beli camera dslr tp tak brp pandai lg nak pakai. br 2 minggu sampai.
      mmg seronok masuk kedai antik tu. puaslah amik gambar ..nanti sehari dua ni umi buat entry special utk guilford. diorang ada jual copper kettle aje tp umi cari pot.
      wah ada tearoom lain lagi ke bestnye.. sblm ni lalu aje tak pernah singgah. selain dr kedai antik kat sini ada satu gift shop yg best. dan tearoom tu pun brg quilt cantik2. ada satu cafe dgn konsep paris kat lorong belakang kedai. terasa mcm pergi melanconglah pulak. :)

      Delete