Wednesday, October 16, 2013

Balik kampung.. singgah CH dulu

Bila dah balik negara sendiri, masa tulah nak pulun makan macam-macam. Tapi tak sempat ambik gambar semuanya sebab semua makanan biasa aje bagi rakyat Msia, berbeza dgn kami yg tak merasa makan macam tu dah setahun hehehe..

Selesai urusan di KL, kami bergerak utk balik kampung pula. Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Singgah satu malam di CH pula.. Kali pertama duduk di Hotel Equatorial ni. Dulu duduk hotel boleh la ambil satu bilik, sekarang anak-anak dah besar kena ambil bilik asing untuk dioranglah kan.
Sebelum bertolak, isi perut dulu

Cantik juga hiasan dalaman nando's kat sini

Pekerjanya pun ramah siap tolong bukakan pintu untuk kita lagi :)

Kami sewa apartment 2 bilik, terletak di tingkat paling atas. Ni ruang dapur

Posing sakan sebab suka hati dapat kongsi satu bilik

Master bedroom

TV di ruang tamu

Sofa yang selesa

Kerusi di balkoni

Pemandangan dari balkoni

Boleh tengok pemandangan di bawah lembah

Hotel Equatorial.. orang lain dah lama ke sini pun. Sayang sekali tiada wifi dekat apartment

Bunga di halaman depan lobi

Tak pasti bunga apa namanya ni

Kabus di waktu pagi

Membawa titisan air

Sejuk dan nyaman

Boleh lihat titisan air dekat tangkai bunga

Sempat posing lagi

Gaya macam ni pulak

Suka hati dapat bercuti sebelum balik jumpa tok ayah :)

10 comments:

  1. asalam Ummi..nekcik belumpernah lagi bawak family bercuti ke cameron ni..selalunya pantai jugak jadi pilihan....balik balik Melaka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik,
      Sekali sekala kena tukar angin, amik angin sejuk kat bukit pulak.. hehe.. umi pun suka juga cuti2 tepi pantai ni. Tp jeles lah tengok orang mandi aje hahaha

      Delete
  2. waaaaah seronoknyer.... jln2 CH pulak yek kak... udahla kt tempat dia dh biasa sejuk2 duk cuti kt CH lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan2 CH sbb tak tahan KL panas sangat. cewahh mentang2 la dok tempat sejuk kan? haha takle Dana, sejak dulu balik kampung mesti lalu ikut CH. alasan aje tu nak beli teh hehehe

      Delete
  3. kalau ada di CH boleh gak skodeng ummi...tapi saya pun balik kg beraya. di EQ tu antara tempat paling sejuk sebab di situ puncak paling tinggi...kalau dinner di sekolah memang di situlah tempatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestla duduk CH rasa cam tak cukup satu malam. Bila lalu sekolah, mesti teringat kat Cheq Sue. Sekolah tang corner tu kan? Betul la EQ terletak kat puncak, masa tengok kabus tu bergerak huu saspen juga.

      Seronoknya dinner kat EQ, sedangkan breakfast pun dah sedap. Puas hati dpt makan roti canai dan mi kari. Tp sebab dah lama sgt tak bfast heavy, takleh mkn banyak mana pun :)

      Delete
  4. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Rose. Tq sudi follow blog sy. Dah blogwalking tadi ke blog Rose :)

      Delete
  5. bestnye umi.. tak sabar nak naik CH bulan 12 ni.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke sana bulan 12 yer? Best la musim cuti sekolah kan? Mesti ada pasar malam tiap2 hari. Selamat makan strawberi, scones dan minum teh la ya. Sedap betul haritu hirup tomyam panas2... kopi panas.. fuhh semuanya sedap bila sejuk2 ni ;)

      Delete