Tuesday, October 22, 2013

Jalan-jalan CH - YZ Agro Farm N Cafe

Semalam tak sempat nak update blog. Nak update pun tengok keadaan juga sebab banyak urusan perlu dibuat. Tambahan pula sekolah pun sekarang sibuk dengan aktiviti. Bayangkan ada role play dalam kelas Bahasa Perancis dan pelajar digalakkan membawa watak masing-masing siap dengan pakaian lagi. Contohnya berlakon sebagai French waiter, siap dengan vest, kemeja dan misai palsu! Hari Sabtu ni pula ada sambutan ulang tahun ke 60 sekolah. Setiap kelas akan membuat persembahan dengan tema pakaian masing-masing. Kan dah tak pasal-pasal kena cari costume the flintstones siap dengan caveman bat :p

Ok berbalik kepada cerita di CH lagi.. asalnya nak makan scones di KHM strawberry farm tapi kami sampai agak lewat petang, lebih kurang jam 5 ptg dan kafe dah ditutup. Pekerja ada di situ tapi katanya dah tutup suis air panas. Hampa juga datang jauh-jauh tapi orang macam tak layan aje. Terkulat-kulat kat situ sekejap, bila tanya semuanya dah habis. Terpaksalah kami ke kafe berhampiran. Tiada pelanggan waktu ni, tapi kafe ni masih dibuka. Apa yang menariknya ada makanan panas seperti laksa dan mi kari. Mi kari dah habis tapi seronok bila dapat order laksa. Adik kat kaunter bawah ni pun sangat peramah. Rasa hilang penat dan hampa sebentar tadi.
Kaunter bayaran

Scones tak ada, cuma hari minggu ada scones sebab cikgu sekolah yang buat. Hari sekolah dia tak buat :)

Senarai menu

Teh dan coklat pun ada dijual

Tempat duduk berhampiran deretan pokok strawberi

Laluan masuk

Air minuman dan dadih strawberi

Coklat

Coklat strawberi

Dibalut dalam kotak yang kemas dan menarik

Laksa panas-panas

Maggi juga yang dicari

Bayar semua kat sini

Barangan yang dijual

Datang jauh-jauh makan maggi2?

Asal bahagia.. sekali sekala je ok

Maggi panas-panas

Terliur tengok laksa ni

Fuhh

Nama tempat ni

Hari esoknya ramai pelawat ke sini naik bas rombongan

Gambar scones

Ok lain kali boleh datang lagi. Thumbs up!

6 comments:

  1. takde rezeki mkn kt kedai yg di idamkan tp dpt yg lg best kt kedai mkn lain yek kak... tgk menyelerakan laksa tuh... udahla sejuk mkn laksa pns2, megi pns2 mmg syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde rezeki nk mkn ptg tu, Dana. Tp esok tu pegi cuba lagi. Sambung citer esok pulak.

      Apapun mmg best sgt dpt mkn laksa dan megi panas2 dalam cuaca yg sejuk.. perghhh!!

      Delete
  2. baru2 ni ms naik CH ade singgah kt cni..tp sunyi je..buah strawberry pn kecik2..trs p farm lain..huhu

    *salam kenal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ummialyaanas,
      Haah ms kami ke situ pun tak nampak buah kat farm ni. Nasib baik tujuannya bukan nak tengok strawberi, tp lebih kpd nak cari makan :)

      Delete