Monday, July 21, 2014

Bazaar Ramadhan @ AIC, Kewdale

Bazaar Ramadhan ini berlangsung pada hari Ahad, 20 Julai 2014 di Australian Islamic College (AIC), Kewdale mulai jam 10 pagi sehingga 3 petang. Kalau ada program macam ni tentu kami tak lepaskan peluang kerana bukan selalu ada bazaar macam ni..Tak seperti di tempat kita kan hampir setiap hari ada pasar malam,. Orang kat sini pun dah minat dengan konsep pasar malam sehinggakan mat saleh pun buat pasar malam setiap hujung minggu.. tapi nak pergi macam mana ya dah tentu makanannya tak halal. Kalau ada pun gerai halal biasanya gerai kebab :)

Maaf ya letak gambar makanan.. Kaum ibu di sini memang pakar memasak sebab semua makanan nampak menyelerakan. Banyak juga yang saya borong boleh buat berbuka sampai lah ke sahur. Bila dah berbuka dan cuba makan memang betul sedap. Siapa sangka kat sini boleh juga jumpa nasi kerabu, durian crepe, kuih talam, roti jala, ayam percik dan mi kari ketam!  :D

Gerai menjual buku agama


Pewangi tanpa alkohol dan sebagainya
Durian crepe yang sedap
Brownies ni pun sedap rambang mata nak pilih tauu

Ni gerai orang kampung saya yang jual brownies :)

Ibu-ibu yang pakar dalam bidang masakan  :)

Kuih raya pun ada

Kuih talam berwarna warni, tengok pun tau sedap

Laksa penang pun ado!

Mi kari ketam yang awesome!


Nasi kerabu perantau tuu :)

Mi kari ketam untuk berbuka, tengok tu penuh satu bekas.. lengkap

Sedap tak terkata

Pencuci mulut yang lazat..

Lewat sikit lepas Isyak baru makan nasi kerabu orang Temerloh :)

10 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaa sedapnyer menu2 tuh kak... semua menu tu mmg nampak sedap2 lah kak... mee kari ketam tuh pun penuh 1 bekas, ketam dia beso n nmpak fresh...siap nmpak ada kepak ayam lg tuh... perkh mmg syok... tiap2 hari ada jual or seminggu sekali je nih kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa semua sedap2 belaka, kalah bazaar Ramadhan kat Malaysia. Ni baru je gerai rakyat kita, ada banyak lagi gerai dari beberapa negara lagi, Dana..
      Mi kari tu memang sedap, penuh satu bekas.

      Bazaar ni setahun sekali je Dana.. tengok jugaklah siapa yang nak anjur, kalau ramai anjur dapat la lebih dari sekali :)

      Delete
  2. meriahnye bazar di sana..makanan pun nmpk lagi menyelerakan dari bazar kt sini yg rasa kdg2 takde rasa...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bazaar sini walaupun tak banyak gerai tapi semua makanan nampak menyelerakan, Dah beli pun tak menyesal sedap2 semuanya.. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Itu la Normi, kat sini senang juga nak dapat makanan dari negara kita :)

      Delete
  4. Macam kat msia jugak kan..seronok pulak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Cik Viva, rasa macam kat Msia dah.. seronok jumpa kawan2, duduk sini pun bukan selalu boleh jumpa kecuali ada event macam ni :)

      Delete
  5. Akak lupa bebenar pasal bazaar ni. Memula diaorg plan awal tp postpone. Bila postpone tu terus lupa. Rugi rasanya tak dpt pergi. Mcm2 ada. Terliur tgk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Kak, rasanya yang paling bestlah sebab semua makanan fevret ada jual kat situ. Itulah umi pun nyaris terlepas, untung ada kawan yang ingatkan. Harap2 diorang buat bazaar Aidilfitri pulak atau food fair lagi lepas ni. :)

      Delete